We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, August 14, 2013

KALAH LAWAN ATM-PELUANG BAIKI KELEMAHAN SEBELUM PIALA MALAYSIA


Skuad Kelantan FA yang beraksi melawan ATM FC semalam.

1-0. Itulah keputusan yang menyaksikan Kelantan FA dikalahkan oleh ATM FC dalam perlawanan persahabatan Pra Piala Malaysia malam tadi. Gol hasil jaringan pemain sayap lincah dari Sabah, Venice sudah cukup menggembirakan skuad jurulatih B Sathianathan ini.


Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke 4 itu disaksikan oleh ribuan penyokong yang memenuhi segenap ruang stadium. Selepas perlawanan tersebut, beberapa penyokong mengganggap kekalahan tersebut perlu menjadi pengajaran dan pihak pengurusan perlu menilai setiap kelemahan terutamanya bahagian serangan yang tumpul.

Skuad yang diturunkan semalam boleh dikatakan antara pemain kesebelasan utama Kelantan FA musim ini. Tetapi itu semua tidak boleh menjadi ukuran kerana mereka hanya baru berkumpul beberapa hari selepas beberapa pemain pulang dari tugasan dengan skuad kebangsaan dan pulang dari bercuti hari raya. Kesefahaman mereka juga harus diperbaiki setelah lama tidak beraksi bersama.

Saya yakin Kelantan FA mampu bangkit dan akan menghadiahkan Piala Malaysia buat penyokongnya tahun ini. Sama-sama kita doakan agar skuad kita berjaya dalam perjuangan mereka kali ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR