We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, February 3, 2013

SAINGAN SENGIT PASUKAN TUAN RUMAH

Rooney menjaringkan gol tunggal perlawanan United vs Fulham

Hanya 1 gol yang mampu dihasilkan oleh Manchester United ketika berkunjung ke Craven Cottage. Gol hasil jaringan Rooney itu sudah memadai untuk memberikan kemenangan ke United untuk mengatasi Fulham buat kali kedua dalam minggu ini. Sebelum ini, kedua-dua pasukan telah bertemu dalam saingan piala FA dan keputusan 4-1 berpihak United.


Permainan yang ditunjukkan oleh Fulham sangat berbeza berbanding ketika dikalahkan pada perlawanan piala FA. Pertahanan yang kemas, serangan yang berterusan dan kawalan tengah yang baik menyebabkan United sukar untuk menjaringkan gol.

Pada perlawanan tersebut, Sir Alex menurunkan antara pemain terbaik setakat ini. Dengan Nani kembali ke dalam skuad, permainan United sangat berubah dan gandingan Nani dan Evra sangat menarik dan berbahaya Fulham. Ini terbukti apabila hampir menjaringkan gol pada awal permainan.
Kesebelasan yang diturunkan oleh Sir Alex semalam adalah De Gea, Evans, Rafael, Ferdinand, Evra, Nani, Cleverley, Carrick, Valencia, Roeney dan Van Persie.

Fulham telah belajar pada perlawanan sebelum ini apabila mereka memperkukuhkan bahagian pertahanan dan itu terbukti apabila separuh masa pertama berkesudahan 0-0. Tetapi separuh masa itu dihentikan lebih awal apabila lampu limpah rosak dan merencatkan perlawanan pada minit ke 43 perlawanan.

Lampu limpah rosak menyebabkan hampir keseluruhan stadium di Fulham bergelapan dan hanya diterangi oleh cahaya kamera.

Serangan yang berterusan daripada United membuahkan hasil apabila bola hantaran Evans dikawal kemas Rooney sebelum melepaskan rembatan rendah untuk menewaskan Swarcher bagi gol tunggal perlawanan pada minit ke 72 perlawanan.

Dengan kemenangan ini, United kekal di tangga teratas liga perdana dengan 62 mata, 10 mata melebihi City yang berada di tangga kedua. City yang bermain lewat boleh merapatkan mata kepada 7 mata jika berjaya menewaskan Liverpool di tempat sendiri. Jika tewas atau seri, jarak antara dua musuh setempat ini akan makin bertambah.

Jadi, sebagai penyokong United, saya amat berharap agar City terlepas 3 mata da United terus mengekalkan kelebihan 3 mata tersebut untuk memudahkan menjuarai liga perdana buat kali ke 20.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR