We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, October 31, 2012

BERITA RED WARRIORS 3

Gomo Merah melaporkan untuk Berita The Red Warriors bagi minggu ini yang mana berkisar kepada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dan perpindahan pemain.

GAGAL ULANGI KEMENANGAN LALU

5-4. Itulah keputusan perlawanan antara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge awal pagi tadi dalam pusingan ke 4 Piala Capital One 2012/2013. Dengan kekalahan tersebut, pemain, jurulatih dan semua peminat Man. United boleh mengucapkan selamat tinggal untuk piala ini.

BERITA THE RED DEVILS 4

Gomo Merah akan menyampaikan berita untuk beberapa perlawanan melibatkan Manchester United di Liga Juara-juara Eropah dan juga Liga Perdana Inggeris.

Monday, October 22, 2012

PREVIEW MANCHESTER UNITED VS SC BRAGA

Manchester United akan menerima kunjungan SC Braga dari Portugal untuk saingan Liga Juara-juara Eropah. The Red Devils harus menjadikan permainan ini sebagai kayu pengukur kepada permainan mereka kerana mereka akan menentang Chelsea di Stamford Bridge untuk saingan Liga Perdana Inggeris pula.

RANGKUMAN KEJAYAAN THE RED WARRIORS SEPANJANG 2012



1-Pada awal musim, Kelantan mensasarkan 4 piala, iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super, dan Piala Malaysia
- ramai penyokong luar mencemuh, dan tidak faham apa itu "sasaran", malah mengatakan jangan bermimpi satu piala pun. ternyata Kelantan membuktikan kejayaan mereka, apabila merangkul 3 piala dari 4 sasaran, malah hanya 2 pasukan sahaja didalam liga Malaysia yang pernah merangkul kejuaran treble liga super, Piala FA dan Piala Malaysia iaitu Kedah dan Kelantan (selangor hanya menang treble liga premier, piala fa dan piala malaysia, bukan liga super)

Sunday, October 21, 2012

KELANTAN JUARA TREBLE TERBARU


Kelantan telah mengesahkan bahawa mereka adalah kuasa baru bola sepak negara apabila berjaya merangkul juara treble untuk musim 2012 ini. Ini kerana mereka telah berjaya merangkul dua piala sebelum ini iaitu Piala F.A 2012 dan Piala Liga Super Malaysia 2012.

Saturday, October 20, 2012

STOKE MENJADI MANGSA

Rooney menjaringkan 2 gol dan 1 gol sendiri ketika menewaskan Stoke City malam tadi.

Manchester United meraih kemenangan keenam mereka selepas berjaya menundukkan Stoke City 4-2 di Old Trafford semalam. Sir Alex Ferguson memilih untuk menurunkan tiga dari empat pemain yang baru selesai tugasan antarabangsa mereka bersama skuad kebangsaan England (Wayne Rooney, Danny Welbeck, Michael Carrick) dalam perlawanan ini, dengan hanya Tom Cleverley sahaja yang tidak tersenarai dalam skuad.

PIALA MALAYSIA 2012 MILIK KELANTAN


Dramatik dan mendebarkan. Itulah yang boleh digambarkan tentang perlawanan akhir Piala Malaysia yang baru sahaja melabuhkan tirainya dengan juara menjadi milik Kelantan apabila menewaskan ATM dengan keputusan 3-2. Gol Kelantan dijaringkan oleh Matyo 2 bijik, Indra sebijik manakala gol ATM dijaringkan oleh Rizal Zambree dan Marlon.

MANCHESTER UNITED VS STOKE CITY


MANCHESTER UNITED VS STOKE CITY
STADIUM OLD TRAFFORD
10.00 MALAM 20/10/2012
SIARAN LANGSUNG DI ASTRO ESPN 812 DAN ESPN HD 832
LIVE STREAMING:
http://www.ronaldo7.net/live/manchester-united-vs/watch-manchester-united-live-stream.html

Mula-mula tengok dan sokong Kelantan vs ATM, sambil-sambil tu boleh tengok dan sokong  Manchester United pulak..hehehehe

Friday, October 19, 2012

PREVIEW FINAL PIALA MALAYSIA 2012-P2


Kelantan a.k.a The Red Warriors bakal menghadapi final Piala Malaysia buat kali kelima bagi sejarah kelab mereka. Kelantan yang berjaya menumpaskan Gergasi Merah Kuning dalam saingan separuh akhir sedang memburu kejuaraan ketiga untuk musim 2012 ini. Kelantan dilihat akan mengulangi sejarah yang dilakar oleh Kedah yang berjaya membuat treble sebanyak dua kali.

PREVIEW MANCHESTER UNITED VS STOKE CITY


Hernandez menjaringkan gol ketika menentang Stoke City pada musim lalu

Saingan Liga Perdana Inggeris kembali bersambung selepas berehat kerana memberi laluan kepada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014. Seperti dijadualkan, Manchester United akan menanti kunjungan pasukan `liat' Stoke City di Old Trafford esok.

HABIS DUIT LAGI

Makin kaya la persatuan yang menjaga bola sepak di Malaysia ni. Bila tak de duit jer, kenakan denda kepada persatuan bola sepak negeri. Ada yang kena denda kerana membaling mercun, membaling botol minuman, botol sos tapi denda yang dikenakan tidak sama. Kenapa denda tidak sama sedangkan setiap benda yang dibaling itu boleh membahayakan penyokong lain?


Thursday, October 18, 2012

PREVIEW FINAL PIALA MALAYSIA 2012-P1

Ramai sudah mengetahui Kelantan akan bertemu ATM di Stadium Shah Alam untuk Final Piala Malaysia 2012 pada malam esok (20/10/2012). Setiap penyokong kedua pasukan mengatakan pasukan mereka akan menang kerana mempunyai kekuatan masing-masing dan mampu untuk menewaskan pasukan lawan nanti. Ada juga mengatakan rekod akan membantu pasukan yang mempunyai rekod yang lebih baik. Apa pun kata-kata penyokong itu, kita buat analisa atau kita review balik perjalanan kedua-dua pasukan yang akan bertembung untuk merebut 1 piala ini.

Tuesday, October 16, 2012

BERITA THE RED WARRIORS 2

Gomo Merah Gomo melaporkan berita menarik untuk The Red Warriors kali ini.

BERBAKTI KEPADA NEGARA 2

Pada pagi esok (17/10/2012),  pemain-pemain bola sepak yang terpilih untuk mewakili negara masing-masing akan sekali lagi bermain untuk negara masing-masing bagi kelayakan Piala Dunia 2014 dan perlawanan persahabatan antarabangsa.

Saturday, October 13, 2012

BERITA THE RED DEVILS 1

Berita 1:
Setiap bulan, Manchester United akan membuat undian bagi memilih pemain terbaik. Undian tersebut boleh dibuat di laman web official Manchester United. Jadi, untuk bulan September, keputusan undian telah diperolehi hasil undian dari peminat-peminat seluruh dunia.

TIGA (3)



TIGA(3) Belas Fakta berkaitan angka TIGA(3)

Friday, October 12, 2012

YES KELANTAN MENANG-JUMPA ATM DI FINAL

Piya menjaringkan gol kedua Kelantan pada perlawanan menentang Selangor tadi.

Kelantan menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke Final Piala Malaysia musim 2012 dengan bergaya apabila mengalahkan pasukan tuan rumah, Selangor dengan keputusan 2-0. Gol kelantan dijaringkan oleh penyerang import berbisa Kelantan, Ghaddar dan gol kedua diperolehi hasil sepakan percuma Piya dari luar kotak penalti.

PASUKAN MANA YANG AKAN MENENTANG ATM DI FINAL PIALA MALAYSIA 2012


Tepat jam 8.45 malam ini (12/10/2012), Kelantan akan turun bertemu pasukan tuan rumah, Selangor di Stadium Shah Alam untuk perlawanan kedua separuh akhir kedua Piala Malaysia. Ramai yang sudah mengetahui, ATM telah mengalahkan pasukan Singapura12 pada separuh akhir pertama semalam. Jadi, pasukan manakah yang akan menentang pasukan ATM di perlawanan akhir nanti? Adakah Kelantan atau Selangor? Semuanya akan terjawab malam ini yang akan dilangsungkan di TV1 dan Astro Arena 801.

Thursday, October 11, 2012

TENTERA MENEMBAK MATI SINGA

Hai O akan membuat penampilan ke 4 berturut-turut di Final Piala Malaysia

Dom! Dom! Dom! Dom! Dom! Waurh! Waurh! Waurh! Waurh..Itu lah bunyi meriam dan ngauman singa yang didengar di Stadium Selayang semalam. 5 Dentuman meriam telah menewaskan 4 ngauman singa untuk layak ke Final Piala Malaysia 2012.

Setelah terikat 1-1 dalam perlawanan sebenar dan masa tambahan, pemenang perlawanan ditentukan dengan tendangan penalti dan akhirnya dimenangi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dengan kemenangan tersebut, ATM berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas 46 tahun dan akan menunggun Kelantan atau Selangor di perlawanan akhir.

Wednesday, October 10, 2012

BERITA THE RED WARRIORS

Gomo Merah Gomo menyampaikan Berita The Red Warriors.

 Norshahrul dikaitkan perpindahan ke Johor FA

FAKTA MENARIK KELANTAN VS SELANGOR


Terdapat beberapa fakta menarik dalam perlawanan antara Kelantan lawan Selangor pada saingan separuh akhir Piala Malaysia 2012.

Fakta 1:
Kedua-dua pemain mempunyai wakil pemain negara Lubnan. Ghaddar untuk Kelantan dan Ramez Dayoub untuk Selangor. Selain itu kedua-dua pasukan ini mempunyai wakil dari Crotia. Bojan Hodak sebagai jurulatih Kelantan dan Bosco Balaban sebagai penyerang Selangor.

Fakta 2:
No. 3 akan sentiasa disebut dan ditulis oleh penyokong kedua-dua pasukan, pengulas sukan dan media massa. Ini kerana setiap misi kedua-dua pasukan ini menggunakan no. 3. Kelantan dengan misi untuk mencapai piala ke3 musim ini manakala Selangor ingin menyempurnakan misi yang belum selesai iaitu misi 33 kali menjulang Piala Malaysia.

Fakta 3:
Kelantan akan bermain di Stadium Shah Alam 2 kali untuk saingan Piala Malaysia ini apabila berjaya mengalahkan Selangor nanti.



JARINGAN AWAL ATAU PERTAHAN KELEBIHAN SATU GOL


Pada 12 Oktober 2012, Kelantan akan bertandang ke Stadium Shah Alam untuk melengkapkan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012. Berbekalkan kelebihan 1 gol hasil jaringan Farhan di Kota Bharu, Kelantan dilihat mempunyai kelebihan untuk layak ke pusingan akhir bagi musim ini.

BERITA THE RED DEVILS

Dalam minggu ini, terdapat beberapa berita yang menyenangkan dan berita tidak menyenangkan melibatkan pemain Man. United.

BERBAKTI KEPADA NEGARA

Rooney dipanggil untuk mewakili Englang menghadapi San Marino dan Poland.

Pada hujung minggu ini, perlawanan Liga Perdana Inggeris ditangguhkan untuk kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil. Seperti biasa, pemain yang terpilih dari setiap pasukan tak kira di EPL, La Liga atau Bundesliga akan dipanggil untuk menghadiri latihan bagi perlawanan kelayakan tersebut.

Monday, October 8, 2012

KEDUDUKAN TERKINI DALAM KUMPULAN


Dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Manchester United sekarang mendahului Kumpulan H hasil 2 kemenangan. Menang perlawanan pertama 1-0 dengan Galatasaray dan yang terbaru. menewaskan CFR Cluj di Romania dengan keputusan 2-1. Dengan kemenangan tersebut, Manchester United mengungguli kumpulan ini yang disertai SC Braga dengan 6 mata.

Sunday, October 7, 2012

FAKTA MENARIK NEWCASTLE VS MAN. UNITED

Evra menjaringkan gol kedua buat Man .United ketika mengalahkan Newcastle di St. James Park Stadium.

Perlawanan antara Manchester United dan Newcastle United semalam amat menarik dan setiap pasukan berjuang habis-habisan untuk memenangi perlawanan. Selain itu, terdapat beberapa fakta menarik bagi perlawanan tersebut antaranya ialah :

KENA 3, BALAS 3 TAPI ADA KONTROVERSI

Evans menjaringkan gol pertama Man. United pada perlawanan semalam.

Semalam, The Red Devils telah bertandang ke St James Park Studium untuk bertemu pasukan tuan rumah, The Magpies untuk perlawanan ke 8 Liga Perdana Inggeris. Perlawanan tersebut dimenangi oleh Manchester United dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Evans, Evra dan Cleverly. Dengan kemenangan tersebut, Man. United berjaya membalas dendam untuk saingan liga musim lalu apabila dikalahkan oleh Newcastle United dengan jumlah jaringan yang sama.

SELANGKAH KE AKHIR TAPI ADA 90 MINIT LAGI

Farhan menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memberi kelebihan satu gol kepada Kelantan.

Pada hari Sabtu yang lalu, The Red Warriors telah menumbangkan The Red Giants dengan satu tumbukan yang mengenai sasaran hasil jaringan Pahlawan Farhan pada minit 62 di Stadium Muhammad ke IV, Kota Bharu.

Friday, October 5, 2012

KENA JARING GOL, JANGAN BAGI GOL - ADA SIARAN LANGSUNG


Pada malam esok, jam 8.45 malam, Kelantan akan menentang Selangor di Stadium Muhammad KeVI untuk saingan separuh akhir Piala Malaysia 2012. Kelantan mempunyai kelebihan kerana beraksi di laman sendiri dan rekod pertemuan kedua-dua pasukan di stadium ini memihak kepada pasukan tuan rumah.

PROFIL PASUKAN YANG AKAN DITENTANG DI SEPARUH AKHIR

Jom lihat profil pasukan yang akan ditewaskan (ehem-ehem jangan cakap besar) di separuh akhir Piala Malaysia nanti.

Wednesday, October 3, 2012

BANGKIT UNTUK MENANG

Van Persei menjaringkan 2 gol untuk membantu Machester United mengalahkan CFR Cluj pagi tadi

Van Persei membuktikan dia adalah satu pembelian yang tidak merugikan apabila berjaya menghadiahkan kemenangan kedua buat Manchester United untuk mengungguli kumpulan H bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Perlawanan yang dilangsungkan pagi tadi amat ditunggu oleh penyokong setiap pasukan kerana jika menang, pasukan tersebut akan berada di tangga teratas kumpulan.

Tuesday, October 2, 2012

PERMAINAN TERUK DAN MENDEBARKAN

Ghaddar menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 93.

Keseluruhan, saya boleh katakan permainan malam ini amat teruk. Pemain seperti leka dan tidak fokus kepada perlawanan. Kawalan bola yang teruk dan hantaran juga tidak sampai kepada kawan. Pemain paling teruk persembahan dia pada malam ini bagi saya ialah Mafry Balang.

Kenapa saya kata Mafry main dengan teruk? Pertama, saya lihat pemain sayap Felda United mudah menewaskannya dan dapat membuat beberapa hantaran melalui kawasannya. Kawalan bolanya juga kurang berkesan.

PROFIL PASUKAN LAWAN SUKU AKHIR


FELDA United FC telah ditubuhkan pada 19 Januari 2007 dan telah mengambil bahagian dalam  Piala FAM Malaysia 2007. Ia telah diwujudkan oleh FELDA dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia , YAB Dato 'Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 19 Januari 2007.

Monday, October 1, 2012

PROFIL CFR CLUJ


CFR Cluj  adalah sebuah kelab bola sepak profesional Romania dari bandar Cluj-Napoca di Transylvania , Romania . Kelab ini telah menerima sokongan kewangan yang besar daripada Árpád Pászkány pada tahun 2002. CFR Cluj kembali ke saingan utama  pada tahun 2004 dan musim berikut berjaya melayakkan diri ke saingan UEFA, Piala Intertoto, berjaya sebagai naib juara.

BERDEPAN CFR CLUJ-ADA SIARAN LANGSUNG DI ASTRO



Pada esok pagi, The Red Devils akan bertemu CFR Cluj di Romania untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan H. Pada perlawanan sebelum ini, kedua-dua pasukan telah berjaya memenangi perlawanan masing-masing. CFR Cluj berjaya mengalahkan SC Braga dengan keputusan 2-0 manakala Man. United berjaya menewaskan kelab Turki Galatasaray dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Carrick.

KEKALKAN MOMENTUM PASUKAN-ADA SIARAN LANGSUNG DAN LIVE STREAMING

Bekalan 2 gol ditempat lawan sememangnya satu kelebihan buat pasukan Kelantan untuk layak ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia malam ini. Jika dilihat kepada situasi semasa pasukan, Kelantan telah sebelah kaki untuk layak ke pusingan seterusnya tapi setiap pemain harus sedar, Felda United bukan calang-calang pasukan dan setiap pemain harus fokus pada perlawanan malam ini jika ingin mara ke pusingan seterusnya.

Perlawanan pada malam ini akan menyaksikan ribuan penyokong Kelantan akan membanjiri Stadium Muhammad ke VI di Kota Bharu malam ini. Perlawanan yang akan bermula jam 8.45 malam itu akan disiarkan secara langsung di TV 1. Jadi, kepada penyokong yang tidak berkesempatan untuk menonton perlawanan tersebut di stadium boleh la menonton di TV1 manakala penyokong diluar negara boleh menonton di live streaming TV 1.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR