We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, May 28, 2013

JUARA BERTAHAN KE FINAL PIALA FA 2013-CORAK PERMAINAN TERUK

Norfarhan gagal menyerlah ketika bertemu Terengganu petang kelmarin.

4-2. Itulah keputusan perlawanan antara Kelantan dan Terengganu pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 yang dilangsungkan pada petang kelmarin. Walaupun kalah di tempat lawan, Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir tahun ini kerana secara aggregat, Kelantan memenangi saingan peringakat separuh akhir ini dengan keputusan 6-5.

Monday, May 27, 2013

KELANTAN BENAM TERENGGANU 4-1 UNTUK SELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

Indra Putra Mahyuddin dijulang rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua Kelantan.

Kelantan memanfaatkan sepenuhnya peluang bermain di laman sendiri apabila berjaya menumbangkan Terengganu, 4-1 di Kota Bharu pada hari Sabtu yang lalu.

Tuesday, May 21, 2013

KELANTAN MEMBURU KEMENANGAN KE ATAS JOHOR DARUL TAKZIM DI JOHORBAHRU

Siapakah yang akan merantai pergerakan Norshahrul malam ini setelah Nik Shahrul digantung perlawanan?

Pada malam ini, Kelantan sekali lagi terpaksa mengharungi perlawanan yang sengit. Jika sebelum ini, Kelantan berjaya mengikat Gergasi Merah Kuning dengan keputusan 1-1, malam ini mereka terpaksa menghadapi Manchester City Malaysia, Johor Darul Takzim di Stadium Larkin.

Pada perlawanan sebelum ini di Kota Bharu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1. Perlawanan malam ini pastinya berbeza kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai matlamat masing-masing. Kelantan mengharapkan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan dalam liga manakala JDT pula ingin mengejar pendahulu liga Lion XII yang berada di persada liga super.

Kelantan dilihat agak tempang pada perlawanan malam ini kerana pemain import, Dickson masih belum dapat diturunkan dan bahagian pertahanan pula terpaksa dirombak selepas Nik Shahrul digantung perlawanan kerana menerima kad kuning ketika bertemu Selangor pada perlawanan sebelum ini. Nampaknya Bojan Hodak terpaksa meletakkan kemungkinan Farisham Ismail bagi menguatkan bahagian pertahanan kanan malam ini.

Pertahanan Kelantan tidak boleh leka kerana JDT sekarang berada dalam prestasi yang memuaskan ditambah dengan kehadiran pemain  import yang mungkin boleh merobak gawang yang dikawal Khairul Fahmi malam ini.

Pada pandangan saya, Kelantan akan memenangi perlawanan malam ini jika setiap pemain meminimakan kesilapan dan tidak terlalu mengharapkan hantaran bola tinggi. Syakir dan Piya mampu mengucar-kacirkan pertahanan lawanan dan pasti menguasai bahagian tengah.

Kepada penyokong, janganlah mengutuk pasukan kita. Mereka telah buat yang terbaik dan kalu kita tengok kepada jadual perlawanan, kudrat mereka memang diperah sepenuhnya. Belajarlah untuk menerima dan jangan menyokong ketika menang kalu tak dapat menerima kekalahan.

Gomo Kelate Gomo

Ramalan Saya

Kelantan 2-1 JDT

Barisan Kemungkinan

Apek
Zairul Fitree
Obinna
Subra
Farisham
Syakir
Piya
Faiz Subri
NorFarhan
Indra
Ahmad Fakri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR