We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, November 27, 2010

BERTEMU JIRAN SEBELAH

Assalamualaikum..

pada catatan kali ini, saya ingin meluahkan rasa gembira saya kepada pasukan negeri kelantan yang telah berjaya menewaskan perlis dengan aggregat 5-2 dan seterusnya melangkah ke separuh akhir piala emas raja-raja 2010..

pada perlawanan yang akan berlangsung pada 30 november ini di stadium Sultan Muhammad ke IV, kelantan akan menerima kunjungan jiran sebelah menyebelah iaitu terengganu darul iman..

semestinya terengganu akan memberikan cabaran yang getir dan kelantan harus bersedia kerana terengganu semestinya boleh menjadi penghalang kepada kelantan untuk melangkah ke perlawanan akhir. sesungguhnya kelantan harus fokus kerana terengganu semestinya akan menurunkan pemain terbaik untuk memalukan kelantan di laman sendiri dan mencari bekalan selesa apabila bermain di tempat sendiri nanti..

kalu ditengok pada rekod, prestasi kelantan di dalam kejohanan ini agak memberangsangkan dengan 12 kejuaraan sebelum ini dan itu merupakan rekod yang boleh dibanggakan oleh pasukan kelantan dan rakyat kelantan..

sama-samala kita mendoakan kejayaan kelantan pada kejohanan kali ini dan seterusnya berjaya merangkul kejuaraan yang ke13..

gomo kelate gomo.

sekian

TUJUH

Assalamualaikum..

semalam manchester united bertemu dengan pasukan yang digelar the riversides, blackburn rovers di stadium theather of dream dengan kemenangan berpihak kepada man.united 7-1. itulah sebabnya saya memilih tajuk tujuh untuk bingkisan pada kali ini..

Monday, November 22, 2010

SELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

Assalamualaikum..

pada hari sabtu yang lalu, kelantan telah mengalahkan perlis dengan jaringan 3-0 pada suku akhir pertama piala emas raja-raja di stadium Sultan Muhammad di kota bharu. dengan kemenangan besar ini, kelantan telah meletakkan sebelah kaki untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan tersebut..

kelantan telah mengecapi kejuaraan ini sebanyak 13 kali dan merupakan pasukan pilihan untuk memenangi piala ini.

pada hari jumaat ini 26 nov. kelantan akan berkunjung ke stadium utama di kangar untuk pertarungan kedua peringkat suku akhir..

harapan saya agar semua pemain akan memberi tumpuan penuh dan sentiasa bijak dalam membuat serangan dan kental mempertahankan benteng dari dirobek lawan yang telah menjuarai piala ini pada tahun lepas..

semoga kelantan akan berjaya membolot piala tersebut bagi menambah koleksi piala yang diperolehi oleh pasukan kelantan pada tahun ini..

gomo kelate gomo

sekian

BELUM KALAH

Assalamualaikum...

lama saya tak luahkan pendapat mengenai dua pasukan yang saya minati iaitu manchester united dan juga pasukan negeri saya iaitu kelantan. pada post kali ini saya memilih tajuk 'belum kalah' yang ditujukan untuk pasukan manchester united yang masih belum kalah dalam 14 perlawanan dan ini merupakan rekod yang baik untuk manchester united..

Tuesday, November 2, 2010

KEPUTUSAN KUMPULAN C UCL 2010

BURSASPOR 0 MANCHESTER UNITED 3
VALENCIA 3 GLASGOW RANGERS 0

KEDUDUKAN KUMPULAN C
1. MANCHESTER UNITED 10 MATA
2. VALENCIA 7 MATA
3. GLASGOW RANGERS 5 MATA
4. BURSASPOR 0 MATA

REKOD BERSIH 10 PERLAWANAN

Assalamualaikum..

2-0, itulah keputusan yang dimenangi oleh manchester united ketika bertemu tottenham di old trafford. dengan kemenangan itu, manchester united telah merekodkan 10 perlawanan tanpa kalah dan the red devils juga adalah pasukan yang tidak pernah kalah 10 perlawanan ini..

SEJARAH TERCIPTA

Assalamualaikum..

kelantan telah mencipta sejarah apabila memenangi piala malaysia buat kali pertama dalam tempoh 89 tahun selepas piala malaysia ini diwujudkan..

kejayaan menewaskan negeri sembilan 2-1 di stadium bukit jalil sememangnya amat mambanggakan kerana dendam pada kejuaraan tahun lepas telah terbalas..

pada perlawanan tersebut, kelantan bermain agak kelam-kabut pad 20 minit pertama sehingga dihukum oleh s. kunalan apabila dijatuhkan oleh penjaga gol kelantan dalam kotak penalti dan penalti yang diberikan telah disempurnakan oleh shahrunain.

gol penyamaan kelantan telah dihadiahkan oleh hairuddin omar dan gol kemenangan kelantan dihadiahkan oleh badri radzi atau dikenali dengan gelaran pia..

dengan kemenangan piala malaysia itu, kelantan telah meletakkan namanya seiring dangan negeri lain yang telah memenangi kejuaraan tersebut..

selepas ini, negeri lain takkan lagi memandang randah kemampuan negeri cik siti wan kembang ini..

tahniah buat semua pengurusan pasukan kelantan fc, pemain, dan penyokong kelantan dan seterusnya rakyat kelantan kerana berjaya mengecapi kemenangan menjulang piala malaysia..

hadiah kemenangan ini buat Duli Yang Teramat Mulia Sultan Kelantan ke V dan juga meneteri besar yang banyak memberi sokongan kepada rakyat dan juga pasukan kelantan fc..

gomo kelate gomo

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR