We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, May 25, 2011

MISI BALAS DENDAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pada malam ini, pahlawan merah akan menerima kunjungan pasukan jiran sebelah menyebelah, t-team di stadium Muhammad ke IV..

Perlawanan pada malam ini sangat penting kerana ini adalah misi membalas dendam ketika pahlawan merah bertandang ke terengganu pada pusingan pertama. Pada perlawanan tersebut, kita telah dikalahkan dengan keputusan 4-3..

Adakah kita mampu menumbangkan t-team yang telah memiliki 3 bekas pemain kelantan iaitu azizi, farhan dan indra? Kena tunggu la malam ni.

Tapi sebagai peminat pahlawan merah, saya berharap agar pemain kelantan jangan mengulangi kesilapan yang sama ketika seri di shah alam. Pemain harus lebih fokus pada malam ini dan kita semestinya berharap pasukan kelantan akan beroleh kejayaan.

Sama2 la kita doakan kejayaan pasukan kita pada malam ini..

gomo kelate gomo..

sekian.

Wednesday, May 18, 2011

BERTEMU FELDA UNITED DALAM SAINGAN LIGA SUPER

Malam besok, saingan liga super diteruskan pada malam esok apabila Kelantan akan bertandang ke Stadium Cheras untuk bertemu Felda United.

Felda United pasti akan bermain dengan penuh semangat kerana ingin membalas dendam terhadap kelantan kerana telah menewaskan mereka pada saingan suku akhir piala fa di Kota Bharu. Kelantan pula semestinya ingin mencari kemenangan bagi mengejar pendahulu liga, Selangor yang hanya dipisahkan dengan 2 mata.

Perlawanan bagi pertemuan tersebut pasti menjanjikan saingan sengit kerana kedua2 pasukan mempunyai misi masing2 yang harus dilaksanakan dan semestinya kedua2nya amat mengharapkan kemenangan.

Saya sebagai penyokong kelantan amat mengharapkan kemenangan dan semoga ia berjaya diterjemahkan esok oleh semua pemain kelantan.

gomo kelate gomo

sekian.

KE FINAL PIALA FA BERTEMU TERENGGANU

Dengan hanya keputusan seri 1-1 dengan Gergasi Merah Kuning di Stadium Muhammad ke IV, Pahlawan Merah menempah pertemuan dengan jiran sebelah, Terengganu.

Kelantan nampak pincang pada bahagian serangan apabila dato' M. Karathu merehatkan Nor Shahrul akibat 1 kad kuning yang dimiliki oleh pemain tersebut. Langkah ini amat bijak kerana jika Nor Shahrul diturunkan, kemungkinan dia akan terlepas aksi final jika mendapat kad kuning ke 2 dan nampaknya jurulatih telah melakukan tugasnya dengan bijak.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan menguasai perlawanan dan berjaya merobek gawang Selangor seawal minit ke 8 oleh pemain tengah, syakir hasil rembatan dari luar kotak panelti. Sementara gol Selangor pula hadir melalui jaringan rudie ramli yang menyudahkan bola muntah.

Selangor ingin melakukan kejutan tetapi nampaknya tidak berhasil. Mereka seperti kekurangan idea dan taktikal untuk menumpaskan pertahanan Kelantan.

Kelantan dan Terengganu akan bertarung untuk final piala fa pada 11 jun ini dan stadium belum ditentukan lagi.

Saya penyokong setia kelantan amat berharap Kelantan akan berjaya membawa pulang piala fa ke negeri Kelantan buat kali pertama.

Sama2 la kita doakan kejayaan pasukan kita.

gomo kelate gomo

sekian.

Sunday, May 15, 2011

KEJUARAAN SAH MILIK THE RED DEVILS


Pada hari Sabtu yang lalu, man.united mengesahkan kejuaraan liga perdana inggeris bagi musim ini apabila berjaya mengikat tuan rumah, blackburn rovers di edwood park dengan keputusan 1-1. Pengesahan itu dibuat apabila pengadil perlawanan meniup wisel penamat dan disambut dengan gembira oleh semua penyokong the red devils.

Friday, May 13, 2011

SEBELAH KAKI KE FINAL PIALA FA

11 Pahlawan Merah telah berjaya menumbangkan Gergasi Merah Kuning di Stadium Shah Alam dengan jaringan 5-1. Gol Kelantan dihadiahkan oleh Ramzul, Piya, Nurul Azwan Roya dan Nor shahrul. Gol Selangor pulak disempurnakan oleh kapten pasukan, amri yahya..

Pada pertemuan semalam, kedua2 penyokong pasukan memenuhi stadium dan stadium dipenuhi dengan warna merah dan kuning. Kedua2 penyokong ingin menyaksikan permainan yang menarik tetapi penyokong Kelantan lebih bertuah apabila berjaya menyaksikan Kelantan menjaringkan 5 gol di tempat lawan.

Dengan kemenangan semalam, Kelantan telah meletakkan sebelah kaki untuk melangkah ke final Piala FA musim ini kerana jika Selangor berjaya merobek 4 gol dan mencatat keputusan seri di Stadium Muhammad Ke IV, mereka tidak mampu untuk menghalang Kelantan ke final kerana jaringan gol di tempat lawan.

Dalam perlawanan semalam, Kelantan telah menunjukkan kebangkitan yang amat menakjubkan. Mereka menguasai hampir setiap posisi dan dengan kekuatan mental yang ditunjukkan, pasukan Selangor tidak mampu untuk membuat serangan dan seterusnya menjaringkan gol. Kelantan menunjukkan petanda awal kebangkitan apabila cubaan nurul azwan terkena palang gol sebelah kiri dan selepas itu Kelantan melancarkan serangan yang bertubi2 dan mendahului separuh masa pertama dengan kelebihan 3 gol.

Bersambung babak kedua, Kelantan berjaya menambah dua lagi gol dan gol Selangor hadir pada masa tambahan separuh masa kedua.

Penyokong Kelantan yang hadir ke stadium sememangnya berpuas hati dan lega dengan prestasi pemain manakala penyokong selangor pula pasti termenung memikirkan pasukan mereka yang dibelasah teruk oleh Kelantan.

Saya juga terkejut dengan pretasi Selangor tetapi gembira dengan keputusan perlawanan tersebut. Apa yang pasti penyokong Kelantan sudah boleh menyimpan duit untuk membeli tiket final Piala Fa musim ini.

Kedua2 pasukan akan bertemu semula di Kota Bharu pada hari Isnin (16 Mei)dan semestinya perlawanan pasti sengit. Selangor akan cuba memenangi perlawanan dengan jaringan yang besar manakala tuan rumah pasti akan mempertahankan kelebihan 4 gol yang diperolehi kemarin.

Sama2 la kita memenuhi stadium di Kota Bharu nanti dan kepada penyokong yang tak dapat hadir, jangan bimbang. Ini kerana Astro Arena akan menyiarkan siaran langsung perlawanan tersebut bermula pada pukul 8 malam.

Sama2 la kita mendoakan kejayaan kelantan agar berjaya membawa pulang Piala Fa ke bumi Kelantan.

gomo kelate gomo

sekian.

Thursday, May 12, 2011

PENGIKUT PERTAMA BLOG INI

Ucapan berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada twetty_2711 kerana sudi menjadi pengikut pertama blog ini.

Sudah lama saya menunggu orang menjadi pengikut di blog saya ni dan penantian saya telah berakhir dengan kehadiran saudara/i di blog ini.

Semoga dengan kehadiran twetty, saya akan lebih bersemangat untuk menulis di blog saya ni.

kalu ada pendapat atau komen, boleh luahkannya di bahagian komen.

sekali lagi ucapan terima kasih saya panjatkan buat twetty kerana telah menjadi pengikut pertama blog saya.

sekian.

Tuesday, May 10, 2011

EMM SERI SEBAB PENGADIL

Frust sangat2 semalam bila pengadil haprak tiup wisel penamat antara Kelantan dengan Negeri Sembilan semalam. Kerana pengadil, keputusan seri tanpa jaringan dan setiap pasukan mendapat 1 mata. Oleh itu, selangor kekal peneraju liga super malaysia untuk minggu ini.

Pada perlawanan semalam, penjaga garisan sememangnya haprak kerana:
1. membatalkan jaringan S.chanturu kerana berada pada posisi offside tapi bila dilihat pada ulang tayang, sememangnya pengadil silap membuat keputusan.
2. mengatakan bola kawalan norshahrul di tepi garisan telah keluar dan bila dilihat pada ulang tayang, bola tersebut masih dalam permainan.
3. membatalkan jaringan khalid jamlus pada minit2 akhir perlawanan. bila dilihat pada ulang tayang, sekali lagi kesilapan dibuat oleh pengadil.

kesimpulan dari 3 kejadian di atas, boleh saya simpulkan pengadil dan penjaga garisan memang berat sebelah.

Perasaan tidak puas hati saya sekarang bukan setakat pengadil dan penjaga garisan saje tapi kat penyokong N9 juga. Ada laporan mengatakan seorang pengokong hoben jang hoben ni telah membakar bendera negeri Kelantan dan sememangnya laporan tersebut adalah betul. Saya sangat confius kerana tiada tindakan diambil dan media pun tidak gembar-gemburkan isu ini.

Kenapa penyokong N9 sanggup buat macam tu? Baik tak payah ada penyokong kalu macam ni, biar pemain je main bola. Penyokong duk rumah jer, beri sokongan kat rumah.

Pikir la, kita ni duduk dalam negara Malaysia. Kalau orang asing bakar bendera Malaysia, kita marah. Tapi kita pulak bakar bendera negeri orang lain. Elok ke macam tu. Lepas ni kalu ade penyokong pasukan lain bakar bendera N9, tolong jangan marah la sebab jang yang mula dulu.

Saya harap penyokong kita tidak melakukan perbuatan jahat tersebut. Biarla orang nak buat jahat kat kita tapi kita jangan buat jahat kat orang. Biarla orang main tipu, yang penting kita jaga kehormatan kita sebagai rakyat Cik Siti Wan Kembang di bawah naungan Sultan Muhammad ke V.

Kita jadikan perlawanan semalam sebagai iktibar dan kita beri tumpuan pada 13 Mei ini apabila kita akan bertandang ke Stadium Shah Alam untuk membuat perhitungan dengan ASelangor bagi saingan separuh akhir pertama Piala FA.

Semoga penyokong kelantan dapat memberi sokongan yang padu kepada pasukan kita. Yang berdekatan diharap dapat hadir ke stadium untuk meramaikan dan memeriahkan lagi penyokong kelantan. Sama2 la kita panjat kan doa supaya kelantan berjaya menumbangkan Gergasi Merah Kuning.

Gomo Kelate Gomo.

Sekian.

BERMAIN DI TEMPAT LAWAN

Malam ini, pasukan pahlawan merah akan bertemu pasukan hoben jang hoben di stadium paroi. Siaran langsung akan disiarkan di Astro Arena jam 8.45 malam.

Pada pertemuan di Kota Bharu, Kelantan telah menewaskan N.9 dengan keputusan 3 gol tanpa balas. Macam mana pula malam ni? Adakah Kelantan mampu menjinakkan sang rusa di dalam kandangnyer sendiri? Sama2 lah kita saksikan malam ni.

Mengikut prestasi semasa, Kelantan adalah pilihan untuk perlawanan pada malam ini tetapi kita tidak boleh memandang rendah kemampuan N.9. Ini kerana pada perlawanan sebelum ini, mereka pernah mengalahkan pasukan Perak. Pemain pertahanan harus memberi perhatian kepada bekas pemain Kelantan, Hairuddin yang mampu membuat Kelantan berputih mata di tempat lawan.

Selain itu, penyerang juga diharap dapat menjaringkan banyak gol dan pemain tengah, tolong la bantu penyerang membuka ruang untuk menjaringkan gol.

selangor berada di teratas liga sekarang ni dan kita harus menang bagi memintas selangor dan terus meneraju liga hingga ke akhir perlawanan liga super.

semoga kelantan terus gah di liga super malaysia.

gomo kelate gomo.

sekian.

HAMPIRI KEJUARAAN



Preetttt!!!!!!!!!!!!!! Itulah tiupan wisel penamat oleh pengadil perlawanan, howard webb. Dengan itu, kemenangan berpihak kepada man.united ke atas chelsea dengan keputusan 2-1.

Pada perlawanan tersebut juga, chicarito membuat satu kejutan dengan menjaringkan gol yang dikawal peter cech seawal 36 saat selepas tiupan wisel permulaan pengadil. Itu lah kehebatan pemain man.united yang sedang memburu kejuaraan liga perdana inggeris buat kali ke-19. Jika berhasil, maka man.united telah berjaya menjadi kelab paling berjaya di dalam liga perdana inggeris mengatasi liverpool dengan 1 kejuaraan.

Wednesday, May 4, 2011

MISI KE FINAL DI WEMBLEY


Pada esok pagi, man.united akan menerima kunjungan shalke 04 bagi separuh kedua liga juara-juara eropah musim ini. pada perlawanan separuh akhir pertama di jerman, man.united berjaya menjaringkan 2 gol bagi meletakkan sebelah kaki di final yang akan dilangsungkan di stadium wembley.

HARUS WASPADA

Pada hari ahad yang lalu, the gunners telah membedil the red devils di emirates stadium dengan jaringan 1-0 hasil daripada rembatan pemain muda ramsey.

KEKAL DI PERSADA LIGA SUPER

semalam, the red worriers(trw) telah memamah jengking di stadium jcorp pasir gudang dengan jaringan 1-0. gol tersebut disumbangkan oleh ketua pasukan kelantan, piya yang menanduk masuk bola hasil tendangan sudut yang diambil oleh danial. nampaknya piya mula menunjukkan kebangkitan dan ini amat membanggakan pasukan trw.

dengan kemenangan tersebut, kelantan kekal di persada liga super mengatasi selangor dengan hanya perbezaan gol. kedua-dua pasukan memungut 36 mata dan diekori rapat oleh terengganu dengan 35 mata.

pada perlawanan yang berlangsung di johor itu, kedua-dua pasukan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi disebabkan oleh ketumpulan bahagian serangan dan kekuatan benteng pertahanan telah menyebabkan separuh masa pertama tanpa sebarang gol.

bersambung babak kedua, kelantan terus melancarkan serangan ke atas gawang johor fc dan gol terhasil apabila sepakan sudut yang diambil oleh danial dimanfaatkan dengan sempurna oleh piya.

kelantan sekarang berada pada tahap yang baik tetapi harus ingat, jika tewas atau seri, selangor dan terengganu akan mengambil alih peneraju liga super. pusingan kedua liga super kian rancak kerana setiap pasukan akan memastikan untuk menggapai kemenangan bagi menggapai piala liga super.

jadi pemain kelantan harus waspada kerana setiap pasukan yang berada di takhta liga pasti ingin dikalahkan oleh pasukan yang berada di bawah liga. pemain harus memantapkan fizikal dan mental supaya dapat mengharungi perlawanan dengan baik dan seterusnya memenangi liga super buat kali pertama.

selamat berjaya.

gomo kelate gomo

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR