BLOG TENTANG PASUKAN KELANTAN (THE RED WARRIORS) DAN MANCHESTER UNITED (THE RED DEVILS) MENGENAI BERITA, KEPUTUSAN PERLAWANAN DAN ULASAN DARI PEMILIK BLOG
Pages
Thursday, August 22, 2013
KELANTAN FA HARUS BAIKI PENYERANG
Keputusan seri 1-1 di Pahang, kalah 0-1 kepada ATM menunjukkan satu permasalahan baru kepada pasukan Kelantan FA. Kemerosotan jaringan dari bahagian penyerang.
Perkara ini telah diketahui oleh ramai penyokong Kelantan FA dan Bojan Hodak sendiri sedar akan situasi ini. Gol di Pahang dijaringkan oleh Badri Radzi. 3 peluang yang diperolehi di depan gol Pahang FA gagal disempurnakan oleh Fakri dan Dickson.
Sebelum ini, ramai yang mempertikai akan kemampuan Dickson dan Fakri ini. Pada mula-mula kemasukan Dickson, ramai yang tidak yakin akan kemampuan rakan senegara Obinna ini. Tetapi selepas beliau tampil dalam beberapa perlawanan, dia mula diterima dan penyokong yakin Kelantan FA sudah menemui pengganti Keita Mandjou dan Ghaddar.
Selepas dilanda kecederaan, tahap permainan Dickson mula menurun dan dia seperti susah menjaringkan gol tetapi mudah untuk membuka peluang kepada rakan untuk menjaringkan gol. Sehingga sekarang, gol terakhir yang dijaringkan oleh Dickson ialah ketika perlawanan persahabatan Pra Piala Malaysia menentang Selangor baru-baru ini.
Semoga prestasi Dickson akan meningkat dan mampu menjaringkan lebih banyak gol dalam saingan Piala Malaysia 2013 ini.
Berbalik kepada seorang lagi penyerang Kelantan FA yang asalnya pun orang Kelantan. Pulang menyarung jersi Kelantan FA selepas berjaya menyarung jersi sebuah kelab divisyen 3 di Portugal. Ahmad Fakri sebenarnya seorang penyerang yang berbakat besar. Ketika menyarung jersi Felda United, dia merupakan penyerang yang mampu membuat pertahanan lawan tidak duduk diam.
Prestasi Fakri ketika bertemu Pahang FA di Stadium Darul Makmur boleh saya katakan kurang memuaskan. Dia sebenarnya tidak harus diletakkan dalam skuad utama sebaliknya diletakan dibangku simpanan. Kerana emosi yang tak terkawal, dia dikenakan kad merah setelah memungut dua kad kuning di mana salah satu kad kuning itu diperolehi kerana sengaja mengasari pemain lawan. Bila dilihat pada rakaman video, dia terbukti sengaja menyepak pemain lawan.
Kerana perbuatan Fakri, Kelantan FA terpaksa bermain 10 orang dan itu telah merubah corak permainan Kelantan FA yang ketika itu sedang hebat diserang oleh Pahang FA bagi mencari gol penyamaan.
Pendapat saya, Dickson dan Fakri tidak sesuai digandingkan bersama. Saya merasakan Dickson sesuai digandingkan dengan Indera tetapi Indera diletakkan sebagai backup Striker. Taktik ini mungkin berkesan ketika menentang Terengganu FA nanti.
Semoga Bojan Hodak mampu memikirkan soal penyerang ini dan dapat memperbaiki masalah ini dengan segera. Piala Malaysia harus kita pertahankan dan penyerang yang dibantu oleh pemain lain harus menjaringkan gol bagi membuahkan kemenangan. Kami yakin dengan Bojan Hodak dan semua pemain Kelantan FA.
Piala Malaysia 2013 akan kekal di bumi Kelanta.
Gomo Kelate Gomo.
Labels:
FAKTA THE RED WARRIORS
,
PENYERANG
KELANTAN FA HARUS BAIKI PENYERANG
2013-08-22T02:03:00-07:00
Unknown
FAKTA THE RED WARRIORS
|
PENYERANG
|
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
ARTIKEL POPULAR
-
Mesti ramai penyokong Manchester United yang telah mengetahui jadual perlawanan bagi musim 2013/2014 yang dikeluarkan pada minggu lepas.
-
Setelah banyak pasukan mendedahkan jersi bagi musim baru, Manchester United akhirnya mendedahkan jersi untuk perlawanan di tempat sendiri (j...
-
Tan Sri Anuar Musa akhirnya telah mendedahkan senarai pemain skuad The Red Warriors untuk musim 2013 pada majlis sambutan 3 piala yang diada...
BLOG KEGEMARAN SAYA
-
-
-
Azure DevOps3 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-