We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, January 7, 2013

VAN PERSIE PENYELAMAT- TEMPUHI PERLAWANAN ULANGAN


Jaringan pada minit ke 91 perlawanan oleh penyerang berbisa United, Van Persie amat bermakna buat United. Ini kerana jaringan tersebut membantu United untuk seri 2-2 dengan West Ham United pada pusingan ke 3 piala FA 2013.


Dengan keputusan seri tersebut, kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 17 Januari 2013 ini di Old Trafford untuk perlawanan ulangan bagi mencari pemenang untuk melangkah ke pusingan ke 4. Jika United menang, Fulham atau Blackpool menanti pada pusingan ke 4.

Sir Alex mempertaruhkan Kagawa, Welbeck, Buttner bagi menggantikan Carrick, Evra dan Young yang direhatkan dan mungkin akan digunakan untuk menghadapi Liverpool dalam saingan liga perdana inggeris nanti.

United membuka jaringan melalui rembatan Cleverley yang mudah menewaskan Keeper West Ham  untuk gol pertama United. West Ham menyamakan kedudukan melalui tandukan oleh pertahanan mereka Collins yang melonjak tinggi untuk menewaskan De Gea yang hanya mampu berdiri di depan gawang.


West Ham sekali lagi berada di depan juga melalui tandukan Collins yang berjaya menewaskan De Gea dan dia tidak mampu untuk menepis atau menahan tandukan tersebut. West Ham dilihat di ambang untuk menang ke United tetapi hasil hantaran cantik Giggs membolehkan Van Persie menjaringkan gol penyamaan pada masa tambahan permainan.


Pada perjumpaan ulangan nanti, United harus menang bagi melangkah ke pusingan ke 4 dan saya yakin United akan menang perlawanan tersebut.

Sama-sama kita nantikan perlawanan tersebut nanti.

Go United Go.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR