We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, August 20, 2013

SANG KIJANG MERAH BERTANDANG KE KANDANG TOK GAJAH


Tepat jam 8.45 malam ini, Kelantan FA akan membuka pesta Piala Malaysia 2013 edisi ke 88 ini dengan bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk bertemu pasukan tuan rumah bagi perlawanan pertama kumpulan C.


Kelantan FA akan menurunkan barisan terkuat malam ini bagi mencari 3 mata penting dalam mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu. Kelantan FA dilihat tidak mempunyai masalah dalam pasukan apabila pemain utama bebas dari kecederaan dan telah selesai tugasan bersama skuad kebangsaan.

Pada perlawanan sebelum ini yang diadakan di stadium ini dalam saingan Liga Super, Pahang FA berjaya mengikat Kelantan dengan keputusan 3-3. Selain itu, Kelantan juga mempunyai rekod buruk di sini apabila pernah dibelasah oleh skuad Tok Gajah dengan keputusan 1-5.

Walau bagaimanapun, rekod pertemuan tidak merisaukan saya dan penyokong lain kerana kita mempunyai skuad yang berbeza sekarang. Skuad sekarang mempunyai aura yang tersendiri dan setiap penyokong tahu skuad Kelantan FA mampu untuk mempertahankan piala teragung di negara kita ini.

Pada perlawanan malam ini, Kelantan FA harus menumpukan perhatian kepada 2 orang penyerang berbisa Pahang FA iaitu Conti dan juga Azzamudin Akil. Dua penyerang ini mampu merobek pertahanan Kelantan FA yang dilihat rapuh terutamanya pada bahagian kiri yang biasanya di kawal oleh Zairul Fitree. Bahagian serangan juga harus diperbaiki apabila gandingan Dickson dan Fakri kurang menyerlahkan jaringan.

Buat penyokong Kelantan FA, sama-samalah kita mendoakan kejayaan skuad pahlawan kita untuk perlawanan malam ini. Kemenangan amat ditagih, seri pun tak pe asalkan tidak kalah. Tapi apa yang penting, menang seri kalah, kami sentiasa di belakang pasukan.

Gomo Kelate Gomo.

Barisan Kemungkinan malam ini:
Apek
Obinna
Nik Shahrul Azim
Daudsu
Zairul Fitree
Syakir
Piya
Farhan
Faiz Subri
Fakri
Dickson

Ramalan Keputusan: Pahang FA 1-3 Kelantan FA

Pemain tumpuan :
Kelantan : piya dickson dan farhan
Pahang : Azzamudin akil conti fauzi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR