We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, August 19, 2013

MENANG BESAR-UNITED TERAJUI LIGA

Skuad utama yang diturunkan ketika bertemu Swansea City.

4-1.. Itulah keputusan yang meletakkan Manchester United di takhta liga bagi perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim 2013/2014 ini.
Dua gol hasil jaringan Robin Van Persie dan Danny Welbeck memberikan United dan David Moyes kemenangan pertama musim ini. Kemenangan besar ini juga pasti akan menutup mulut pengkritik-pengkritik yang meragui akan kemampuan United dan Moyes sebelum musim baru ini bermula.

Apa yang sering digembar-gemburkan dalam akhbar ialah isu Rooney yang tidak meraikan jaringan gol dan juga ia diletakkan di bangku simpanan sebelum dimasukkan 30 minit terakhir perlawanan. Isu Rooney ingin keluar dari United menjadi isu yang sangat hebat di London. Rooney dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Chelsea dan pihak Chelsea dilaporkan telah membuat tawaran sebanyak 40 juta Euro dan akan menawarkan gaji 300,000 seminggu kepada Rooney.Tetapi isu itu telah ditangkis oleh pihak United dengan mengatakan Rooney akan kekal di United.

Rooney sememangnya pemain yang hebat. Ini kerana dengan kemasukannya, dia telah berjaya membuat dua hantaran bagi Welbeck dan Van Persie berjaya menambah jaringan untuk United. Ini membuktikan Rooney harus berada di dalam Skuad United jika United ingin mempertahankan Piala Liga Perdana Inggeris dan juga untuk menjuarai piala lain yang ditawarkan.

Selepas ini, United akan menerima kunjungan Chelsea untuk perlawanan ke 2 dan pemain harus bersedia dengan kejutan yang mungkin berlaku kerana Chelsea sekarang sudah mendapatkan kembali bekas jurulatih mereka dahulu, Mourinho yang kembali ke Stamford Bridge bagi musim ini.

Perlawanan dijangka sengit dan setiap pemain harus bermain dengan baik agar kemenangan akan menjadi milik United.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR