We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, January 3, 2013

JERSI KELANTAN FC TELAH DIDEDAHKAN

Pada jam 3.00 petang tadi (3/1/2013), Tan Sri Anuar Musa telah menyempurnakan Majlis Pengenalan Jersi Kelantan FC dan Penaja yang menaja pasukan Kelantan FC bagi musim 2013 ini.


Kelantan FC akan memakai jersi bewarna merah untuk perlawanan di Stadium Muhammad ke 4 dan warna putih untuk perlawanan di tempat lawan. Manakala jersi untuk penjaga gol pula bewarna hitam. Memang cantik.

Selain daripada jersi yang dipakai oleh pemain, TRW telah mengeluarkan pelbagai barangan berjenama TRW antaranya ialah baju latihan, beg, blazer, baju hujan dan baju korporat. Barangan ini boleh didapati melalui tempahan online di laman web http://www.warriors.com.my atau boleh berkunjung ke premis yang beralamat 2723 B, Wisma Haminah, Jalan Wakaf Stan, 16150, Kubang Kerian, Kelantan. Malaysia.

Mengikut laporan yang diterima, jersi yang sama dengan pemain dikatakan berharga RM 89.90 dan jersi yang murah sikit berharga RM 49.90. Elok la jersi ini dibeli awal untuk dipakai ketika ke Stadium Shah Alam nanti bagi memberi sokongan kepada Kelantan FC yang akan bertemu ATM FC untuk perlawanan Piala Sumbangsih 2013 pada hari Sabtu ini.

Selain itu, terdapat 10 penaja yang akan menaja pasukan Kelantan Fc tahun 2013 ini. Penaja tersebut adalah Hotlink, Syarikat Muda Osman, Dr. AzizanOsman.com, Desa Murni Batik, Keropok Sira Cap Menara, Syarikat Karangkraf, Sinar Harian, Mamee, Trace Energy,Redbull dan Pure Reach Spring. Mengikut laporan, Maxis Hotlink adalah penaja terbesar Kelantan FC.

Jadi, ini lah jersi dan pakaian lain yang akan dijual nanti.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR