We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, January 31, 2013

BERTEMU SEMEN PADANG DI KOTA BHARU


Sempena berehatnya Liga Super Malaysia, Kelantan FA akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Juara Liga Perdana Indonesia, Semen Padang FC di Stadium Sultan Muhammad ke 4 malam besok.



Perlawanan ini akan dijadikan pentas untuk menguji kekuatan dan persefahaman skuad Kelantan yang agak merudum sebelum ini. Setelah liga super berehat 3 minggu sempena perlawanan persahabatan antarabangsa dan kelayakan Piala Asia 2015, jurulatih Kelantan FA, Bojan Hodak mempergiatkan latihan bagi memulihkan prestasi pemain Kelantan ketika ini.

Perlawanan esok juga akan menyaksikan seorang pemain import yang diuji dan jika berkemampuan, pemain ini mungkin akan disain kontrak dan akan menggantikan penyerang yang kurang menyerlah musim ini. Penyerang yang berasal dari Perancis, Salim Arrache sudah berada di Kelantan dan telah menjalani latihan bersama skuad Kelantan.

Kelantan sememangnya memerlukan penyerang yang betul-betul berbisa dan mempunyai skill yang berkualiti bagi membantu Kelantan mengekalkan 3 kejuaraan musim lalu. Selain Salim, Kelantan juga akan menurunkan Petratos yang telah lama tidak beraksi. Pastinya penyokong merindui skill dan corak permainan beliau yang mampu menambah bisa di bahagian serangan Kelantan.

Perlawanan esok akan disiarkan secara langsung di RTM TV 1 pada jam 8.40 malam. Sama-sama kita berikan sokongan padu kepada pasukan kebanggaan kita. Saya teka Kelantan akan menang 2-1.

Gomo Kelate Gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR