We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, February 25, 2013

ISU PEMAIN DI KELANTAN

Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kelantan telah berjaya memiliki bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani bermula bulan April nanti. Pemain kebangsaan kelahiran Kelantan ini ketika ini sedang bermain dengan kelab Divisyen 3 Portugal, Atletico SC diikat kontrak selama setahun.



Selain Fakri, Kelantan juga telah mendapatkan seorang lagi pemain import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme yang juga seorang penyerang bagi memperkuatkan dan mempertajamkan bahagian serangan Kelantan untuk saingan Piala AFC dan jika dia berkemampuan, dia akan menggantikan Kieta Mandjou untuk saingan seterusnya liga super, piala fa dan piala Malaysia.


Nwakaeme pernah bermain untuk beberapa kelab di luar negara dan dia dilihat mampu untuk membawa perubahan dalam jentera serangan Kelantan. Memiliki susuk tubuh yang mantap dan skill yang menarik, pemain ini mampu untuk membawa kejayaan kepada Kelantan dibantu oleh pemain tempatan yang lain.


Kelantan juga dikhabarkan ingin mendapatkan seorang pertahanan kebangsaan yang masih remaja. Pemain ini yang mempunyai corak permainan yang mantap di bahagian pertahanan dan kemasukan pemain ini akan menambah kekuatan skuad Kelantan musim ini. Pemain yang dimaksudkan ialah Fadhli Shas berada dalam pemantauan skuad Kelantan bagi menggantikan pemain pertahanan yang kurang menyerlah musim ini.

Kemasukan ketiga-tiga pemain ini sejajar dengan pengakuan yang dibuat oleh Tan Sri Anuar Musa mengenai 3 pemain Kelantan yang akan digugurkan pada bulan April nanti. Menurut beliau, pemain yang digugurkan bukannya tidak berkualiti tetapi perubahan ini dilakukan demi memulihkan keadaan skuad Kelantan yang kurang menyerlah setakat ini.

Saya sangat yakin kehadiran ketiga-tiga pemain ini akan membawa perubahan besar kepada skuad Kelantan dan saya berharap agar pemain ini akan bermain bersungguh-sungguh bagi membantu Kelantan melangkah lebih jauh dalam sukan bola sepak ini terutamanya di Malaysia dan juga di Asia.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR