We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, August 1, 2013

PRA PIALA MALAYSIA 2013 - KELANTAN FA TEMPANG BERTEMU GERGASI MERAH KUNING


Malam ini, dua gergasi merah akan berentap menunjukkan kekuatan masing-masing dalam perlawanan persahabatan pra Piala Malaysia musim 2013 ini. Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Itulah yang ingin diketahui oleh kedua-dua jurulatih kedua-dua pasukan.


Kelantan FA pastinya akan menurunkan beberapa pemain muda dan pemain simpanan berikutan 6 tonggak utama Kelantan FA sedang menjalankan misi negara di Jepun. Apek, Nik Shahrul, Shakir, Azizi, Fakri dan Norfarhan disenaraikan oleh jurulatih kebangsaan untuk perlawanan persahabatan sebelum bertemu Barcelona FC pada 10 Ogos nanti. Selain itu, kapten marvel, Piya juga tidak disenaraikan dalam skuad Kelantan FA malam ini apabila masih dalam proses pemulihan kecederaan yang dialaminya manakala Obinna dan Indra juga tidak tersenarai dalam pasukan Kelantan FA malam ini.

Perlawanan dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai jurulatih dan pemain yang hebat. Selain itu, kedua-dua pasukan juga amat mengharapkan kemenangan bagi membuktikan kekuatan kepada lawan dalam kumpulan masing-masing.

Perlawanan yang akan dimulakan pada pukul 9.30 malam ini dikenakan tiket berharga RM 7 bagi dewasa dan percuma bagi kanak-kanak. Sesiapa yang berminat untuk menyaksikan perlawanan tersebut, boleh lah mengunjungi Stadium Shah Alam malam ini selepas berterawih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR