We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, August 20, 2013

SEKADAR SERI DI KUANTAN-FAKRI RAIH KAD MERAH

Piya diraikan oleh Obinna apabila beliau menjaringkan gol pertama perlawanan semalam.

1-1.. Hanya seri yang mampu dicatatkan oleh skuad Bojan Hodak semalam. Gol awal hasil jaringan Piya pada minit ke 9 tidak mampu dipertahankan oleh Kelantan FA apabila pemain pertahanan tuan rumah, Stewart berjaya menyamakan kedudukan 6 minit sebelum perlawanan tamat.


Permainan yang dipamerkan agak seimbang oleh kedua-dua pasukan. Peluang banyak dipersia-siakan oleh penyerang iaitu Dickson, Indera dan juga Fakri. Jika kesemua peluang disempurnakan, Kelantan FA pasti akan mencatat kemenangan.

Fakri dikenakan kad merah setelah mengutip 2 kad kuning. Kad kuning pertama kerana menjatuhkan badan di dalam kotak penalti dan kedua diterima kerana mengasari pemain lawan.

Corak permainan Kelantan FA dilihat lebih kepada counter attack dan pada separuh masa kedua, mereka terus bertahan dan akhirnya dibolosi pada minit akhir perlawanan.

Faktor pengadil juga menjadi perhatian. Beberapa keputusan pengadil dilihat tidak adil dan permainan menjadi sedikit panas diakibatkan keputusan pengadil yang kurang tepat.

Walau bagaimanapun, kami penyokong terima keputusan seri ini dengan rela hati dan kami yakin Kelantan FA akan bangkit pada perlawanan kedua bertemu Terengganu FA di Kota Bharu, Sabtu ini.

Pastinya kemenangan pertama mampu dirai apabila menyaksikan skuad Penyu di baham Rusa di laman sendiri. Tapi kita harus sedar, Terengganu FA adalah pasukan yang sukar ditewaskan dan mereka juga pasti bangkit untuk mencari kemenangan pertama dalam kumpulan C ini.

Sama-sama kita nantikan perlawanan menarik ini antara dua jiran negeri ini.

Gomo Kelate Gomo.

p/s : sorotan perlawanan disediakan di halaman Video Perlawanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR