Zamri Ramli telah dikenakan hukuman penggantungan selama 2 tahun dari sukan bola sepak Malaysia atas kesalahan mengambil dadah jenis methambhetamine a.k.a syabu.

Pada pandangan saya sebagai penyokong setia Kelantan FA, saya merasakan penggunaan dadah adalah kesalahan yang amat besar. Tapi hukuman yang telah dikenakan mungkin akan menyedarkan pemain tersebut. Saya bersetuju dengan tindakan Kelantan FA yang membatalkan kontrak pemain ini kerana pemain ini telah memalukan skuad Kelantan FA.
Hukuman yang dikenakan kepada pemain itu juga akan menyedarkan pemain lain supaya menjauhkan diri dari dadah dan jangan sekali-kali terlibat dengan penggunaan barang terlarang itu.
Saya berharap agar berita ini tidak meruntuh moral pemain dan juga pasukan yang sekarang sedang berusaha untuk layak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2013 ini.
Para penyokong juga hendaklah yakin kepada pemain dan pasukan Kelantan FA dalam misi mempertahankan Piala Malaysia musim ini.
Gomo kelate gomo.