We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, October 18, 2011

MENANG 2-0


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

pagi tadi, the red devils telah meraih 3 mata penting ketika berkunjung ke romania dan telah mengalahkan pasukan tuan rumah, Otelul galatil dengan jaringan 2-0 yang diperolehi hasil dua sepakan penalti. penalti tersebut disempurnakan dengan baik oleh ronney..

Sunday, October 16, 2011

JATUH TANGGA KEDUA LIGA PERDANA INGGERIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

semalam m.u dan liverpool bertembung untuk perlawanan ke-8 liga perdana inggeris di anfield dan keputusan yang dicatatkan hanya lah seri 1-1.

Saturday, October 15, 2011

SELAMAT TINGGAL PIALA MALAYSIA 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

walaupun 2 hari telah berlalu tapi hati ini masih sedih dengan apa yang telah terjadi kepada pasukan kebanggaan kita, the red warriors apabila ditunjukkan jalan keluar dengan hormat oleh pasukan berjiran terengganu. rasa macam tak leh terima dengan kekalahan agregat itu tapi tetap reda kerana setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya.

apa pun sememangnya terengganu layak ke separuh akhir piala malaysia tahun ini. nak tau kenapa? ok baca catatan ini seterusnya.

tepat jam 8.40 mlm para pemain kedua pasukan masuk ke dalam padang dan bersedia untuk memulakan perlawanan. perlawanan bermula dan kelantan menguasai 3 minit pertama apabila melakukan percubaan awal ke pintu gawang terengganu tetapi tidak berjaya. kelantan meneruskan serangan tetapi memakan diri apabila kelantan dikejutkan dengan jaringan ashaari yang mudah menewaskan apek. dia yang tidak dikawal sememangnya dengan mudah menjaringkan gol tersebut. kelantan membuat beberapa percubaan ke arah pintu gol dan ia dilihat menjadi kenyataan apabila piya berpeluang membuat rembatan tetapi terkena palang dan melantun ke dalam padang semula.

selain percubaan tersebut, kelantan berpeluang menyamakan kedudukan apabila nor shahrul berjaya membuat rembatan tetapi berjaya dihalang penjaga gol terengganu. sedang leka kelantan melancarkan serangan, terengganu tiba2 membuat counter attack dan sekali lagi ashaari mudah untuk menewaskan apek apabila badul hadi mudah melorongkan bola melepasi pertahanan kelantan dan disempurnakan oleh ashaari.

kelantan mungkin dapat merapatkan jurang gol apabila 2 tendangan percuma diperolehi oleh kelantan diluar kotak panelti tetapi dihampakan oleh tiang gol dan juga kehebatan penjaga gol. malang kelantan akhirnya berakhir apabila alex berjaya menjaringkan gol mudah apabila penjaga gol terengganu terlepas bola yang ditangkap dan mudah disempurnakan alex. gol kedua kelantan pula hadir apabila bola terkena tangan pemain terengganu dan piya mudah menyempurnakan panelti tersebut.

selepas 3 minit masa tambahan, terengganu mara ke separuh akhir dengan aggerat 5-3 apabila keputusan seri 2-2 sama terhasil di kota bharu. nampaknya juara bertahan tumbang dan longlai di laman sendiri.

itu adalah serba sedikit perjalanan perlawanan malam jumaat yang lalu. apa yang dapat saya nukilkan disini, kelantan sememangnya sudah nampak akan tumbang lebih awal. ini kerana banyak percubaan yang dilakukan tidak berhasil dan berjaya dipatahkan oleh kecekapan penjaga gol dan juga palang tiang.

yang paling jelas ialah kesebelasan pemain kelantan yang diturunkan tidak meyakinkan. bukan nak menyangkal keputusan dato' karathu tetapi saya rasa pertahanan kiri sepatutunya diberikan kepada pemain yang telah banyak kali ditutnkan. ikhlas saya tulis disini, saya tak pernah kenal pemain ini. tiba2 dia pulak diturunkan. kerana kesilapan pemain tersebut, ashaari mudah menjaringkan gol pertama. sememangnya ketiadaan pemain yang biasa bermain di posisi tersebut menyebabkan corak permainan jadi kucar-kacir dan tak mampu untuk menghasilkan gol awal.

apa yang bermain di dalam kepala saya ialah kenapa daniel tidak diturunkan begitu juga dengan khairan eroza. kenapa dato' ,memilih khairon eroza yang amat jarang diturunkan mengisi kesebelasan utama. itu saya tak dapat jawab. hanya dato' yang tau..

apa pun perjuangan telah berakhir tetapi sokongan saya terhadap the red warriors tetap kekal di hati..

gomo kelate gomo

Friday, October 14, 2011

PERTAHAN ATAU SELAMAT TINGGAL PIALA MALAYSIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

untuk catatan kali ini, saya memilih tajuk seperti di atas. kenapa saya memilih tajuk sebegitu rupa. ini kerana tepat jam 8.30 malam ini, pahlawan merah akan turun ke padang bagi menghadapi sang penyu yang bertandang ke stadium Sultan Muhammad IV bagi perlawanan pusingan kedua suku akhir piala malaysia. sang penyu datang dengan membawa dua biji telur atau dengan kata lain bekalan 2 gol ke kota bharu..

pasukan terengganu sangat gembira dengan kejayaan menewaskan kelantan di gelanggangnya sendiri pada isnin lalu. jadi mereka semestinya yakin dapat menahan asakan kelantan dan mempertahankan kelebihan 2 gol yang diperolehi.

berbalik kepada tajuk catatan saya ini, kelantan terpaksa memilih salah satu iaitu mempertahankan piala malaysia atau melepaskan piala tersebut kepada juara tahun ini. kalau untuk mempertahankan piala malaysia, para pemain hendaklah mencari bekalan 2 gol dan mengikut kata jurulatih kelantan,dia yakin kelantan mampu menumpaskan terengganu di gelanggang sendiri. jika kelantan meneruskan corak permainan yang tidak konsisten seperti ketika menentang terengganu di laman lawan, ibaratnya piala malaysia sudah boleh diserahkan kepada juara baru nanti..

jadi, nasib pasukan kebanggaan kita bergantung kepada pemain yang akan turun pada malam ini. jika pemain yang diturunkan tidak dapat mencari gol awal, manakala pertahanan pula goyah maka pemain yang ke 12 semestinya akan sedih dan terpaksa menunggu tahun depan untuk menggapai piala malaysia buat kali yang kedua..

pendapat saya bagi perlawanan pada malam ini, kelantan harus mengawal permainan dan mengawal bola dan menguasai permainan dengan baik, barulah kita akan melangkah ke separuh akhir. kalau boleh skill individu elok dikurangkan agar tidak memenatkan diri pemain dan tidak mengganu corak permainan. main lah secara berpasukan. InsyaAllah kita akan ke shah alam.

buat penyokong kelantan, sama2 lah kita berdoa kepada tuhan agar diberikan keajaiban kepada pahlawan merah yang akan mengankat nama kelantan ke pusingan yang seterusnya. buat penyokong ke stadium, ingatlah, anda adalah tunjang pasukan. jika anda bersorak, semangat pemain meningkat dan jika anda bergaduh, alamatnya rosaklah permainan dan rosaklah nama negeri kita. jadi sama2 lah kita jaga nama baik pasukan kita dan nama negeri kita.

saya juga ingin berpesan, kalu ade penyokong yang ingin melontar sesuatu ke padang, tolong halangnya dari berbuat demikian. ini kerana akan timbul masalah.

apa yang pasti pahlawan kita akan berjuang habis-habisan bagi meneruskan kemaraan ke separuh akhir..

gomo kelate gomo..

Tuesday, October 11, 2011

PENGADIL YANG TAK ADIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Isu kad merah dan lambakan kad kuning pada perlawanan kelantan dan terengganu menjadi hangat ibarat pisang panas. kenapa begitu? ini kerana 5 kad merah telah disedekahkan oleh pengadil yang tidak pasti pandai atau tidak mengadili sesuatu perlawanan bola sepak. pada firasat saya, baik pengadil ni jadi pengadil congkak ke, selambut ke, lagi baik rasanya.

selain kad merah yang banyak, 10 kad kuning telah diberikan dengan selambanya kepada pemain kedua-dua pasukan tanpa pemain tersebut memintanya. mungkin pengadil ni ada masalah sebelum perlawanan tersebut yang menyebabkan beliau tidak dapat mengadili perlawanan tersebut dengan baik..

saya telah membuat kajian tentang pengadil ini dan saya terkejut kerana pada perlawanan kelantan menentang selangor dalam saingan liga super, pengadil ini telah memberi 7 kad kuning pada kedua-dua pasukan. itu menunjukkan yang pengadil ini gila kad dan wajar dikuarantin bagi menghilangkan kegilaan tersebut.

saya amat berharap pihak yang sepatutnya supaya menyediakan pengadil yang betul2 berkalibar bagi perlawanan pusingan kedua di kota bharu nanti. saya tidak mahu berlaku masalah jika pengadil yang tidak mahir diberikan perlawanan yang kritikal seperti perlawanan itu nanti.

gomo kelate gomo

DEMI PASUKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pertahanan kelantan yang dibuang padang ketika perlawanan di kuala terengganu menyesal dengan apa yang dilakukannya. dia telah diberikan kad merah oleh pengadil kerana melakukan terjahan keras terhadap pemain lawan..

mengikut kenyataannya di laman web kelate.net, dia bersemangat untuk membantu pasukan dan terlalu agresif melakukan halangan hingga menyebabkan dia terpaksa dibuang padang..

saya telah melihat rakaman di dalam berita sukan dan saya akui daudsu memang telah melakukan terjahan keras terhadap pemain lawan dan keputusan pengadil tepat.

pada pendapat saya, kesilapan yang dilakukan oleh daudsu dapat dielakkan dengan mengawal emosi ketika perlawanan. daudsu adalah seorang pemain yang bijak dan seorang pertahanan yang baik kerana selain bertahan, dia juga dapat membuat over-lapping bagi membantu menguatkan serangan tetapi dia ada satu kelemahan yang tidak dapat dielakkan. dia tak dapat mengawal kemarahannya dan apabila melakukan kesilapan yang seperti di terengganu, ia akan merugikan pasukan..

jadi, nasihat saya kepada semua pemain agar mengawal emosi supaya dapat mengawal permainan dengan baik dan membuat hantaran dengan baik. penyokong juga diharap dapat menunjukkan semangat yang terbaik agar pemain dapat menjalankan tugas mereka dengan jayanya. semoga kelantan berjaya menumbangkan ego terengganu di stadium keramat pahlawan merah.

kepada daudsu, diharap anda dapat memberi sokongan kepada pasukan dan memberi tunjuk ajar kepada bakal pengganti anda yang akan turun pada perlawanan jumaat nanti.

gomo kelate gomo..

PAHLAWAN MERAH TERSUNGKUR DIBAHAM PENYU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

sedih lagi ni terkenangkan kekalahan pasukan kesayangan kita tewas di kuala terengganu dengan rekod terbaru telah terhasil pada perlawanan tersebut..

pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan telah memenangi perlawanan tersebut dengan suasana yang berbeza. pasukan terengganu memenangi perlawanan tersebut dan membawa bekalan dua gol ke kota bharu apabila berjaya menewaskan kelantan dengan keputusan 3-1 tetapi kelantan juga sebenarnya memenangi perlawanan tersebut. kenapa begitu?

ini kerana kelantan telah berjaya menewaskan terengganu dengan keputusan 3-2 tetapi bukan jaringan gol sebaliknya kutipan kad merah yang dilayangkan kepada pemain. kelantan memperolehi kad merah melalui terjahan keras daudsu, kutipan kad kuning oleh syakir dan pertahanan kental mohd aziz manakala terngganu pula menerima kad merah melalui ismail faruqi yang memungut dua kad kuning dan satu lagi ialah zubir ali..

sekarang kita ulas sikit pasal perlawanan pada mala itu melalui huraian akhbar, komen melalui facebook dan juga melalui siaran televisyen dan melalui kawan yang pegi tengok kat stadium. kata kawan saya tu, permainan kelantan pada awal perlawanan sangat baik dan seimbang tetapi semuanya mula kucar-kacir apabila kelantan terpaksa bermain dengan 9 pemain. terengganu berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke 40 apabila ismail faruqi membuat rembatan dari luar kotak panelti.

pada separuh masa kedua, kelantan meneruskan perjuangan dan berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan panelti apabila bola cubaan subramaniam terkena tangan pemain lawan dalam kotak panelti dan disempurnakan oleh piya. 8 minit sebelum permainan tamat, terengganu berjaya menambah dua jaringan iaitu melalui tendangan panelti manaf mamat dan jaringan marzuki melalui sepakan percuma..

melalui komen facebook pula, ade orang komen, baik main 9 orang dari main 11 pemain dan kelantan berjaya menghalang terengganu menjaringkan gol walaupun kekurangan pemain. itu menunjukkan kelantan lebih lebih hebat berbanding pasukan lawan. ade jugak komen mengatakan corak permainan piya teruk pada perlawanan tersebut.

apa pun yang berlaku pada perlawanan tersebut, kelantan harus segera melupakannya dan berazam untuk bangkit pada pusingan kedua yang akan diadakan di stadium sultan Muhammad di kota bharu nanti. semestinya sokongan peminat amat diperlukan bagi menguatkan semangat pemain agar berjaya menjerat penyu di kota bharu supaya piala malaysia dapat kita pertahankan. apa yang penting, pemain harus kuatkan semangat dan yakin mampu melakukan keajaiban yang akan membawa kelantan melangkah kaki ke separuh akhir. ingatlah penyokong yang sentiasa memberi sokongan dan doa bagi mengiringi anda pada perlawanan itu nanti.

gomo kelate gomo

Saturday, October 8, 2011

BERTEMU TERENGGANU DI SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perlawanan peringkat kumpulan telah melabuhkan tirainya pada bulan lepas di mana kelantan telah menjadi juara kumpulan c dan diikuti oleh felda united di tempat kedua kumpulan..

pada peringkat suku akhir piala malaysia tahun 2011, kelantan telah diundi untuk bertemu dengan jiran senegeri iaitu terengganu yang telah mengalahkan mereka di perlawanan akhir piala fa yang lalu. Felda united pula diundi bertemu dengan negeri sembilan.

menyentuh mengenai peringkat suku akhir piala malaysia ini, kelantan akan berkunjung ke stadium sultan ismail di terengganu pada pusiangan pertama (isnin, 10 oktober 2011) dan pusingan kedua (jumaat,14 oktober 2011) di kota bharu.

the red warriors telah melalui perngkat kumpulan dengan jalan yang berliku pada peringkat awal perlawanan kumpulan tetapi berjaya mengekalkan status juara bertahan apabila berjaya menjuarai kumpulan c.

pada peringkat kumpulan, kelantan telah mencatatkan 4 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan. 4 kemenangan tersebut ialah 2-0 ke atas sarawak di kuching, 2-1 ke atas johor fc, 4-0 ke atas sarawak dan 2-0 ke atas felda united di kota bharu. keputusan seri pula dicatatkan di pasir gudang apabila tuan rumah mengikat kelantan dengan keputusan 1-1 manakal kekalahan pula dicatatkan ketika berkunjung ke stadium selayang bertemu felda united dengan keputusan 0-2.

kesimpulan bagi keseluruhan perlawana yang dilalui kelantan dan corak yang dipamerkan oleh pemain boleh dianggap baik tetapi banyak lagi kelemahan yang harus diperbaiki dari segenap segi. kelemahan yang paling ketara ialah penyerang yang dilihat buntu untuk memecah benteng perlawanan manakala pemain pertahanan pula dilihat goyah apabila boleh dibolosi dari luar kotak panelti. posisi tengah pula kurang membuat hantaran yang dapat menghasilkan gol. kesilapan pemain lawan dilihat banyak menyumbang kepada jaringan gol kelantan.

jadi, saya amat berharap kelantan akan menukar strategi apabila bakal bertemu terengganu nanti pada peringkat separuh akhir. perlawanan semestinya sengit dan setiap pasukan semestinyan ingin menjaringkan banyak gol bagi meletakkan lebih peluang ke peringkat separuh akhir.

kelantan harus memanfaatkan peluang bermain ditempat lawan dengan menjaringkan gol bagi memberi tekanan kepada tuan rumah. ini kerana jaringan gol ditempat lawan akan dikira jika keputusan seri dicatatkan dalam dua perlawanan suku akhir ini.

saya akan sentiasa memberi sokongan buat pahlawan merah kita dan semsetinya akan berdoa agar kejayaan akan menjadi milik kita..

gomo kelate gomo..

LAMA TAK UDATE BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

huh!! dah lama tak update blog.. entah la kenape jadi malas nak update blog? mungkin sebab tak ramai yang follow kot tapi semua tu saya dah tak kisah. apa yang penting sekarang ni adalah saya akan jadikan blog saya tempat untuk saya meluahkan pendapat, keluhan saya dan juga kritikan membina bagi kedua-dua pasukan yang saya sokong iaitu kelantan (the red warriors) dan manchester united (the red devils).

buat masa sekarang, blog saya adalah menjurus kepada kritikan dan ulasan setiap perlawanan bagi kedua-dua pasukan tetapi selepas ini saya akan cuba untuk menambah blog ini dengan berita-berita terkini bagi kedua-dua pasukan.

saya tak kisah jika blog ini ramai pengikut atau tidak tapi apa yang pasti saya akan sentiasa menyuarakan pendapat dan kritikan saya tentang kedua-dua pasukan merah ini dan ini bermakna blog ini akan sentiasa diupdate..InsyaAllah.

ok saya harap saya akan diberi kekuatan untuk mengupdate blog ini selepas ini..

gomo merah gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR