We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, January 15, 2013

SERI KEPUTUSAN YANG ADIL

Ini lah kesebelasan utama yang diturunkan semalam bagi menghadapi Johor Darul Takzim FC semalam.

Seri 1-1. Itulah keputusan antara Kelantan FA ketika berhadapan dengan Johor Darul Takzim FC di  Kota Bharu semalam.


Kedua-dua pasukan menurunkan pasukan terkuat mereka bagi memenangi perlawanan dan membuktikan siapa sebenarnya pasukan terbaik bola sepak Malaysia ketika ini. Sebelum perlawanan semalam, kedua-dua pasukan telah mencatatkan 1 menang dan 1 kekalahan.

Kelantan FA menyenaraikan hampir 90 % pemain yang dikalahkan oleh T-Team pada perlawanan sebelum ini dengan Zairo Anuar diletakkan di bangku simpanan dan menyenaraikan Zamri Ramli sebagai kesebelasan utama. Johor Darul Takzim FC pula seperti biasa menyenaraikan pemain bintang mereka kecuali Guiza yang diletakkan di bangku simpanan dan menyenaraikan beberapa pemain muda termasuk 2 bekas pemain Kelantan iaitu Nurul Azwan Roya dan Nur Shahrul Idlan @ Matyo.

Separuh masa pertama boleh dikatakan milik Kelantan apabila berjaya menguasai permainan dengan baik dan membuat beberapa percubaan ke arah gawang lawan. Usaha itu akhirnya berbalas apabila Nor Farhan yang tidak diberi saingan, membawa bola dari tengah dan merembat tepat ke arah gol pada minit 38 untuk 1 gol buat Kelantan. Kedua-dua pasukan berterusan mengasak gawang lawan masing tapi tidak berjaya menjaringkan gol. Keputusan 1-0 kekal hingga untuk separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, kedua-dua pasukan meneruskan asakan ke gawang lawan dan beberapa percubaan lawan hampir-hampir menjaringkan gol. Johor Darul Takzim FC merubah strategi apabila memasukkan Guiza bagi menguatkan bahagian tengah dan serangan. Kemasukan pemain ini memeng memberi kesan kepada permainan JDT FC apabila dia berjaya membuat beberapa hantaran yang hampir membuahkan gol. Setelah pemain JDT FC dijatuhkan, Guiza dengan tendangan percuma menarij berjaya menjaringkan gol untuk gol penyamaan perlawanan pada minit ke 64 perlawanan.

Selepas dari gol tersebut, kedua-dua pasukan terus bersemangat bagi memenangi perlawanan tersebut. Nor Farhan dan Piya hampir memberikan kemenangan kepada Kelantan tetapi percubaan mereka tersasar.

Dengan keputusan tersebut, Kelantan FA berada di tangga ke 6 liga, 1 tangga di bawah Johor Darul Takzim FC tetapi berkongsi 4 mata hasil 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan. Keputusan tersebut juga mengekalkan rekod bersih Stadium Sultan Muhammad ke 4 setakat ini.

KELANTAN: Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Shakir Shaari, Norfarhan, Zamri Ramli, Daudsu Jamaluddin, Badhri Radzi(KP), Khairul Fahmi(PG), Keita Mandjou, Indra Putra dan Zairul Fitree.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR