We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, February 25, 2013

KELANTAN PERLU TEWASKAN SELANGOR PKNS DI KOTA BHARU


Pada hari ini, Kelantan akan menerima kunjungan kali kedua pasukan kelab dari Selangor, Selangor PKNS FC untuk perlawanan pusingan ke 2 Piala FA musim 2013. Sebelum ini, Selangor PKNS FC telah datang ke Kelantan untuk saingan Liga Super Malaysia dan mereka dikalahkan dengan keputusan 2-1.


Selangor PKNS FC berjaya melangkah ke pusingan ke 2 selepas berjaya melepasi halangan Lion12 pada pusingan pertama. Mereka diundi bertemu Kelantan FA yang mendapat bye pada pusingan pertama kerana menjadi juara bertahan. Mengikut kata penyerang import Selangor PKNS yang dahulunya bekas penyerang Sime Darby FC, Patrick Ronaldinho yakin akan dapat menumpaskan Kelantan di Kota Bharu dan seterusnya memecahkan rekod bersih Kelantan di sini.

Kelantan berjaya merangkul Piala FA buat kali pertama pada musim lepas dan akan memulakan misi mempertahankannya malam ini.

Bagi sekuad Kelantan pula, perlawanan malam ini pastinya penting untuk pemain dan bahagian pengurusan skuad Kelantan. Ini kerana kita memegang 2 perkara penting yang harus dipertahankan dan saya yakin pemain mampu untuk mengalahkan Selangor PKNS FC malam ini. Sebagai juara bertahan dan rekod tanpa kalah perlu dipertahankan oleh pemain yang dipertanggungjawabkan oleh jurulatih bagi meneruskan saingan Kelantan ke peringkat seterusnya.

Skuad Kelantan terpaksa dirombak apabila beberapa pemain Kelantan tercedera ketika pertemuan dengan Tok Gajah di Kuantan, Pahang dalam saingan Liga Super Malaysia sebelum ini. Nik Shahrul Azim dan Syakir Shaari pastinya tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan. Daripada maklumat yang diperolehi, Syakir terpaksa diketepikan selama sebulan manakala Nik Shahrul Azim akan berehat selama 2 minggu. Nik Shahrul Azim akan digantikan dengan Azizi Mat Rose manakala Syakir akan digantikan dengan K. Nanthakumar.

Walau sesiapa pun yang bermain, saya sebagai penyokong Kelantan amat berharap agar hanya kemenangan yang harus dicari oleh pemain Kelantan. Sama-sama kita berikan sokongan kepada pemain dan berharap agar kemenangan akan menjadi milik Kelantan.

Gomo Kelate Gomo

Barisan Kemungkinan Kelantan bertemu Selangor PKNS FC

Apek
Obinna
Azizi Mat Rose
Zairul Fitree
Daudsu
Faiz Subri
Piya
K. Nanthakumar
Nor Farhan
Indra
Kieta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR