We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, January 23, 2013

ISU JMF HEBOH DIPERKATAKAN


Heboh di televisyen, Facebook dan akhbar mengenai isu Johor Military Force (JMF) yang diletakkan di Stadium Sultan Muhammad ke 4 ketika perlawanan antara Kelantan FA bertemu Johor Darul Takzim FC.


Ramai penyokong dan peminat bola sepak tidak berpuas hati dengan tindakan dari Tengku Mahkota Johor itu tapi ramai juga menganggap perkara itu adalah kerana keadaan penyokong Kelantan suatu ketika dahulu.

Di Facebook, tersebar pelbagai provokasi dari penyokong luar yang membuat pelbagai andaian. Mereka menganggap penyokong Kelantan FA adalah penyokong yang suka membuat huru-hara dan akan memukul penyokong pasukan lain.

Melalui gambar yang tersebar, JMF diletakkan di beberapa tempat di sekeliling stadium bagi mengawal keadaan penyokong. Apa yang menjadi isu adalah kenapa tentera ini harus dibawa oleh TMJ ke stadium? Kenapa semasa perlawanan menentang Pahang dan Perak, pasukan tentera ini tidak di bawa?

Terdapat juga gambar yang menunjukkan semua penyokong dan pemain Johor ditempatkan di padang. Ramai yang membuat andaian perkara tersebut dilakukan kerana berlaku rusuhan yang ditimbulkan oleh penyokong tuan rumah. Perkara itu sebenarnya adalah telah ditetapkan oleh pihak KAFA demi menjaga keselamatan pemain dan penyokong Johor dan ini disahkan oleh Tan Sri Anuar Musa melalui akaun Facebooknya.

Apa yang saya ingin katakan di sini, perkara tersebut sebenarnya dapat dielakkan jika pihak lawan datang dengan niat untuk permainan bola sepak. Bagi saya tindakan tersebut tidak patut dilakukan kerana ia hanya akan merosakkan kemeriahan liga super kita dan jika perkara ini diketahui oleh pihak Fifa, kita tak pasti apa yang akan berlaku.

Jadi, penyelesaian ialah hanya satu iaitu pihak lawan mengakui kesilapan mereka dan tidak mustahil perkara ini akan dilupakan dan kita dapat menikmatik liga kebanggaan kita tanpa sebarang kontroversi.

Saya hanya meluahkan pendapat dan tidak berniat untuk mengutuk atau mengata pihak lawan cuma berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik demi liga super dan hubungan kedua-dua pasukan.

Sebagai penyokong Kelantan, walau apa pun berlaku, Gomo Kelate Gomo.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR