We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, February 7, 2013

MENANG KE ATAS FELDA UNITED

Salim Arrache menjaringkan gol pertama Kelantan ketika bertemu Felda United petang tadi.

2-0. Itulah keputusan yang dicatatkan oleh Kelantan pada perlawanan persahabatan menentang Felda United FC di Kota Bharu 4.45 petang tadi (Khamis, 07/02/2013). Gol dijaringkan oleh pemain import yang dalam proses percubaan Salim dan Indra Putra.


Perlawanan yang dilangsungkan dalam keadaan panas di Stadium Sultan Muhammad ke 4 petang tadi sangat dinanti-nantikan oleh penyokong Kelantan. Ini kerana pada perlawanan petang tadi, Bojan Hodak telah menurunkan 3 pemain import dalam kesebelasan utama. Selain Salim, Dickson dan Obinna disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Selain 3 pemain import tersebut, pemain lain yang diturunkan ialah Syazwan (GK), Rizal, Zairul Fitree, Daudsu, Nanthakumar, Zairol Anuar, Izuan dan Indra. Piya pula diletakkan di bangku simpanan.

Indra menjaringkan gol kedua Kelantan melalui rembatan luar kotak penalti.

Gol pertama Kelantan muncul pada minit ke 33 hasil percubaan Salam Arrache yang berjaya menewaskan penjaga gol Felda United. Permainan tadi memang menarik dan penguasaan permainan menjadi milik Kelantan. Banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak berjaya diterjemahkan kepada jaringan.


Kekuatan Dickson, Obinna, dan Salim serta dibantu oleh Daudsu, Zairul, Izuan Solah dan Zairo memberi impak besar. Gandingan mantap ini berjaya melancarkan beberapa gerakan berbahaya. Zairol Anuar, Izuan Solah, Salim antara pemain yang memiliki peluang keemasan tetapi gagal dimanfaat dgn baik.

Kemasukan Piya di lewat separuh kedua juga berjaya membaiki kelemahan dibahagian tengah. Sentuhan pertama beliau berjaya membuka ruang untuk Dickson tetapi gagal disudahkan.


Gol kedua pula dijaringkan oleh Indra yang merembat dari luar kotak penalti setelah bermain hantaran satu dua dengan Faiz Subri. Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Nampaknya Kelantan sudah mula menjumpai rentak kemenangan dan diharap rentak ini akan berterusan dalam liga super dan semua kejohanan yang disertai Kelantan. Nampaknya Kelantan sememangnya memerlukan perubahan drastik dan bulan April nanti Kelantan harus membuang pemain yang kurang berkemampuan sebaliknya menyenaraikan pemain yang mampu menjaringkan gol.

Dengan pemain yang hebat dan penyokong yang setia di belakang pasukan menjadi Kelantan sebuah pasukan yang kuat dan tidak mustahil juara treble kali kedua akan menjadi milik Kelantan musim ini.

Sama-sama kita saksikan nanti permulaan liga super 16 Februari ini.

Gomo Kelate Gomo.

Pertukaran :

Syazwan, Izuan Solahuddin, Salim Arrache, Indra, Obinna, Zairo, Daudsu <-- keluar.="" p="">Hadi, Khairul Izuan, Faiz Subri, Piya, Lek Kcira, Haris Safwan Kamal, Zamri Ramli <-- masuk.="" p="">
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR