Indra berjaya menjaringkan 1 gol untuk Kelantan FA tapi gagal untuk memenangi perlawanan tersebut.
Tewas 2-3 dilaman sendiri amat pahit untuk ditelan oleh peminat dan pemain Kelantan FA. Kelantan FA dilihat mampu menghadirkan kemenangan kerana bermain di laman sendiri tapi pulang hampa.
Ternyata Kelantan FA menghadapi masalah di bahagian serangan dan juga bahagian pertahanan. Bolos 1 gol di Paroi dan 3 gol di Kota Bharu menunjukkan pertahanan Kelantan FA memerlukan formula dan tonik baru bagi menghadapi dua perlawanan terakhir. Bertemu Terengganu FA di Kuala Terengganu dan Tok Gajah di Kota Bharu, Kelantan FA harus memenangi perlawanan tersebut bagi menjejakkan kaki ke perlawanan suku akhir Watson Piala Malaysia 2013 ini.
Bahagian serangan juga harus diperkuatkan dan apa yang pasti penyerang tempatan tidak mampu menggalas tanggungjawab yang dipegang oleh Dickson. Ketiadaaan Dickson menyaksikan Kelantan FA tidak dapat menyempurnakan banyak peluang yang terhidang di hadapan gol. Menurut laporan, Dickson akan dapat diturunkan bertemu Terengganu FA nanti. Ini kerana kecederaan yang dihadapinya akan pulih apabila Watson Piala Malaysia 2013 berhenti rehat selama 2 minggu bagi memberi peluang kepada kejohanan Pesta Bola Merdeka yang akan diadakan di Kuantan, Pahang.
Skuad Harimau Muda A akan mewakili Malaysia dalam kejohanan tersebut.
Pada perlawanan tersebut, gol Kelantan FA dijaringkan oleh Indra dan Fakri manakala gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh S. Sivanesan dan 2 gol oleh Leandro.
Watson Piala Malaysia akan bersambung semula pada 17 September 2013 nanti di mana Kelantan FA akan berkunjung ke stadium keramat Sang Penyu. Kelantan FA pastinya amat mendapat tentangan sengit daripada pasukan tuan rumah. Ini kerana mengikut rekod perlawanan lalu, Terengganu FA agak liat untuk ditewaskan di laman mereka ini. Tapi semua itu dapat diatasi dengan semangat dan kemampuan pemain sekarang, saya yakin Kelantan FA mampu menghadirkan 3 mata dari perlawanan tersebut bagi memncerahkan peluang ke perlawanan suku akhir.
Selepas itu, Kelantan FA akan menerima tentangan dari skuad Tok Gajah yang pastinya akan memberi persaingan yang sengit pada perlawanan itu nanti.
Saya yakin Kelantan FA mampu membenam kedua-dua jaguh pantai timur ini dan seterusnya melangkahkan kaki ke suku akhir. Semua ini akan berlaku berkat doa dan sokongan dari saya dan anda semua, penyokong setia Kelantan FA.
Gomo Kelate Gomo