We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, February 24, 2013

MANCHESTER UNITED MENANG DI LOFTUS ROAD


Manchester United berjaya melepasi halangan dari Queens Park Rangers apabila menewaskan pasukan tuan rumah, 2-0 hasil rembatan cantik Rafael dan jaringan Giggs pada penampilan ke 999 bersama Manchester United.


Manchester United berjaya memecah kebuntuan jaringan pada separuh masa pertama melalui rembatan Rafael dari luar kotak penalti. Selepas itu, United terus menyerang dan QPR gagah bertahan untuk keputusan kekal 1-0 pada separuh masa pertama.


Bersambung babak kedua, United terus mengasak gawang QPR dan mereka berjaya melakukannya apabila Giggs mudah melepasi perangkap offside. Keputusan 2-0 tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Hasil kemenangan ini, United kekal ditangga teratas liga dan berjaya mendahului Man. City yang berada di tangga ke2 dengan jarak 12 mata selepas City berjaya menewaskan Chelsea 2-0 di Ettihad Stadium malam tadi.

Pada perlawanan semalam, penyerang berbisa United Robin Van Persie terpaksa ditukarkan sebelum tamat separuh masa pertama seteleha dia terlanggar kamera yang berada di tepi padang. Mengikut maklumat, kecederaan yang dialami tidak serius dan mampu diturunkan pada perlawanan kedua bertemu Real Madrid di Old Trafford nanti.

Rooney juga telah sembuh dari kecederaan dan ini memberi kelebihan kepada United pada perlawanan bertemu Norwich City untuk perlawanan ke 28 liga perdana Inggeris di Old Trafford nanti.

Hanya kemenangan yang diharapkan oleh penyokong dan kami yakin United mampu membalas dendam terhadap Norwich.

Sama-sama kita saksikan perlawanan tersebut nanti.

Go United Go.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR