We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, March 31, 2012

MENANG BESAR

Kepuasan jelas terpancar di wajah penyokong kelantan apabila pasukan the red warriors telah berjaya membaham pasukan kelapa sawit malaysia, felda united fc di kota bharu. memang tidak merugikan buat penonton yang hadir ke stadium memberi sokongan kepada kelantan apabila disajikan oleh 6 gol pada perlawanan tersebut.. gol2 kelantan dijaringkan oleh nwoha(2), piya, norfarhan dan indra. penyokong dan pemain sangat gembira kerana nwoha mula menunjukkan perkembangan yang amat baik dan tidak mustahil dia akan dikekalkan walaupun pembelian pemain import akan dibuka pada pertengahan bulan april nanti..

 

 permainan juga amat menarik apabila pemain membuat hantaran pendek dan kelantan menguasai perlawanan dengan baik. itulah cara permainan yang selamat dan elok dikekalkan oleh pemain kelantan dan juga jurulatih. kawalan bola oleh pemain juga baik dan kurang kehilangan bola adalah punca kemenangan kelantan semalam. pertahanan yang kental dan dibantu oleh pengalaman obbina, felda united hanya mampu menjaringkan 1 gol sahaja melalui kesilapan pemain yang tidak mengeluarkan bola dengan baik.

 dengan kemenangan semalam, kelantan gah di takhta liga dengan 26 mata, 2 mata melebihi lion12 yang berada di tangga kedua dengan 24 mata.. semoga kelantan akan terus menang pada setiap perlawanan yang akan datang.. gomo kelate gomo..

Thursday, March 29, 2012

KEDAH MENANTI DI SEPARUH AKHIR PIALA FA 2012

Pada hari selasa yang lalu, kelantan telah mengesahkan slot ke pusingan suku akhir piala fa 2012 apabila berjaya mengalahkan wakil liga fam, spa kl fc dengan keputusan 2-0. gol-gol kelantan dijaringkan oleh norfarhan dan penyerang import, nwoha.. dengan kemenangan 2-0 itu, kelantan mengalahkan spa kl fc dengan aggregat 5-0. pada pusingan separuh akhir, kelantan akan bertemu pasukan hijau kuning pada 21 april nanti di kota bharu..

Wednesday, March 28, 2012

MENANG DI OLD TRAFFORD

Pada pagi kelmarin, pasukan the red devils telah menerima kunjungan The Cottagers,fulham di old trafford dan mereka telah mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 1-0. gol tersebut dijaringkan oleh rooney yang menerima hantaran evans yang bijak memanfaatkan peluang di depan pintu gol fulham. pada perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah menguasai perlawanan hampir 60 peratus tapi peluang untuk menambah gol tidak berjaya kerana kegopohan penyerang dan kekentalan pertahanan fulham.

Sunday, March 25, 2012

SELANGKAH KE SEPARUH AKHIR PIALA FA 2012



Semalam, pasukan the red warriors telah meletakkan sebelah kaki ke peringkat separuh akhir piala fa 2012 apabila menewaskan pasukan spa fc dengan keputusan 3-0. gol2 kelantan dijaringkan oleh ketua pasukan kelantan, badri dan 2 gol dari norfarhan. kelebihan 3 gol ditempat lawan akan dibawa kelantan ke pusingan kedua suku akhir yang akan diadakan di kota bharu 27 mac ini.


Thursday, March 22, 2012

TEWAS DI TEMPAT LAWAN



Petang semalam, kelantan telah ditewaskan oleh pasukan tuan rumah, ayeyawady fc dari myanmar dengan keputusan 3-1 dalam saingan piala konfidurasi afc. gol kelantan dijaringkan oleh penyerang lubnan, gaddar.

dari rakaman youtube dan komen2 dari facebook, dapat saya buat sedikit pendapat di sini bagi perlawanan semalam. mengikut rakaman yang saya tonton melalui youtube, penyerang kelantan, gaddar gagal memanfaatkan 2-3 peluang di hadapan pintu gol ayeyawady.

gol pertama pasukan lawan hadir melalui jaringan sendiri pemain pertahanan kental kelantan, obinna yang tertendang ke gawang sendiri yang dikawal oleh mohd sarizan.

mengikut komen dari facebook lagi, ada yang mengatakan bahawa gol2 ayeyawady itu terhasil hasil kesilapan pemain pertahanan kelantan sendiri.



pada perlawanan itu juga, kita banyak kehilangan pemain utama iaitu norshahrul, khairul fahmi, subra, azizi mat rose, aziz ismail dan ramai lagi yang merencatkan kekuatan pasukan kelantan.

kebanyakkan komen dari facebook kesal dengan kekalahan semalam tapi saya dan semua penyokong kelantan yakin, kelantan akan meningkatkan prestasi dan akan memenangi baki perlawanan selepas ini. lupakan kekalahan semalam, walaupun perit tapi kita harus menerima realiti.

dengan kekalahan semalam, kelantan menghuni tempat tercorot dari 4 pasukan yang bertanding dengan memiliki 1 mata. selepas ini, the red warriors akan menerima kunjungan pasukan dari indonesia dalam saingan yang sama pada bulan april nanti.

semoga semua pemain akan memperolehi kemenangan pada perlawanan tersebut dan berjaya melangkah ke pusingan yang kedua.

diharap semua penyokong akan mendoakan kejayaan kelantan.

gomo kelate gomo

p/s : nok mene tapi kaloh, nok wak gano, pemain lawe sedap lagi main daripado kito..pahtu main tempat demo pulok, meme sedap la demo bubuh. mari tempat kita nanti, kita bubuh dia pulok..heheheh

Monday, March 19, 2012

KEMENANGAN BESAR



lega hati bila manchester united menang besar di stadium molineux ke atas pasukan tuan rumah wolverhampton dengan jaringan 5-0. gol-gol manchester united dihasilkan oleh chicarito (2), welbeck, valencia dan evans yang berjaya menjaringkan gol buat pertama kali untuk manchester united.kemenangan semalam juga dibantu oleh kesilapan pertahanan tuan rumah yang lemah apabila seorang pemain mereka dibuang padang kerana menerima kad merah..

Saturday, March 17, 2012

SELAMAT TINGGAL PIALA LIGA EROPAH



selamat jalan, sayonara buat piala liga eropah. itulah ucapan buat pemain dan penyokong manchester united setelah kita ditewaskan oleh pasukan yang lebih kuat. dengan kekalahan itu, manchester united hanya ada 1 lagi piala yang perlu dikejar dan dipertahankan iaitu piala liga perdana inggeris. jika dilihat pada prestasi semasa, tidak mustahil the red devils akan berjaya mempertahankan piala liga inggeris yang dimenangi pada tahun lepas.

berbalik kepada piala liga eropah ini, pada perlawanan pertama, ketika perlawanan diadakan di old trafford, manchester united telah dikalahkan oleh athletic bilbao dengan jaringan 3-2. jadi manchester tidak berjaya membalas dendam ke atas kekalah tersebut.

seingat saya, manchester united agak kurang bernasib baik setiap kali bertemu dengan kelab dari sepanyol. jika diimbas rekod lalu, kelab dari sepanyol telah banyak kali mengecewakan manchester dalam kejohanan eropah ini.



jika manchester ingin menjadi kelab yang digeruni, saya rasa elok seorang pemain tengah yang mempunyai kemahiran tinggi dari segi kawalan bola, hantaran tepat supaya dapat membuka peluang untuk penyerang menjaringkan gol. bukan saya nak merendahkan pemain tengah yang ada tetapi jika seorang pemain tengah yang hebat dicari, ia pasti akan mempengaruhi corak permainan manchester.

jadi, saya harap sir allex akan cuba untuk mendapatkan pemain tengah dan penyerang lebih baik bagi menjadikan pasukan menchester united lebih digeruni lagi.

lupakan kekalahan ini dan tumpukan pada liga perdana inggeris yang masih berbaki 10 perlawanan lagi.

diinsipirasi oleh Click Here!

BERJAYA KALAHKAN PERAK



itulah keputusan perlawanan semalam yang disiarkan pada tv1 semalam. kedua-dua jaringan hadir pada separuh masa pertama dan yang kedua-dua gol itu dijaringkan oleh 2 pertahanan kiri dan kanan kelantan.

gol pertama hadir pada minit ke10 hasil sepakan percuma yang disempurnakan oleh daudsu pada jarak 40 meter daripada gol pasukan perak. gol ini juga terhasil disebabkan oleh kesilapan penjaga gol perak yang tersilap membuat agakan lalu menyebabkan bola tersebut tidak dapat dihalang dan memberi kelantan gol pendahuluan.

gol kedua pula juga melalui sepakan percuma tapi kali ini disempurnakan oleh pertahanan kiri kelantan. yang tadi pertahanan kanan. zairul fitree atau ropi menyepak deras melepasi benteng yang dibuat oleh pertahanan perak lalu menerjah jaring yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol perak.



dengan kemenangan semalam, kelantan terus berada di takhta liga super dengan 20 mata mendahului terengganu di tengga kedua dengan 19 mata.

mengenai corak permainan kelantan semalam, saya tengok banyak yang perlu diperbaiki terutamanya bahagian serangan yang tumpul. pemain import yang diturunkan semalam nwoha agak kurang berkesan dan jarang sekali melihat dia membuat percubaan ke gawang perak. saya rasa farhan dengan nwoha kurang berkesan jika digandingkan bersama.

kelantan semalam menggunakan hantaran pendek dan ini membolehkan kelantan menguasai perlawanan pada separuh masa pertama tapi memasuki separuh masa kedua, pertahanan kelantan mula diserang oleh penyerang perak. nasib baik penjaga gol kelantan, berjaya menghalang beberapa percubaan.

tahniah juga buat pemain pertahanan yang kental bertahan bagi memastikan gawang kelantan tidak dibolosi. sesungguhnya obina memang seorang pertahanan yang bagus kerana bijak mengawal penyerang perak dan menyusun rakan-rakan supaya pertahanan kelantan dapat menyerap semua serangan perak.

saya yakin dan pasti jika kelantan meneruskan corak permainan yang seperti semalam atau lebih baik lagi, liga super pasti akan dapat dipertahankan.

gomo kelate gomo..

diinspirasi oleh Click Here!

Monday, March 5, 2012

TEKANAN BUAT MANCHESTER CITY


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

2 gol hasil jaringan young dan satu jaringan daripada ronney sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada manchester united ke atas tuan rumah, tottenham hotspur dengan keputusan 3-1. gol spurs dijaringkan oleh defoe hasil cubaan dari luar kotak panelti.

Sunday, March 4, 2012

MISI BALAS DENDAM TERCAPAI



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

gembira tak terkata. itulah perasaan saya apabila pengadil meniup wisel tamat perlawanan yang mengisytiharkan kemenangan kelantan ke atas pasukan negeri sembilan..

jaringan kemenangan yang hadir pada masa tambahan separuh masa kedua sudah cukup untuk menghadiahkan 3 mata buat pasukan kelantan dan kemenangan semalam merupakan cukup indah kerana kita berjaya membalas dendam ketika tewas pada lawan yang sama ketika kejohanan piala sumbangsih pada awal musim lalu..

terima kasih harus kita ucapkan kepada semua pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi memenangi perlawanan semalam dan yang paling kita ucapkan terima kasih ialah s. chanturu yang menjaringkan gol kemenangan semalam. tidak lupa juga buat piya aka badri yang berjaya menjaringkan gol seawal minit ke dua.

pada perlawanan semalam, kelantan terpaksa mencuba kombinasi penyerang yang baru iaitu ramzul dan farhan yang pertama kali digandingkan pada musim ini. mungkin kerana kurang digandingkan, permainan yang dipamerkan agak kurang memberangsangkan dan jika diberi peluang, mungkin ramzul dan farhan boleh membuktikan sesuatu untuk pasukan..

pertahanan amat kukuh pada separuh masa pertama tapi selepas subramaniam diganti dengan farisham, pertahanan agak goyah dan kerap kali diceroboh oleh penyerang negeri sembilan..

perlawanan semalam juga dipenuhi dengan terjahan keras oleh pasukan negeri sembilan sehingga mencederakan beberapa pemain kelantan. ini amat merugikan pasukan kelantan yang akan menghadapi pasukan dari vietnam pada 7 mac nanti.

nampaknya, jurulatih baru kelantan terpaksa memikirkan kesebelasan yang cukup mantap bagi menghadapi lawan yang lebih berpengalaman di dalam peringkat kejohanan asia ini..

apa pun sebagai penyokong setia, saya akan terus menyokong pasukan kelantan dan akan mendoakan agar kemenangan akan menjadi milik kita..

gomo kelate gomo..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR