We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, June 10, 2013

FINAL PIALA FA 2013-KELANTAN FA JUMPA JOHOR DARUL TAKZIM FC, KEMAMPUAN DIRAGUI


Ramai yang sudah mengetahui, Kelantan FA a.k.a The Red Warriors akan menentang Manchester City Malaysia, Johor Darul Takzim FC pada Final Piala FA 2013 pada 29 Jun 2013, hari Sabtu nanti.


Harga tiket bagi perlawanan telah pun dikeluarkan iaitu pada harga RM 40. Penjualan tiket masih belum dibuat kerana venue perlawanan masih belum disahkan.

Kita lupakan soal tiket dan stadium untuk perlawanan akhir. Apa yang saya ingin ketengahkan dalam artikel ini adalah kemampuan Kelantan FA untuk merangkul kejuaraan Piala FA tahun ini. Jika dilihat pada perlawanan separuh akhir bertemu Terengganu FA di Kuala Terengganu yang lalu, ramai penyokong dan peminat Kelantan FA agak gusar dan risau dengan keadaan Kelantan FA ketika itu. Ramai yang mengkritik taktikal jurulatih, Bojan Hodak yang dilihat kurang menyerlah dan berkesan pada perlawanan tersebut. Ada segelintir penyokong yang mengakui Kelantan FA akan kalah kepada JDT FC jika corak permainan dan taktikal ketika bertemu Terengganu tidak diperbaiki.

Itu pendapat penyokong lain dan ini pendapat saya. Penentu prestasi Kelantan FA pada perlawanan Akhir Piala FA 2013 akan ditentukan pada 2 perlawanan Liga Super bertemu Terengganu FA dan Pahang FA sebelum Final Piala FA 2013 nanti. Jika kita berjaya menunjukkan prestasi yang menarik dan berjaya mencatat keputusan positif selain dari kurang kecederaan pemain pada 2 perlawanan tersebut, saya yakin Piala FA musim ini akan jadi milik The Red Warriors.

Pada perlawanan tersebut, saya merasakan pemain kita dilihat kurang agresif. Kemungkinan ini disebabkan oleh perlawanan dilangsungkan pada waktu petang. Kita akan bertemu Terengganu sekali lagi bagi saingan Liga Super dan adakah keputusan yang sama akan dicatatkan di sana? Perkara tersebut pastinya bermain di dalam pemikiran penyokong tetapi kita harus yakin dengan pasukan Gomo Kelate Gomo kita.

Apa yang saya perhatikan, pasukan Kelantan FA sebenarnya adalah pasukan yang kuat kerana kita memiliki pemain tengah yang baik dan pertahanan yang bagus tetapi pada perlawanan menentang Terengganu FA, kedua-dua posisi ini gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik. Hantaran kepada rakan tersasar, kerap kehilangan bola, leka di bahagian pertahanan merupakan kesilapan yang dilakukan oleh pemain kita dalam perlawanan tersebut. Perkara ini harus diperbaiki ketika liga bercuti rehat dan saya rasa pemain Kelantan FA harus diberi motivasi agar ketahanan mental mereka kuat bagi perlawanan liga dan Final Piala FA nanti.

Saya pasti pihak pengurusan akan melakukan yang terbaik untuk pasukan Kelantan dan saya yakin kita mampu menewaskan rakan Pantai Timur kita, iaitu Terengganu FA dan Pahang FA nanti seterusnya memenangi Final Piala Fa 2013 nanti. Saya pasti JDT FC mampu ditewaskan.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR