We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, September 29, 2012

(TERKINI)KALAH DI LAMAN SENDIRI-BANGKIT TAPI SUDAH TERLAMBAT

Dempsey mengawal pergerakan Van Persei. Dempsey menjaringkan gol ketiga Spurs

Perlawanan yang menarik tapi untuk separuh masa kedua.Separuh masa pertama, Manchester United tidak mampu membuat serangan ke arah pintu gol Spurs dan ketinggalan 2-0. Spurs memperolehi gol hasil counter attack.

MENANG TIPIS TAPI SELESA

Kelantan boleh menarik nafas lega apabila membawa bekalan selesa 2 gol balik ke Kota Bharu. Gol hasil jaringan Nurul Azwan Roya dan Indra Putra telah meletakkan Kelantan selangkah ke separuh akhir Piala Malaysia bagi musim 2012 ini.

Friday, September 28, 2012

MENERIMA KUNJUNGAN SPURS-ADA SIARAN LANGSUNG



Pada jam 12.45 pagi Ahad (waktu Malaysia), The Red Devils akan menerima kunjungan anak buah Andre Villa Boas di Old Trafford Stadium. Perlawanan keenam bagi liga perdana inggeris ini pasti mendebarkan kerana kedua-dua pasukan memenangi perlawanan kelima sebelum ini.

SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2012 PULAK, ADA SIARAN LANGUSNG



Selepas tersingkir daripada saingan suku akhir Piala AFC, The Red Warriors sekali lagi akan berjuang dalam saingan suku akhir iaitu suku akhir Piala Malaysia. Perlawanan yang akan bermula jam 8.45 malam di Stadium Hang Jebat Melaka akan menjadi venue perlawana antara pasukan tuan rumah Felda United bertemu Kelantan.

Wednesday, September 26, 2012

MENANG DI PUSINGAN KETIGA



Pagi tadi, Sir Alex dan anak buahnya menerima kunjungan The Magpies untuk perlawan pusingan ketiga Piala Capital One bagi musim 2012 ini. Perlawanan tersebut dimenangi oleh The Red Devils dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Anderson dan Cleverly mana gol Newcaslte dijaringkan oleh P.Cisse.

FOKUS WALAUPUN TERSINGKIR

Setelah Kelantan telah tersingkir dari saingan suku akhir Piala AFC, mereka akan menumpukan perhatian kepada saingan suku akhir Piala Malaysia bertemu Felda United pula. Walaupun tersingkir, semangat pemain tidak harus luntur tapi sebaliknya harus bangkit bagi membuktikan kepada Malaysia bahawa Kelantan adalah  pasukan bola sepak terkuat di negara ini.

KOTA BHARU – Tersingkir daripada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas tewas dengan agregat 2-6 pada peringkat suku akhir kepada pasukan Iraq, Arbil FC tidak akan menjejaskan fokus Kelantan dalam misi memenangi Piala Malaysia musim ini.

Jurulatihnya, Bojan Hodak percaya pasukannya masih pilihan utama untuk menjuarai piala paling berprestij itu dalam usaha mencipta kejuaraan treble tahun ini selepas memenangi Piala FA dan Liga Super.

Menurutnya, kejayaan pasukannya mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad IV sejak lebih setahun lalu selepas seri 1-1 dengan Arbil FC, merupakan satu lonjakan moral untuk anak buahnya.

Tuesday, September 25, 2012

SCORE BOARD BARU


Papan markah eletronik untuk stadium keramat kita telah siap dan akan digunakan untuk lawan Arbil FC nanti. Tak sangka akhir tercapai juga impian kita. Kesian pulak kat budak yang tukar papan markah tu. Mesti dia sedih sebab papan lama tu dah jadi sejarah..eheheheh

KOTA BHARU – Penantian rakyat Kelantan untuk melihat Stadium Sultan Muhammad IV memiliki papan markah elektronik akhirnya tercapai.

Malah, papan markah baharu yang dipasang di stadium itu merupakan yang terbaik di negara ini.

GOODBYE AFC CUP


Permainan cantik dan semangat untuk bangkit ditunjukkan oleh setiap pemain. Nasib bukan menyebelahi Kelantan dengan peluang yang banyak gagal disempurnakan. Jadikan ini pengalaman untuk masa akan datang.



Kelantan seri 1-1 dengan Arbil SC malam ini tetapi tewas 6-2 dalam agregat sekaligus mengakhiri persaingan dalam Piala AFC.

Kelantan yang kecundang 5-1 ke atas Arbil SC di Iraq pada saingan suku akhir pertama Piala AFC telah bernekad untuk berjuang habis-habisan di Kota Bharu walaupun peluang untuk mara ke separuh akhir tipis.

Tanpa kehadiran enam pemain tonggak di Iraq, Kelantan hanya berjaya mencatat satu jaringan penalti oleh kapten pasukan, Badhri Radzi.

PELUANG BANYAK TAPI HANYA 1 GOL

Kapten Kelantan, Piya menjadi penggerak utama Kelantan ketika menentang Arbil FC semalam.

Mesti ramai penyokong Kelantan yang frust pada game semalam tapi itu adalah lumrah dalam bola sepak. Pasukan mana yang ambik peluang dari kesilapan lawan akan berjaya menjaringkan gol. Itulah yang berlaku semalam.

Pasukan Kelantan mempunyai banyak peluang hasi serangan yang bertali arus ke gawang lawan. Kalau Ghaddar cergas dan dapat diturunkan dengan lebih awal, saya rasa 4 gol yang kita hendak, tidak mustahil untuk digapai. Tengok la semalam, walaupun Ghaddar masuk hanya 30 minit, tapi dia telah berjaya megucar-kacirkan pertahanan lawan dengan gerakan dan larian yang menarik.

Monday, September 24, 2012

AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK LAYAK


Obinna dijangka diturunkan untuk memperkuatkan bahagian pertahanan Kelantan.

Walaupun dilihat sukar tetapi kita yakin keajaiban akan berlaku. Kelantan akan layak ke separuh akhir Piala AFC. Pemain akan cuba sedaya upaya untuk menjaringkan gol dan menyamakan aggeregat untuk layak.

KOTA BHARU – Secara matematik, peluang Kelantan untuk mencipta satu lagi sejarah baharu layak ke saingan separuh akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2012 tampak semakin pudar.

Tewas 1-5 kepada Arbil FC dalam peringkat suku akhir pertama 18 September lalu, memberi gambaran skuad kendalian Bojan Hodak berhadapan situasi sukar untuk bangkit mencipta kemenangan luar biasa dengan jaringan yang banyak di Kota Bharu malam esok.

4

Malam ini The Red Warriors Kelantan akan turun menentang pasukan pak arab dari Iraq, Erbil FC di stadium keramat kita, Stadium Mohammad KeIV pada jam 8.45 malam. Dengar kata ade siaran langsung di TV 1.

Perlawanan suku akhir kedua Piala AFC ini dijangka sengit kerana Kelantan pasti akan mencuba sedaya upaya untuk menyamakan kedudukan dan menghalang pihak lawan menjaringkan gol. Kelantan harus menjaringkan 4 gol tanpa dibolosi oleh pasukan pak arab jika mahu layak ke pusingan separuh akhir Piala AFC ini.

Saturday, September 22, 2012

THE RED DEVILS MENANG, THE REDS KALAH


Rafael meraikan gol penyamaannya bersama rakan sepasukan

Setiap mata semestinya tertumpu kepada perlawanan 2 seteru yang kuat dalam Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Manchester United yang bertemu di Anfield untuk perlawanan ke lima liga. Perlawanan yang dimenangi oleh Manchester United itu memang tidak disangka. Kenapa saya berkata begitu?

Thursday, September 20, 2012

JADIKAN KEKALAHAN ITU SEBAGAI PANDUAN BERGUNA


Setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya. Itulah yang berlaku kepada pasukan Kelantan ketika bertandang ke stadium lawan di Iraq. Jurang perbezaan yang ketara dari segi corak permainan dan taktikal membuatkan Kelantan tergamam dengan kehebatan lawan. Jadikan apa yang berlaku di Iraq sebagai titik perubahan dalam corak permainan Kelantan.


ADA pengajaran berguna buat Kelantan setelah diaibkan dengan kekalahan besar 1-5 kepada Arbil FC dalam aksi suku akhir pertama Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), malam kelmarin, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Bukan sahaja perbezaan kualiti permainan yang ditunjukkan kedua-dua pasukan, malah saiz fizikal pemain negara juga dilihat gagal menyaingi kehebatan pemain negara Asia Barat itu.

PRESIDEN KAFA KATA KEKALAHAN MEMALUKAN


KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kekalahan 1-5 Red Warriors kepada kelab Arbil dari Iraq pada suku akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia semalam adalah memalukan.

Annuar melalui kenyataan dalam Facebook beliau turut menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan kekalahan besar Kelantan itu.

“Saya amat sedih. Apa yang kita tak mahu berlaku kepada pasukan yang mewakili negara dalam AFC akhirnya menimpa Kelantan. Kalah tak mengapa tetapi diaibkan dengan lima gol adalah memalukan,” katanya.

Wednesday, September 19, 2012

TERIMA KENYATAAN


KETAKUTAN yang akhirnya menjadi kenyataan.

Demikian hakikat yang terpaksa diterima oleh Kelantan apabila dimalukan dengan kekalahan besar 1-5 kepada kelab Iraq, Arbil FC pada aksi suku akhir pertama Piala AFC kelmarin.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini yang menganggap laluan Kelantan pada peringkat suku akhir cukup berliku.

(TERKINI) MENANG TAPI KURANG MENARIK

Mata masih mengantuk tetapi terpaksa update blog untuk berkongsi maklumat dengan penyokong United di luar sana. Saya bukan ingin mengutuk pasukan kesayangan saya dan anda semua tapi hanya ingin berkongsi pandangan saya tentang perlawanan pagi tadi iaitu menentang Galatasaray di Old Trafford.

Pada 10 minit pertama perlawanan, permainan adalah milik United dan berjaya menjaringkan gol hasil penyudah Carrick tapi selepas itu, perlawanan mula menjadi stabil. Galatasaray  dilihat mampu menyamakan kedudukan tetapi berjaya dihalang oleh kehebatan De Gea.

JURULATIH KELANTAN YAKIN DENGAN ANAK BUAH


KELANTAN kini berdepan misi mustahil untuk mencari empat gol tanpa bolos dalam baki 90 minit selepas dibelasah kelab Iraq, Arbil FC 1-5 pada suku akhir pertama Piala AFC, awal pagi semalam.
Reputasi juara empat kali Liga Arab itu yang tidak tewas pada peringkat kumpulan jelas menyulitkan lagi keadaan untuk Kelantan yang pastinya turun untuk sekurang-kurangnya menebus maruah selaku gergasi bola sepak tempatan.

(TERKINI) PUNCA KEKALAHAN DI IRAQ TELAH DIKETAHUI




KUALA LUMPUR 19 Sept. – Jurulatih Kelantan Bojan Hodak berpendapat keletihan merupakan punca pasukannya dibelasah 1-5 oleh juara liga Iraq, Arbil dalam pusingan pertama perlawanan suku akhir Piala AFC, pada Selasa.

Berikutan perjalanan jauh dan memenatkan dari Kota Baharu, pasukan pantai timur itu berhempas pulas dalam perlawanan itu di Stadium Francouse Al Hareeri.

KENA MENANG



Pada jam 2.45 pagi nanti, Manchester United akan menerima kunjungan pasukan dari Turki, Galatasaray  bagi perlawanan pertama Uefa Champions League musim 2012/2013. Pasukan The Red Devils dilihat akan mendapat laluan mudah untuk layak ke saingan peringkat kedua apabila diundi bersama 2 lagi pasukan iaitu FC Braga dan CFR Cluj dalam kumpulan H.

United dilihat mampu untuk memenangi kesemua perlawanan dalam peringkat kumpulan ini tetapi mereka harus mempamerkan aksi yang konsisten jika ingin layak ke peringkat seterusnya.

MISI BALAS DENDAM BERJAYA


Pada hari sabtu yang lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris, The Red Devils telah berjaya mengalahkan Wigan di Old Trafford dengan keputusan 4-0. Dengan kemenangan tersebut, Manchester United berjaya berada di tangga kedua liga.

Pada perlawanan tersebut, Sir Alex melatakkan Welbeck dan Hernandez sebagai penyerang utama. Ini kerana Van Persie dan Rooney masih dibelenggu kecederaan tetapi Sir Alex memasukkan Van Persie 20 minit terakhir untuk memberinya stamina.

Perlawanan itu juga telah menjadi perlawanan pertama bagi defend baru United, Buttner yang menggantikan Evra pada posisi kiri dan pemain ini berjaya membuktikan kemampuannya apabila membantu Hernandez menjaringkan gol dan juga berjaya menjaringkan 1 gol untuk United.

KENA 2-0, BALAS 6-1


MISI  Kelantan untuk membalas dendam  kekalahan kepada Terengganu pada perlawanan pertama sebelum ini kesampaian apabila berjaya menundukkan skuad Penyu 6-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Dengan kemenangan Kelantan, ia meletakkan anak buah Bojan Hodak  di kedudukan teratas Kumpulan B, sekali gus melayakkan diri ke suku akhir mengiringi Angkatan Tentera Malaysia dalam Piala Malaysia 2012.
Pada mulanya, kedua-dua pasukan dilihat mempersembahkan corak permainan berhati-hati dan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.

KENA BAHAM PAK ARAB


Juara empat kali Liga Premier Iraq, Arbil FC mempamerkan kehebatan sebenar apabila mencatat kemenangan bergaya ke atas Kelantan 5-1 dalam suku akhir pertama.
Kemenangan ini nyata memberi bekalan selesa ke atas pasukan Arbil FC yang akan bertandang ke Kota Bharu pada aksi suku akhir kedua 25 September ini.
Perlawanan yang jelas didominasi Arbil FC pada babak awal perlawanan memperlihatkan pelbagai serangan dan percubaan dilakukan anak buah Nizar Mahrous.

Thursday, September 13, 2012

SEBELAH KAKI KE SUKU AKHIR

Malam ini, puluhan ribu penyokong pasukan Kelantan akan membanjiri stadium keramat, Stadium Sultan Muhammad keIV untuk menyaksikan pasukan The Red Warriors merebahkan Sang Penyu bagi melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia musim 2012 ini. Pada perlawanan ini, Kelantan hanya perlu seri bagi melayakkan diri tapi kalu menang lagi baik la.

Bukan nak mintak tapi kalu kalah kita kena mengharapkan ATM untuk mengalahkan Kedah atau mengikat Kedah dengan keputusan seri. Kalu Kedah nak menyingkirkan Kelantan dari saingan peringkat kumpulan, mereka harus menang dengan jaringan lebih dari 2 gol bagi mereka melayakkan diri.

Wednesday, September 12, 2012

NAMPAK SANGAT TAK NAK TOLONG

Saya baru membaca artikel di Kelate.net satni. Terkejut juga dengan artikel tersebut. Gini ceritanya. Sebenarnya Kelantan ada membuat permohonan untuk mengecualikan pemain-pemain Kelantan dari mewakili pasukan kebangsaan menentang Vietnam malam kelmarin tapi permohonan itu telah ditolak oleh FAM. Permohonan itu dibuat kerana Kelantan terpaksa melalui perlawanan dalam tempoh yang singkat termasuk perlawanan akhir peringkat kumpulan bertemu dengan Terengganu pada 14 September di Kota Bharu. Selepas lawan Terengganu, mereka harus terbang ke Iraq untuk menentang pasukan kelab negeri pak arab itu, Al Arbil SC pada 18 september.

Tuesday, September 11, 2012

EMM..SORANG LAGI PERTAHANAN CEDERA

Tak tau la nak kata macam mane dah kat team Manchester United ni. Lepas Jones cedera, ade pulak sorang lagi pertahanan yang cedera. bukan Rio Ferdinand,Vidic pun bukan. Smalling tak sembuh-sembuh lagi. Jadi, sape yang cedera? Tak lain tak bukan Jonny Evans. Evans cedera masa dia wakil negara dia untuk kelayakan piala dunia 2014 nanti. Masa tu dia lawan Russia dan Ireland Utara, negara dia kalah 0-2.

DUA PEMAIN IMPORT GAGAL



Monday, September 10, 2012

(PANAS) EMPAT PEMAIN KELANTAN AKAN BERMAIN PASUKAN LAIN

Empat pemain Kelantan tidak akan menyertai Kelantan ketika ini dan akan bersama pasukan lain. Berita ini tersebar selepas Piala Malaysia bercuti hampir dua minggu bagi memberi peluang untuk pasukan kebangsaan menumpukan perhatian kepada perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini jam 8.45 malam. Keempat-empat pemain ini telah dipanggil oleh Dato' K. Rajagopal untuk mewakili pasukan Harimau Malaya bagi memperkuatkan pasukan. Keempat-empat pemain itu adalah S. Subramaniam, Syakir Shaari, Nor Shahrul Idlan Talaha dan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Bin Che Mat. Pasukan Malaysia akan menentang Vietnam yang berada di ranking 146 manakala pasukan Malaysia berada di tangga ke 156. Ini adalah perlawanan yang agak mencabar untuk Malaysia kerana Vietnam merupakan pasukan yang makin meningkat ketika ini.
Dengan prestasi pasukan Malaysia pada ketika ini, saya yakin pasukan negara kita mampu untuk memberi saingan kepada pasukan pelawat dan seterusnya mengalahkan pasukan lawan. Berikut senarai lengkap pasukan Malaysia ialah : SENARAI NAMA PEMAIN MALAYSIA VS VIETNAM 11 SEPTEMBER 2012 Bil. Nama Pemain Kelab/Negeri 1. Mohd Khyril Muhymeen Zambri Kedah 2. Mohd Bunyamin Umar Selangor 3. Safiq Rahim Selangor 4. Ahmad Shakir Md Ali Negeri Sembilan 5. Mohd Farizal Marlias Negeri Sembilan 6. S. Kunalan Negeri Sembilan 7. Khairul Fahmi Che Mat Kelantan 8. Mohd Shakir Shaari Kelantan 9. Norshahrul Idlan Talaha Kelantan 10. S. Subramaniam Kelantan 11. Abdul Shukor Jusoh Terengganu 12. Mohd Faizal Muhamad Terengganu 13. Muhammad Zubir Mohd Azmi Terengganu 14. Azamuddin Mohd Akil Pahang 15. Muhammad Zamir Selamat Johor FC 16. Amiridzwan Taj Tajudin ATM 17. Christie Jayaselan ATM 18. Mohd Azmi Muslim ATM 19. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak ATM 20. Mohamad Zaquan Adha Abd Razak ATM 21. Mahali Jasuli Harimau Muda A (S-League) 22. Mohd Fadhli Mohd Shas Harimau Muda A (S-League) 23. Gary Steven Robbat Harimau Muda A (S-League) 24. Wan Zack Haikal Wan Nor Harimau Muda A (S-League) 25. Mohd Safee Mohd Sali Pelita Jaya (Indonesia) SENARAI MENUNGGU 1. Ahmad Fakri Saarani Felda United FC 2. Yong Kuong Yong Felda United FC 3. Mohamad Ashari Samsudin Terengganu 4. Mohamad Muslim Ahmad Terengganu 5. Mohs Sharbinee Allawee Ramli Terengganu 6. Baddrol Bakhtiar Kedah

(PANAS) PERTAHANAN KELANTAN BERSAMA ONG KIM SWEE

Itu lah yang telah disaksikan oleh sebahagian penyokong pasukan Malaysia apabila pertahanan muda Kelantan, Nik Shahrul Azim bermain bersama pasukan Harimau Muda. Semalam, pasukan Harimau Muda U-22 telah berjaya mengalahkan pasukan Garuda Muda U-22 di Stadium Gelora Bong Karno, Jakarta dengan keputusan 1-0 hasil rembatan deras K. Ruben dari luar kotak penalti. Dengan prestasi yang ditunjukkan semalam, saya yakin dan amat-amat yakin pemain ini akan terus diberi kepercayaan oleh OKS untuk menerajui bahagian pertahanan pasukan negara. Sesungguhnya pemain ini mempunyai pakej lengkap seorang pemain pertahanan dari segi ketinggian fizikal dan kekuatan fizikal mampu untuk menahan segala asakan lawan. Pada perlawanan semalam, Nik Shahrul Azim berjaya menahan beberapa percubaan pemain muda Indonesia dan berjaya memintas hampir kesemua bola tinggi yang dihantar oleh pemain tengah dan pemain pertahanan muda Indonesia.
Saya ingin menyentuh sedikit tentang perlawanan semalam. Pada pendapat saya, perlawanan semalam lebih dikuasai oleh pemain tuan rumah. Ini kerana mereka bermain hantaran bawah dan mereka juga berjaya mengawal bahagian tengah padang dengan baik. Apa yang menghalang pasukan Garuda Muda untuk menjaringkan gol adalah kerana ketumpulan serangan pasukan tuan rumah dan kekentalan pemain pertahanan yang berjaya mengawal pemain penyerang dengan baik. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada Nik Shahrul Azim dan Pasukan Harimau Muda Malaysia kerana telah berjaya memenangi Piala SCTV di Jakarta. Semoga dengan kemenangan ini, Malaysia akan lebih yakin untuk masa akan datang. Untuk Nik Shahrul pula, semoga terus bermain dengan baik dan menaikkan nama Kelantan dan Malaysia di rantau asia dan dunia. Teruskan usaha agar berjaya meningkatkan mutu permainan anda dan seterusnya berjaya bermain di peringkat yang lebih tinggi. Selamat Berjaya Untuk Nik Shahrul Azim dan Malaysia. Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR