We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, November 20, 2012

SENARAI PEMAIN KELANTAN 2013 TELAH DIDEDAHKAN

Tan Sri Anuar Musa akhirnya telah mendedahkan senarai pemain skuad The Red Warriors untuk musim 2013 pada majlis sambutan 3 piala yang diadakan di perkarangan Stadium Muhammad ke IV malam tadi (20/11/2012).


Terdapat 3 pemain tempatan baru yang telah menyertai skuad Kelantan untuk musim 2013. Terdapat 2 lagi kekosongan yang belum diisi iaitu 1 pemain tempatan dan 1 pemain import. Berikut adalah senarai penuh pengurusan dan pemain Kelantan untuk musim 2013.

Bojan Hodak kekal sebagai jurulatih Kelantan dan dilantik sebagai pengurus pasukan Kelantan untuk musim depan.

Senarai pengurusan Kelantan 2013


Ketua Jurulatih/Pengurus: Bojan Hodak
Pen.Pengurus: Wan Badri Wan Omar
S/U Agong: Hj.Azman Ibrahim
Pen. Jurulatih I: Kamarudin Muhammad
Pen. Jurulatih II: Zahasmi Ismail
Jurulatih Penjaga Gol: Ismail Chawalit
Jurulatih Kecergasan: Rueben Jude
Fisioterapi: Zainudin Zakaria
Fisioterapi: Faris Musa
Kit Man: Pok Rong

Senarai Pemain Kelantan 2013


1) Shahrizan Ismail
2) Azizi Mat Ros
3) K.Nanthakumar (Pemain baru daripada Perak)
4) Obinna Nwaneri
5) Nik Shahrul Azim
6) Farisham Ismail
7) Zairo Anuar Zailani (Pemain baru daripada T-Team)
8) Shakir Shaari
9) BAKAL DIUMUMKAN BEBERAPA HARI LAGI
10) NorFarhan Muhammad
11) Aziz Ismail
12) Izuan Solahudin (Pemain dibawa pulang drpd Harimau Muda)
13) Faiz Subri (Pemain baru daripada T-Team)
14) Zamri Ramli
15) Daudsu Jamaludin
16) Badri Radzi (Ketua Pasukan)
17) Rizal Fahmi
18) Khairul Izuan Rosli
19) Khairul Fahmi Che Mat
20) Keita Mandjou
21) Norhadi Ubaidillah
22) Tuan Mohd Faim
23) Indra Putra Mahayudin (Penolong Ketua Pasukan)
24) Zairul Fitree Ishak
25) Aris zaidi
26) Pemain import yg bakal diumumkan tidak lama lagi
27) Mijo Dadic
28) Subramaniam (injured ACL)
29) Okine
30) Antwi

*no jersi mengikut nama pemain

Pemain no 9 bakal diumumkan dlm masa 2-3 hari lagi kerana ada sedikit urusan yang perlu KAFA uruskan dengan pasukan lama pemain tersebut manakala no 26 mungkin milik Ghaddar atau mungkin milik pemain import lain. Nor Shahrul telah disahkan menyertai Johor untuk musim depan. Namun segala-galanya bakal terjawab nanti dan Bojan Hodak sendiri yang akan menilai kesemua pemain import. 4 calon terakhir bakal menjadi pemain import Kelantan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR