We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, December 23, 2013

SENARAI LENGKAP PEMAIN MUSIM 2014-PEMAIN LAMA DAN BARU BERGABUNG

Setiap pasukan dalam Liga Super Malaysia telah melengkapkan pasukan masing-masing bagi saingan liga musim hadapan. Kelantan FA tidak ketinggalan telah melengkapkan 25 pemain bagi musim depan.

Friday, September 6, 2013

GAGAL UJIAN DOPING-KELANTAN FA TIDAK MERAYU

Rata-rata penyokong Kelantan FA terkejut apabila FAM mengesahkan bahawa seorang pemain Kelantan FA telah disahkan gagal ujian doping ketika perlawanan akhir Piala FA 2013 yang lalu.

PEMAIN BARU SERTAI UNITED-MOYES BERPUAS HATI

Ramai yang sudah mengetahui pintu perpindahan pemain bagi kelab eropah sudah ditutup pada 3 September yang lalu. Ramai pemain baru yang dibeli oleh setiap pasukan bagi menguatkan pasukan masing-masing untuk memenangi gelaran dan mencapai kejayaan.

Tuesday, September 3, 2013

TUMPAS DI TANGAN LIVERPOOL-KEKALAHAN PERTAMA MUSIM 2013/2014

Welbeck dan Van Persie tidak mampu menghadirkan jaringan buat United.

0-1. Itu lah kekalahan pertama United musim ini di bawah kendalian David Moyes. Gol jaringan Sturridge seawal minit ke4 itu sudah cukup untuk memberikan permulaan sempurna buat pasukan bergelar The Reds itu.

TEWAS DI LAMAN SENDIRI-KELANTAN FA HARUS TUNDUKKAN TOK GAJAH DAN SANG PENYU

Indra berjaya menjaringkan 1 gol untuk Kelantan FA tapi gagal untuk memenangi perlawanan tersebut.

Tewas 2-3 dilaman sendiri amat pahit untuk ditelan oleh peminat dan pemain Kelantan FA. Kelantan FA dilihat mampu menghadirkan kemenangan kerana bermain di laman sendiri tapi pulang hampa.

Monday, September 2, 2013

MINGGU YANG MENYEDIHKAN-MERAH TERSUNGKUR


Sedih apabila menyaksikan United tumpas di Anfield Stadium. Ingatkan United dapat la mengubat hati yang luka ini apabila Kelantan FA tewas kepada Negeri Sembilan FA tapi apakan daya kedua-duanya kalah di tangan masing-masing.

Wednesday, August 28, 2013

SERI DI OLD TRAFFORD-MANCHESTER UNITED DAN CHELSEA SAMA KUAT

Seri tanpa jaringan adalah keputusan yang sangat adil bagi perlawanan hebat itu. Pertemuan dua gergasi EPL ini semestinya menjadi tumpuan bukan sahaja di England tapi seluruh dunia menyaksikan perlawanan ini.

SERI DI PAROI-BERADA DI KEDUDUKAN KEDUA KUMPULAN

Ini lah skuad yang diturunkan semalam bertemu Negeri Sembilan FA di Paroi.

1-1.. Itu lah keputusan penuh perlawanan antara Kelantan FA dan Negeri Sembilan FA yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi semalam. Gol hasil jaringan Dickson bagi Kelantan FA dan Fabio bagi Negeri Sembilan FA menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata.

Friday, August 23, 2013

UNITED KELUARKAN NOMBOR JERSI SKUAD UTAMA MUSIM 2013/2014-NO. 7 DAN 9?

United secara rasmi telah mengeluarkan nombor jersi bagi skuad utama mereka. Sesetengah pemain mengekalkan nombor jersi mereka yang digunakan pada musim lepas dan berlaku sedikit kejutan apabila seorang pemain United menukar nombor jersinya musim lalu kepada nombor yang mula-mula dipakai ketika menyertai United.

Thursday, August 22, 2013

KELANTAN FA HARUS BAIKI PENYERANG


Keputusan seri 1-1 di Pahang, kalah 0-1 kepada ATM menunjukkan satu permasalahan baru kepada pasukan Kelantan FA. Kemerosotan jaringan dari bahagian penyerang.

Tuesday, August 20, 2013

SEKADAR SERI DI KUANTAN-FAKRI RAIH KAD MERAH

Piya diraikan oleh Obinna apabila beliau menjaringkan gol pertama perlawanan semalam.

1-1.. Hanya seri yang mampu dicatatkan oleh skuad Bojan Hodak semalam. Gol awal hasil jaringan Piya pada minit ke 9 tidak mampu dipertahankan oleh Kelantan FA apabila pemain pertahanan tuan rumah, Stewart berjaya menyamakan kedudukan 6 minit sebelum perlawanan tamat.

SANG KIJANG MERAH BERTANDANG KE KANDANG TOK GAJAH


Tepat jam 8.45 malam ini, Kelantan FA akan membuka pesta Piala Malaysia 2013 edisi ke 88 ini dengan bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk bertemu pasukan tuan rumah bagi perlawanan pertama kumpulan C.

Monday, August 19, 2013

MENANG BESAR-UNITED TERAJUI LIGA

Skuad utama yang diturunkan ketika bertemu Swansea City.

4-1.. Itulah keputusan yang meletakkan Manchester United di takhta liga bagi perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim 2013/2014 ini.

Wednesday, August 14, 2013

PIALA PERISAI KOMUNITI 2013-PIALA PERTAMA UNITED DAN MOYES

Pemain United bergambar dalam bilik persalinan bersama Piala yang dimenangi.

Pada hari Ahad yang lalu, Manchester United merangkul piala pertama musim ini dan piala pertama bersama jurulatih baru, David Moyes. Mereka berjaya menjulang Piala Perisai Komuniti setelah berjaya menewaskan Wigan Atheletic, juara Piala FA musim lalu dengan keputusan 2-0 hasil jaringan penyerang berbisa, Robin Van Persie.

KALAH LAWAN ATM-PELUANG BAIKI KELEMAHAN SEBELUM PIALA MALAYSIA


Skuad Kelantan FA yang beraksi melawan ATM FC semalam.

1-0. Itulah keputusan yang menyaksikan Kelantan FA dikalahkan oleh ATM FC dalam perlawanan persahabatan Pra Piala Malaysia malam tadi. Gol hasil jaringan pemain sayap lincah dari Sabah, Venice sudah cukup menggembirakan skuad jurulatih B Sathianathan ini.

Thursday, August 1, 2013

PRA PIALA MALAYSIA 2013 - KELANTAN FA TEMPANG BERTEMU GERGASI MERAH KUNING


Malam ini, dua gergasi merah akan berentap menunjukkan kekuatan masing-masing dalam perlawanan persahabatan pra Piala Malaysia musim 2013 ini. Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Itulah yang ingin diketahui oleh kedua-dua jurulatih kedua-dua pasukan.

Monday, July 29, 2013

PANTAI TIMUR SATU KUMPULAN, NEGERI SEMBILAN LENGKAPKAN EMPAT PASUKAN KUMPULAN MAUT


Ramai yang sudah maklum mengenai keputusan undian kumpulan bagi saingan Piala Malaysia 2013 ini. Kelantan FA diletakkan bersama adik-beradik mereka iaitu Pahang FA dan Terengganu FA dan satu pasukan dari sebelah pantai barat, Negeri Sembilan FA melengkapkan kumpulan C a.k.a Kumpulan Maut.

Monday, July 8, 2013

GAGAL PERTAHAN LIGA SUPER-KELANTAN FA KEEMPAT LIGA



6 Julai 2013. Berakhirnya Liga Super Malaysia musim 2013. Dengan 10 kemenangan, 6 seri dan 6 kekalahan meletakkan Kelantan FA di tempat yang keempat dalam Liga Super musim ini.

Monday, July 1, 2013

KENALI PENGURUS BARU UNITED

David William Moyes dilahirkan pada 25 April 1963 di Bearsden, East Dunbartonshire, Scotland.



KELANTAN FA JUARA PIALA FA 2013-JDT FC CUBA LAGI TAHUN HADAPAN


Kelantan FA berjaya mengekalkan kejuaraan piala FA apabila berjaya menewaskan Johor Darul Takzim FC 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari Sabtu 29 Jun yang lalu. Gol hasil jaringan Nor Farhan sudah cukup untuk membolehkan Kelantan FA menjulang piala FA buat kali kedua berturut-turut.

Sunday, June 23, 2013

JADUAL PERLAWANAN MUSIM 2013/2014 TELAH DIKELUARKAN

Mesti ramai penyokong Manchester United yang telah mengetahui jadual perlawanan bagi musim 2013/2014 yang dikeluarkan pada minggu lepas.

Friday, June 14, 2013

INFO PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2013

Info mengenai perlawanan akhir Piala FA ini diputuskan oleh JawatanKuasa Pertandingan Tempatan (JKPT).

Thursday, June 13, 2013

TARIKH SEBENAR PENJUALAN TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2013


Sebelum ini, saya ada meletakkan entri berkenaan tarikh penjualan tiket di Stadium Sultan Muhammad ke 4. Tarikh penjualan tiket tersebut telah ditukar kepada 25 Jun 2013 hari Selasa. Bagi yang berada di area Selangor dan Kuala Lumpur, boleh mendapatkan tiket tersebut pada 28 Jun 2013 hari Jumaat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pastikan anda membeli tiket yang sah. Jika anda membeli tiket palsu, mungkin anda tidak dapat masuk ke dalam stadium. Ini amaran dari Tan Sri Anuar Musa.

Kepada penyokong, teruskan berdoa kepada Yang Maha Esa agar Piala FA akan dapat kita pertahankan.

Gomo Kelate Gomo.

Wednesday, June 12, 2013

NINETOLOGY LANCARKAN TELEFON PINTAR TRW

Kelantan FA sekali lagi memecahkan rekod bola sepak negara. Jika sebelum ini mereka telah mewujudkan stesen radio rasmi TRW, kini Kelantan FA melangkah lebih jauh apabila melancarkan telefon pintar TRW yang dibangunkan oleh Ninetology.

Tuesday, June 11, 2013

KELANTAN DAPAT CUTI DAN TARIKH PENJUALAN TIKET

Seperti yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengisytiharkan cuti pada 30 Jun 2013 ini sempena perlawanan akhir Piala FA 2013 ini di dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Datuk Nik Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

BERITA THE RED DEVILS 8

Berita menarik dari Old Tafford dibawa khas oleh Gomo Merah.

Monday, June 10, 2013

FINAL PIALA FA 2013-KELANTAN FA JUMPA JOHOR DARUL TAKZIM FC, KEMAMPUAN DIRAGUI


Ramai yang sudah mengetahui, Kelantan FA a.k.a The Red Warriors akan menentang Manchester City Malaysia, Johor Darul Takzim FC pada Final Piala FA 2013 pada 29 Jun 2013, hari Sabtu nanti.

Wednesday, June 5, 2013

JERSI MUSIM 2013/2014 TELAH DIDEDAHKAN-SIMPLE SANGAT-SANGAT

Setelah banyak pasukan mendedahkan jersi bagi musim baru, Manchester United akhirnya mendedahkan jersi untuk perlawanan di tempat sendiri (jersi home) mereka kepada penyokong seluruh dunia kelmarin.

Tuesday, May 28, 2013

JUARA BERTAHAN KE FINAL PIALA FA 2013-CORAK PERMAINAN TERUK

Norfarhan gagal menyerlah ketika bertemu Terengganu petang kelmarin.

4-2. Itulah keputusan perlawanan antara Kelantan dan Terengganu pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 yang dilangsungkan pada petang kelmarin. Walaupun kalah di tempat lawan, Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir tahun ini kerana secara aggregat, Kelantan memenangi saingan peringakat separuh akhir ini dengan keputusan 6-5.

Monday, May 27, 2013

KELANTAN BENAM TERENGGANU 4-1 UNTUK SELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

Indra Putra Mahyuddin dijulang rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua Kelantan.

Kelantan memanfaatkan sepenuhnya peluang bermain di laman sendiri apabila berjaya menumbangkan Terengganu, 4-1 di Kota Bharu pada hari Sabtu yang lalu.

Tuesday, May 21, 2013

KELANTAN MEMBURU KEMENANGAN KE ATAS JOHOR DARUL TAKZIM DI JOHORBAHRU

Siapakah yang akan merantai pergerakan Norshahrul malam ini setelah Nik Shahrul digantung perlawanan?

Pada malam ini, Kelantan sekali lagi terpaksa mengharungi perlawanan yang sengit. Jika sebelum ini, Kelantan berjaya mengikat Gergasi Merah Kuning dengan keputusan 1-1, malam ini mereka terpaksa menghadapi Manchester City Malaysia, Johor Darul Takzim di Stadium Larkin.

Pada perlawanan sebelum ini di Kota Bharu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1. Perlawanan malam ini pastinya berbeza kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai matlamat masing-masing. Kelantan mengharapkan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan dalam liga manakala JDT pula ingin mengejar pendahulu liga Lion XII yang berada di persada liga super.

Kelantan dilihat agak tempang pada perlawanan malam ini kerana pemain import, Dickson masih belum dapat diturunkan dan bahagian pertahanan pula terpaksa dirombak selepas Nik Shahrul digantung perlawanan kerana menerima kad kuning ketika bertemu Selangor pada perlawanan sebelum ini. Nampaknya Bojan Hodak terpaksa meletakkan kemungkinan Farisham Ismail bagi menguatkan bahagian pertahanan kanan malam ini.

Pertahanan Kelantan tidak boleh leka kerana JDT sekarang berada dalam prestasi yang memuaskan ditambah dengan kehadiran pemain  import yang mungkin boleh merobak gawang yang dikawal Khairul Fahmi malam ini.

Pada pandangan saya, Kelantan akan memenangi perlawanan malam ini jika setiap pemain meminimakan kesilapan dan tidak terlalu mengharapkan hantaran bola tinggi. Syakir dan Piya mampu mengucar-kacirkan pertahanan lawanan dan pasti menguasai bahagian tengah.

Kepada penyokong, janganlah mengutuk pasukan kita. Mereka telah buat yang terbaik dan kalu kita tengok kepada jadual perlawanan, kudrat mereka memang diperah sepenuhnya. Belajarlah untuk menerima dan jangan menyokong ketika menang kalu tak dapat menerima kekalahan.

Gomo Kelate Gomo

Ramalan Saya

Kelantan 2-1 JDT

Barisan Kemungkinan

Apek
Zairul Fitree
Obinna
Subra
Farisham
Syakir
Piya
Faiz Subri
NorFarhan
Indra
Ahmad Fakri

Monday, February 25, 2013

ISU PEMAIN DI KELANTAN

Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kelantan telah berjaya memiliki bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani bermula bulan April nanti. Pemain kebangsaan kelahiran Kelantan ini ketika ini sedang bermain dengan kelab Divisyen 3 Portugal, Atletico SC diikat kontrak selama setahun.

KELANTAN PERLU TEWASKAN SELANGOR PKNS DI KOTA BHARU


Pada hari ini, Kelantan akan menerima kunjungan kali kedua pasukan kelab dari Selangor, Selangor PKNS FC untuk perlawanan pusingan ke 2 Piala FA musim 2013. Sebelum ini, Selangor PKNS FC telah datang ke Kelantan untuk saingan Liga Super Malaysia dan mereka dikalahkan dengan keputusan 2-1.

Sunday, February 24, 2013

MANCHESTER UNITED MENANG DI LOFTUS ROAD


Manchester United berjaya melepasi halangan dari Queens Park Rangers apabila menewaskan pasukan tuan rumah, 2-0 hasil rembatan cantik Rafael dan jaringan Giggs pada penampilan ke 999 bersama Manchester United.

KONTROVERSI PAHANG VS KELANTAN


Perlawanan antara Kelantan dan Pahang semalam menyaksikan 2 kontroversi yang timbul sehingga membangkitkan rasa tidak puas hati pemain dan penyokong.

Saturday, February 23, 2013

KELANTAN DAN PAHANG SAMA HEBAT

Inilah penalti yang menjadi kontroversi adakah Fauzi dijatuhkan di dalam kotak atau luar kotak penalti oleh Obinna.

Kelantan dan Pahang, kedua-dua pasukan pantai timur ini sama hebat apabila berjaya mencatat keputusan seri 2-2 pada perlawanan ke 8 Liga Super Malaysia semalam. Gol-gol Kelantan diperolehi melalui jaringan Norfarhan dan Kieta Mandjou manakala gol pahang pula diperolehi hasil jaringan Hafiz Kalam dan Fauzi Roslan.

Wednesday, February 20, 2013

KELANTAN DIDENDA LAGI


Hari ini, heboh di fb dan media massa mengenai hukuman denda yang dikenakan kepada KAFA oleh FAM. Denda tersebut yang berjumlah RM 62 500 melibatkan 4 kesalahan yang berlaku ketika perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim FC.

Monday, February 18, 2013

GAH KE SUKU AKHIR

Nani menjaringkan gol pertama United dan membuat hantaran untuk gol kedua United pada perlawanan pagi tadi.

Manchester United berjaya meneruskan saingan dalam Piala FA musim 2013 ini apabila berjaya menewaskan Reading 2-1 pada perlawanan pusingan ke 5 pagi tadi.

PERLU MENANG UNTUK BAIKI KEDUDUKAN DAN SEMANGAT


Perlu bangkit. Hanya itu yang mampu saya harapkan dari pemain Kelantan untuk perlawanan ke 7 liga super bertemu Terengganu di Kota Bharu malam ini. Perlawanan yang mempertemukan dua jaguh Pantai Timur dan negeri berjiran ini sentiasa menghidangkan permainan menarik.

Thursday, February 7, 2013

MENANG KE ATAS FELDA UNITED

Salim Arrache menjaringkan gol pertama Kelantan ketika bertemu Felda United petang tadi.

2-0. Itulah keputusan yang dicatatkan oleh Kelantan pada perlawanan persahabatan menentang Felda United FC di Kota Bharu 4.45 petang tadi (Khamis, 07/02/2013). Gol dijaringkan oleh pemain import yang dalam proses percubaan Salim dan Indra Putra.

Sunday, February 3, 2013

SAINGAN SENGIT PASUKAN TUAN RUMAH

Rooney menjaringkan gol tunggal perlawanan United vs Fulham

Hanya 1 gol yang mampu dihasilkan oleh Manchester United ketika berkunjung ke Craven Cottage. Gol hasil jaringan Rooney itu sudah memadai untuk memberikan kemenangan ke United untuk mengatasi Fulham buat kali kedua dalam minggu ini. Sebelum ini, kedua-dua pasukan telah bertemu dalam saingan piala FA dan keputusan 4-1 berpihak United.

Saturday, February 2, 2013

PERMAINAN MENARIK WALAUPUN SERI


Hilang 6 tonggak utama dan bermain dengan Juara IPL sudah memadai keputusan tersebut. Bojan Hodak memulakan perlawanan tersebut dengan menurunkan hampir 90% pemain simpanan. Bojan jugak mencuba kesemua pemain import yang dimiliki untuk menilai kemampuan pemain-pemain tersebut.

Friday, February 1, 2013

PRESTASI KELANTAN SELEPAS 5 PERLAWANAN


Di tempat ke 7 dan kurang memuaskan. Permulaan liga yang amat merisaukan. Walaupun kita memulakan liga dengan kemenangan ke atas Selangor PKNS FC dengan keputusan 2-1 di Kota Bharu tetapi rentak kemenangan itu tidak berterusan apabila tewas di tangan T-Team 1-0 di Kuala Terengganu.

Thursday, January 31, 2013

BERTEMU SEMEN PADANG DI KOTA BHARU


Sempena berehatnya Liga Super Malaysia, Kelantan FA akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Juara Liga Perdana Indonesia, Semen Padang FC di Stadium Sultan Muhammad ke 4 malam besok.

PIYA TAK SERTAI HARIMAU MALAYA


Mohd Badri Radzi a.k.a Piya menjadi pemain bola yang terkenal buat masa ini. Ini kerana isu dia dengan jurulatih skuad kebangsaan Harimau Malaya, K. Rajagopal.

Wednesday, January 23, 2013

ISU JMF HEBOH DIPERKATAKAN


Heboh di televisyen, Facebook dan akhbar mengenai isu Johor Military Force (JMF) yang diletakkan di Stadium Sultan Muhammad ke 4 ketika perlawanan antara Kelantan FA bertemu Johor Darul Takzim FC.

SERI BUAT KALI KETIGA


Itulah realitinya pasukan Kelantan FA musim ini. Kelantan FA hanya mampu mengikat Negeri Sembilan dengan keputusan seri 0-0 pada perlawanan ke 5 di Kota Bharu.

Tuesday, January 15, 2013

PERKARA MENARIK PERTEMUAN KELANTAN FA VS JOHOR DARUL TAKZIM FC

Pertembungan 2 pasukan bola sepak ternama sekarang ini, Kelantan FA dan Johor Darul Takzim FC sememangnya dinanti-nanti oleh semua penyokong bola sepak. Ini kerana pertembungan kedua-dua pasukan ini amat menarik dan mendebarkan sehingga kedua-dua pasukan berkongsi mata. Tapi berlaku perkara menarik tentang pertembungan kedua-dua pasukan ini.

SERI KEPUTUSAN YANG ADIL

Ini lah kesebelasan utama yang diturunkan semalam bagi menghadapi Johor Darul Takzim FC semalam.

Seri 1-1. Itulah keputusan antara Kelantan FA ketika berhadapan dengan Johor Darul Takzim FC di  Kota Bharu semalam.

Monday, January 14, 2013

KALAH KEPADA T-TEAM


Semua penyokong Kelantan telah mengetahui tentang kekalahan pertama pasukan kita musim ini di tangan T-team pada perlawanan yang dilangsungkan di Kuala Terengganu.

Sunday, January 13, 2013

PERTEMUAN DUA MERAH


Tepat jam 9.30 malam ini (13/01/2013), Manchester United akan turun bertemu Liverpool di Old Trafford untuk perlawanan ke 22 Liga Perdana Inggeris.

Friday, January 11, 2013

T-TEAM HALANGAN KEDUA

Zairo dan Faiz akan bersemuka dengan bekas kelabnya musim lalu bagi perlawanan kedua liga super esok.

Pada petang esok (jam 4.45 petang 12/1/2013), Kelantan FC akan berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah untuk perlawanan kedua Liga Super Malaysia bertemu pasukan berstatus kelab Terengganu, T-team.

Thursday, January 10, 2013

ISU KONTRAK NORSHAHRUL DISELESAIKAN DENGAN BIJAK OLEH FAM


Sekarang ini, bola sepak Kelantan heboh dengan tuntutan bayaran tebus kontrak Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik Kebangsaan, Nor Shahrul Idlan yang menyertai Johor Darul Takzim FC bagi musim 2013 ini dan komen isteri Matyo kepada Tan Sri Anuar Musa.

Wednesday, January 9, 2013

MENANG TETAPI KECEWA


Alhamdulillah..Hanya itu yang mampu diucapkan oleh saya dan semua penyokong Kelantan FC apabila pasukan kebanggaan kita membuat permulaan yang baik dengan mengalahkan PKNS FC 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke 4, sebentar tadi.

PILIHAN KESEBELASAN MALAM INI


Tepat jam 8.45 malam ini, Kelantan FC akan memulakan misi mempertahankan piala Liga Super Malaysia bertemu PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad ke 4 malam ini.

Tuesday, January 8, 2013

MISI PERTAHAN LIGA SUPER BERMULA MALAM INI



Setelah menempuhi perlawanan pertama untuk musim ini bertemu ATM dalam perebutan Piala Sumbangsih, Kelantan FC akan meneruskan perlawanan pertama Liga Super Malaysia bertemu PKNS FC di Kota Bharu malam ini.

Monday, January 7, 2013

VAN PERSIE PENYELAMAT- TEMPUHI PERLAWANAN ULANGAN


Jaringan pada minit ke 91 perlawanan oleh penyerang berbisa United, Van Persie amat bermakna buat United. Ini kerana jaringan tersebut membantu United untuk seri 2-2 dengan West Ham United pada pusingan ke 3 piala FA 2013.

BUKAN REZEKI KITA


Saya tidak dapat update pasal perlawanan antara Kelantan FC dalam perebutan Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah pada 5 Januari 2013 yang lalu.

Thursday, January 3, 2013

JERSI KELANTAN FC TELAH DIDEDAHKAN

Pada jam 3.00 petang tadi (3/1/2013), Tan Sri Anuar Musa telah menyempurnakan Majlis Pengenalan Jersi Kelantan FC dan Penaja yang menaja pasukan Kelantan FC bagi musim 2013 ini.

Tuesday, January 1, 2013

MENANG BESAR DI TEMPAT LAWAN


Manchester United telah membuktikan yang mereka sememangnya layak untuk berada di tangga teratas liga apabila mudah menundukkan pasukan tuan rumah, Wigan Athletic di DW Stadium malam tadi dengan keputusan 4-0.

Segmen up follower dengan sepantas kilat II


Tingkatkan follower anda dengan sertai segmen ini. Klik banner di bawah,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR