We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, January 14, 2013

KALAH KEPADA T-TEAM


Semua penyokong Kelantan telah mengetahui tentang kekalahan pertama pasukan kita musim ini di tangan T-team pada perlawanan yang dilangsungkan di Kuala Terengganu.



Kekalahan yang boleh dikatakan mengejut kerana kita mempunyai kekuatan pasukan tetapi dikalahkan oleh pasukan yang mempunyai hampir keseluruhan pemain remaja. Di mana silapnya pasukan kita sehingga ditewaskan oleh pasukan tuan rumah?

Melalui Facebook yang saya baca, ramai menyatakan kita tidak bermain dengan baik dan kurang penguasaaan bola. Penyokong juga banyak memberi kritikan kepada penyerang Kelantan terutamanya penyerang import Kelantan, Keita. Untuk rekod, Keita masih belum menjaringkan gol untuk liga super musim ini setakat dua perlawanan ini.

Adakah pasukan kita tidak boleh bermain pada sebelah petang atau pemain kita masih mencari keserasian dalam permainan? Jika kita katakan pemain kita tidak boleh bermain petang, itu adalah mustahil kerana sebelum ini mereka pernah bermain pada waktu petang. Masih mencari keserasian ketika liga sudah bermula amat merugikan pada pendapat saya. Kenapa saya berkata begitu?

Walaupun perlawanan baru memasuki perlawanan kedua, kita harus sedar bahawa permulaan liga yang baik akan memberi kita keyakinan untuk melangkah lebih jauh. Keyakinan itu bukan setakat pemain tetapi juga kepada penyokong. Saya akan tetap menyokong Kelantan FA walau kalah, seri atau menang tapi boleh kah kami sentiasa menerima kekalahan. Bukan permintaan tapi sesuatu harus dilakukan agar Kelantan FA kembali kepada prestasi yang sebenar.

Hampir 90% pemain yang bermain dengan Kelantan telah bersama selama 2-4 tahun. Perlukah lagi kita mencari keserasian? Ketika kita memiliki Ghaddar, kita mampu membuat serangan dan berjaya menembusi gawang lawan tetapi Keita tidak sama dengan Ghaddar. Keita hanya menunggu bola sampai ke kaki dan dia dilihat seperti tidak mahu berlari.

Perlawanan menentang Johor Darul Takzim pastinya lebih rumit dan Bojan Hodak harus membuat keputusan dan taktikel yang baik agar Kelantan mampu menjinakkan Harimau Selatan ini dari menakluki Kota Bharu.

Saya yakin dengan kemampuan pemain dan berharap agar semua penyokong akan terus menyokong Kelantan.

Gomo Kelate Gomo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR