We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, January 1, 2013

MENANG BESAR DI TEMPAT LAWAN


Manchester United telah membuktikan yang mereka sememangnya layak untuk berada di tangga teratas liga apabila mudah menundukkan pasukan tuan rumah, Wigan Athletic di DW Stadium malam tadi dengan keputusan 4-0.
Robin Van Persie dan Javier Hernandez, masing-masing menjaringkan 2 gol untuk membantu United memcatat kemenangan dan seterusnya menambah 3 mata untuk mengumpul 52 mata di persada liga perdana.

Kemenangan semalam juga amat bermakna bagi United kerana mereka berjaya membalas dendam terhadap Wigan yang mengalahkan mereka musim lepas hasil jaringan tunggal Meloney.

Pada perlawanan semalam, Sir Alex meletakkan kepercayaan kepada De Gea untuk mengawal gawang United dibantu oleh Rafael yang baru pulih dari hamstring, Ferdinand, Evans dan Evra. Pada bahagian tengah, gandingan Carrick dan Celeverley menjadi pertaruhan Sir Alex dibantu oleh Young di bahagian sayap kanan dan Giggs pada bahagian sayap kiri. Sekali lagi, Gandingan Van Persie dan Hernandez digunakan pada bahagian serangan bagi merobek gawang lawan.


Perlawanan semalam sememangnya menjadi milik United apabila banyak membuat serangan ke arah gawang pasukan tuan rumah melalui gandingan Van Persie dan Hernandez. Gol pertama United hadir pada minit ke 35 apabila rembatan Evra ditampan oleh Al-Hasbi sebelum Hernandez menolak mudah bola ke gawang Wigan yang terbuka luas. Asakan demi asakan dilakukan United dan akhirnya gol kedua terhasil pada minit ke 42 apabila hantaran dari Hernandez ditahan kemas oleh Van Persie, menggelecek seorang pertahanan dan merembat ke penjuru kanan gawang. Jadi, separuh masa pertama United mendahului Wigan 2-0.


Bersambung pada babak kedua, United meneruskan asakan ke arah pintu gol Wigan. Sekali lagi Hernandez mencatat nama sebagai penjaring apabila bola sepakan Van Persie yang tertampan pertahanan lawan disudahkan melalui rembatan yang gagal diselamatkan oleh Hasbi pada minit 63 perlawanan. Bagi menguatkan pertahanan dan menambah kekuatan serangan, Smalling, Kagawa dan Welbeck dimasukkan bagi menggantikan Ferdinand, Carrick dan Young. Ternyata pertukaran tersebut membuahkan hasil apabila United menambah jaringan melalui hantaran Welbeck yang tenang disudahkan oleh Van Persie untuk gol ke 4 United pada minit ke 88 perlawanan. Keputusan 4-0 kekal hingga ke wisel penamat.

Boleh dikatakan semua pemain United mempamerkan permainan yang cukup menarik dan bahagian pertahanan juga bijak mengawal penyerang lawan. Barisan tengah juga bijak mengawal permainan dan banyak membantu bahagian serangan bagi menjaringkan gol. Bagi saya, pemain terbaik perlawanan semalam adalah Hernandez yang bersemangat untuk merampas dan menghantar bola kepada rakan bagi menghasilkan jaringan.

Selepas perlawanan malam tadi, cabaran lebih besar akan dihadapi United apabila dijadualkan bertemu Liverpool di Old Trafford pada 13 Januari 2013 nanti. Sama-sama kita saksikan kehebatan United menumpaskan lawan yang sedang berada dalam keadaan yang tidak konsisten ini.

Go United Go.

Statistik Perlawanan:


Wigan Athletic 0-4Manchester United
7               Goal Attempts               14
3                   On Target                   9
1                     Corners                    6
13                      Fouls                     5
1                 Yellow Cards                1
0                    Red Cards                 0
51                         %                      49
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR