We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, January 23, 2013

SERI BUAT KALI KETIGA


Itulah realitinya pasukan Kelantan FA musim ini. Kelantan FA hanya mampu mengikat Negeri Sembilan dengan keputusan seri 0-0 pada perlawanan ke 5 di Kota Bharu.



Perlawanan yang dilangsungkan dalam keadaan hujan ini menyebabkan banyak peluang yang terhidang tidak dapat disempurnakan dengan baik oleh penyerang. Pemain juga dilanda keletihan dengan jadual padat.

Apa yang dapat saya perhatikan, Kelantan sekarang ini menghadapai masalah pada bahagian serangan. Kita tidak menghasilkan jaringan yang besar dan paling besar pun 2 gol pada perlawanan permulaan ketika bertemu PKNS FC.

Sebenarnya masalah Kelantan sekarang adalah tiada pemain yang mampu meletihkan pemain pertahanan lawan. Maksud saya, Kelantan tidak memiliki pemain yang mampu membuat skill dan mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Kalu musim lepas, Kelantan memiliki pemain yang mempunyai gelecekan dan skill sehingga mampu membuka ruang untuk pemain lain menjaringkan gol tetapi tahun ini kita tidak memilik aset tersebut. Ketiadaan Ghaddar, Nor Shahrul, Nurul Azwan Roya dan Chanturu memang merencatkan pasukan sehingga sekarang hanya menjaringkan 4 gol dalam saingan liga super.

Sesuatu harus dilakukan kerana Kelantan telah lengkap pada bahagian tengah dan serangan. Setiap kali Kelantan bermain, bahagian tengah yang dikawal Piya dan Shakir memberikan penguasaan kepada Kelantan dan kedua-dua pemain ini bijak mengawal bahagian tengah dan membuka peluang kepada penyerang untuk menjaringkan gol.

Kelantan memiliki ramai pemain yang mampu menjaringkan gol. Indra, Farhan, Piya dan dua bekas pemain Kelantan iaitu Ghaddar dan Nor Shahrul. Walaupun Kelantan memasukkan Haris Safwan bagi menggantikan Matyo tetapi ia seperti tidak berhasil kerana apa yang saya perhatikan, Matyo lebih berbisa dari Haris Safwan. Keita juga dilihat kurang menyerlah dan dia juga sudah dimamah usia. Saya melihat dia seperti bekas pemain Kelantan dulu, Nwoha yang kurang menyengat dalam pasukan Kelantan musim lalu.

Satu lagi, saya melihat Bojan Hodak suka menggunakan khidmat Zamri Ramli sebagai pemain tengah dan Khairul Izuan dalam setiap perlawanan. Pada pendapat saya, kedua-dua pemain ini kurang berkesan kepada pasukan. Bukan nak menunjuk pandai dan bukan nak mempertikai keputusan jurulatih cuma saya lihat kedua-dua pemain ini kurang menarik corak permainan yang dipamerkan.

Dengan keputusan seri itu, Kelantan menduduki tangga ke 7 liga dan mengumpul 6 mata hasil 1 kemenangan dan 3 seri. Keputusan itu juga merupakan seri 0-0 yang kedua selepas keputusan yang sama dicatatkan ketika bertemu Felda United di Kuala Lumpur.

Saya sebagai penyokong Kelantan dan rakyat Kelantan amat berharap Kelantan mampu meningkat dari segi prestasi pemain dan keputusan perlawanan agar dapat memberi saingan kepada pasukan yang berada di teratas liga super.

Dengan  berehatnya liga super sehingga bulan Februari dan tumpuan diberikan kepada Piala FA, pasukan Kelantan harus menggunakan rehat tersebut untuk mencari titik kelemahan dan jalan penyelesaian terbaik bagi membantu pasukan Kelantan.

Kami penyokong tetap menyokong setiap keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan dan sentiasa berdiri teguh di belakang Kelantan. Kami juga yakin Kelantan akan bangkit dan akan mengulangi kecemerlangan musim lalu.

Gomo Kelate Gomo.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR