We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, May 29, 2013

BERITA THE RED DEVILS 7

Gomo Merah melaporkan berita dari bilik berita Old Trafford.


Berita 1
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, penyerang serba boleh, Wayne Rooney telah menandatangani kotrak lanjutan dan akan mengekalkan beliau di Manchester United sehingga 2018.  Dengan ini, segala spikulasi perpindahan melibatkan penyerang ini tidak akan muncul lagi kerana Rooney akan kekal di United.

Rooney melanjutkan kontrak dengan United dan kekal sehingga 2018

Berita 2
Ketika ini, United dan semua kelab-kelab eropah sibuk memancing pemain terbaik dan pemain yang mampu membawa kejayaan pada pasukan. United dilaporkan berminat untuk mendapatkan bekas pemain Arsenal, Fabregas untuk bergandingan dengan Van Persei di Old Trafford. Selain Fabregas, pemain muda Barcelona, Thiago Alcantra juga dikaitkan untuk menyertai skuad baru United. Selain pemain luar yang akan masuk ke United, ada beberapa pemain United yang cuba dipancing dan dikaitkan dengan beberapa kelab eropah. Antara nama tersebut ialah Nani, Chicarito dan Rooney.

Nani dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus dan Monaco.

Berita 3
Pasti ramai yang telah mengetahui bahawa pengurus terlama United, Sir Alex Ferguson telah mengumumkan persaraannya musim ini. Pengurus Everton, David Moyes telah dilantik menggantikan beliau bermula musim depan.

Masa lalu dan masa hadapan: Sir Alex akan digantikan oleh David Moyes sebagai pengurus baru Manchester United.

Berita 4
Media hangat memperkatakan mengenai Cristiano Ronaldo yang akan menyertai semula United dari Real Madrid. Semasa sir Alex menjadi pengurus, perkara ini sememamng menjadi berita hangat di eropah dan sekarang ia menjadi semakin senyap selepas persaraan Sir Alex dan kemasukan David Moyes sebagai pengurus.


Berita 5
Rooney, Welbeck dan Phil Jones mewakili England dalam perlawanan persahabatan bertemu Republik Irland dan keputusannya adalah 1-1. Gol perlawanan dijaringkan oleh Shane Long (Republik Irland) dan Frank Lampard (England).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR