We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, May 27, 2013

KELANTAN BENAM TERENGGANU 4-1 UNTUK SELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

Indra Putra Mahyuddin dijulang rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua Kelantan.

Kelantan memanfaatkan sepenuhnya peluang bermain di laman sendiri apabila berjaya menumbangkan Terengganu, 4-1 di Kota Bharu pada hari Sabtu yang lalu.


Kelantan menyenaraikan pemain yang agak stabil dengan kemasukan semula 3 pemain utama iaitu Piya, Farhan dan Indra. Azizi Mat Rose juga mengisi kesebelasan utama Kelantan sebagai pertahanan kanan. Bahagian serangan pula, Bojan terpaksa mempertaruhkan 2 penyerang yang kurang berkesan musim ini iaitu Haris Safwan dan Ahmad Fakri. Kemasukkan 3 pemain tersebut merubah corak permainan Kelantan yang sebelum ini hangat dikritik oleh pengerusi dan peminat Kelantan.

Perlawanan separuh akhir pertama bagi Piala FA 2013 ini menyajikan permainan yang menarik dari kedua-dua pasukan. Kelantan selaku tuan rumah tersentak pada minit kedua perlawanan apabila Ashaari Samsuddin mudah menjaringkan gol melalui tandukan selepas bola rembatan Ismail Faruqi berjaya diselamatkan Apek. Selepas itu, permainan Kelantan mula berubah dan terus menerus menyerang gawang Terengganu.

Ashaari menjaringkan gol pada minit ke 2 menyentap sokongan peminat Kelantan.

Bermula separuh masa kedua, Bojan memasukkan Dickson menggantikan Fakri. Sesungguhnya kemasukan pemain Nigeria ini membawa suntikan semangat kepada pemain sepasukan dan juga penyokong Kelantan. Beliau berjaya membuat beberapa gerakan bahaya dan berjaya membuka peluang kepada pemain lain untuk menjaringkan tetapi digagalkan oleh kecekapan penjaga gol Terengganu dan kekebalan pertahanan lawan.

Kebangkitan bermula apabila Dickson menjaringkan gol penyamaan Kelantan pada minit ke 79. Dia yang mudah merembat ke penjuru kiri gol Terengganu selepas berjaya melepas pertahanan import Terengganu. Gol kedua menyusul pada minit ke 88 hasil rembatan Indra yang berjaya menewaskan penjaga gol Terengganu. Kebangkitan Kelantan diteruskan oleh pertahanan import Kelantan, Obinna pada minit ke 91 yang menyempurnakan sepakan penalti setelah Dickson dijatuhkan dalam kotak penalti. Gol keempat Kelantan menyusul 2 minit kemudian apabila Zairo merembat kencang untuk melengkapkan kejayaan Kelantan menewaskan Terengganu dengan keputusan 4-1.

Dengan keputusan tersebut, Kelantan dilihat sudah meletakkan sebelah kaki untuk melangkah ke perlawanan akhir piala FA 2013 ini. Kedua-dua pasukan ini akan bertemu semula pada perlawanan kedua yang akan dilangsungkan di Kuala Terengganu nanti.

Sama-sama kita doakan kejayaan pasukan Kelantan agar berjaya melangkah ke Final tahun ini.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR