We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, January 31, 2013

PIYA TAK SERTAI HARIMAU MALAYA


Mohd Badri Radzi a.k.a Piya menjadi pemain bola yang terkenal buat masa ini. Ini kerana isu dia dengan jurulatih skuad kebangsaan Harimau Malaya, K. Rajagopal.
Isu ini bermula ketika senarai pemain yang dikeluarkan oleh pihak FAM yang akan menyertai latihan skuad negara bagi perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 dan juga perlawanan persahabatan dengan Iraq di Dubai. Dengan prestasi semasa yang memberangsangkan, dia tidak disenaraikan. Sebaliknya Norfarhan, Syakir dan Khairul Fahmi a.k.a Apek yang terpilih untuk menyertai latihan skuad kebangsaan tersebut.

Ramai penggiat sukan dan jurulatih serta pengulas sukan mempertikai keputusan Dato' K. Rajagopal yang tidak menyenaraikan kapten skuad Kelantan FA ini. Mereka pelik dan tertanya-tanya kenapa Dato' K. Rajagopal tidak berminat untuk menggunakan khidmat Piya sedangkan dia antara pemain tengah yang konsisten dalam saingan Liga Super setakat ini.

Setelah semua pemain yang terpilih memulakan latihan bagi skuad kebangsaan, satu lagi masalah menghantui Dato' K. Rajagopal apabila ramai pemain yang cedera. Ramai yang menganggap inilah peluang untuk Piya terpilih menyertai skuad kebangsaan tapi semua meleset. Ini kerana Dato' K. Rajagopal lebih memilih pemain muda berbanding Piya yang lebih berpengalaman dan mempunyai kawalan bola yang baik.

Isu ini menjadi semakin panas apabila Dato' K. Rajagopal melibatkan dua bekas jurulatih Kelantan FA, Dato' M. Karathu dan B. Sathianathan ketika memberi kenyataan kepada pihak media. Beliau juga menyarankan kepada wartawan untuk bertanya sendiri kepada Piya kenapa dia tidak terpilih untuk menyertai skuad kebangsaan. Pelikkan, macam mana Piya nak jawab kerana yang buat pemilihan bukan Piya tetapi beliau.

Dan yang terbaru, Dato' K. Rajagopal akhirnya meluahkan kenapa beliau tidak memilih Piya bagi mengisi bahagian tengah skuad kebangsaan. Mengikut laporan daripada Nadi Arena, beliau mengatakan bahawa buat masa sekarang Piya masih tidak diperlukan kerana walaupun Piya berada dalam keadaan baik tetapi corak permainan yang beliau terapkan tidak sesuai dengan Piya. Tetapi beliau tidak menolak akan menggunakan khidmat pemain tersebut jika diperlukan nanti.

Pada pendapat saya, Piya sepatutnya tersenarai dalam skuad kebangsaan ini. Beri peluang kepada Piya untuk dia buktikan kehebatan dan kemampuannya sebelum membuat keputusan. Corak pemilihan yang diterapkan oleh beliau juga tidak seperti jurulatih negara luar yang akan menyaksikan sendiri kemampuan pemain yang akan mewakili skuad kebangsaan. 

Prestasi pemain ibarat roda. Kadang-kadang permainan mereka ok dan kadang-kadang permainan mereka sangat teruk. Ramai penggiat sukan dan pengulas sukan pelik dengan pemilihan pemain yang diterapkan oleh Dato' K. Rajagopal. Dia memilih pemain yang hanya rapat dan serasi dengan beliau dan bukannya memilih pemain yang berada dalam keadaan yang baik bagi mewakili negara.

Saya amat berharap agar Piya berjaya menyertai skuad kebangsaan dan dia akan buktikan kepada rajagopal bahawa dia sememangnya layak untuk mengisi skuad kebangsaan. Semoga berjaya Piaya.

Gomo Piya Gomo 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR