We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, August 28, 2013

SERI DI OLD TRAFFORD-MANCHESTER UNITED DAN CHELSEA SAMA KUAT

Seri tanpa jaringan adalah keputusan yang sangat adil bagi perlawanan hebat itu. Pertemuan dua gergasi EPL ini semestinya menjadi tumpuan bukan sahaja di England tapi seluruh dunia menyaksikan perlawanan ini.


Perlawanan itu juga menyaksikan pertembungan antara dua pengurus baru kedua-dua pasukan. Moyes dan Mourinho pastinya berpuas hati dengan keputusan tersebut walaupun terdapat beberapa keputusan pengadil yang diragui.

Ramai yang tahu bahawa dalam perlawanan tersebut, terdapat beberapa kekasaran, kesilapan dan pelbagai lagi kesalahan yang boleh membuka peluang untuk menjaringkan gol. Paling menjadi isu ialah tendangan Cleverly yang terkena tangan Frank Lampard dalam kotak penalti Chelsea sedangkan pengadil hanya beberapa meter dari kejadian tersebut.

Yang kedua ialah dakwaan Cole yang beliau harus diberikan sepakan penalti setelah dikasari oleh Jones tapi apabila melihat balik rakaman, Cole jatuh dalam keadaan yang diragui kekasarannya. Jatuhnya seperti dibuat-buat dan itu disedari oleh pengadil perlawanan.

Kedua-dua penjaga gol tidak diragui kehebatannya apabila berjaya menangkis beberapa percubaan berbahaya dan berjaya menggagalkan beberapa peluang yang boleh menghasilkan gol. De Gea berjaya menampan sepakan padu Oscar manakala Peter Chech pula berjaya menampan tendangan Rooney.

Rooney merembat lemah ketika dikerumun pertahanan Chelsea.

Dalam perlawanan tersebut, Rooney menjadi pemain yang paling bersemangat dan itu dipersetujui oleh Moyes sendiri. Dia melihat Rooney begitu rajin dan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Chelsea sehinggan beberapa kali berpeluang merembat ke arah gol. Nama Rooney juga dilaung oleh penyokong Man. United bagi membuktikan bahawa khidmat beliau masih diperlukan di Old Trafford ini.

Dilaporkan Rooney telah bersetuju untuk kekal di United dan saya yakin Moyes pasti bijak dalam mengatur pemainnya agar dapat menunjukkan permainan yang menarik seterusnya memenangi setiap perlawanan yang ditempuhi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR