We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, February 24, 2013

KONTROVERSI PAHANG VS KELANTAN


Perlawanan antara Kelantan dan Pahang semalam menyaksikan 2 kontroversi yang timbul sehingga membangkitkan rasa tidak puas hati pemain dan penyokong.
Kntroversi yang pertama ialah kad merah yang diterima oleh penjaring pertama Pahang, Hafiz Kalam yang memijak Zamri Ramli. Kad merah tersebut memang wajar diberikan kepada dia kerana  sengaja memijak badan Zamri Ramli. Kejadian tersebut dirakam oleh kamera dan saya yakin pemain ini akan dikenakan tindakan dari pihak yang berkenaan.

Inilah kejadian Hafiz Kamal memijak Zamri Ramli yang menyebabkan dia dikenakan kad merah.

Pada pendapat saya, dia tidak wajar melakukan. Sebagai seorang pemain bola sepak profesional, tindakan tersebut boleh menjatuhkan taraf dia yang bermain dengan ssebuah pasukan negeri. Semoga dia akan sedar akan kesilapannya dan tidak akan mengulanginya lagi.

Kontroversi yang kedua ialah penalti yang diperolehi Pahang selepas Kelantan berjaya mendahului hasil jaringan Kieta. Penalti tersebut menjadi kontroversi kerana kekerasan yang dilakukan oleh Obinna kepada Fauzi adalah diluar kotak penalti cuma Fauzi yang tergolek jatuh ke dalam kotak penalti. Fauzi yang mengambil sepakan penalti tersebut berjaya menewaskan Apek di gawang Kelantan.

Setelah 8 perlawanan liga super berlangsung, ramai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan. Beberapa jurulatih, pemain dan penyokong berpendapat pengadil di
Malaysia membuat keputusan dengan sambil lewa. Beberapa situasi dan kejadian yang menunjukkan keputusan pengadil yang tidak masuk akal. Telah diberikan kad merah tapi dipanggil balik kerana tersilap. Kita tau pengadil pun manusia tapi pengalaman dan pengetahuan mungkin dapat mengelakkan perkara tersebut.

Selain mutu pengadilan yang agak kurang memuaskan, profesionaliti pemain juga mejadi persoalan. Sepatutnya pemain yang telah bermain untuk negeri atau kelab perlulah mempunyai sikap profesional dalam bola sepak dan tidak terlalu mengikut emosi walaupun pasukan berada dalam situasi untuk menang atau ketinggalan kepada pihak lawan. Saya amat berharap agar perkara yang berlaku antara Kelantan dan Pahang tidak akan berlaku lagi dalam liga super.

Saya juga amat berharap agar Kelantan akan terus meningkatkan mutu permainan dan pastikan pemain bijak mengambil peluang dari kekurangan pemain lawan. Semoga perlawanan menentang Pahang ini akan menjadi panduan berguna kepada pemain dan jurulatih. Kami penyokong Kelantan sentiasa akan menyokong anda semua.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR