Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, January 9, 2013

MENANG TETAPI KECEWA


Alhamdulillah..Hanya itu yang mampu diucapkan oleh saya dan semua penyokong Kelantan FC apabila pasukan kebanggaan kita membuat permulaan yang baik dengan mengalahkan PKNS FC 2-1 di Stadium Sultan Muhammad ke 4, sebentar tadi.


Ropi menjaringkan gol kemenangan Kelantan FC melalui tandukan.

Gol kemenangan Kelantan FC melalui tandukan cantik Zairul Fitree atau Ropi hasil dari sepakan percuma Indra dalam masa tambahan separuh masa kedua. Kemenangan ini sangat penting bagi memberi kekuatan mental dan fizikal pemain yang akan melalui perlawanan menarik hari Selasa nanti apabila bertemu pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim FC.

Berbalik kepada perlawanan malam ini, Kelantan FC terlebih dahulu ketinggalan apabila kapten pasukan PKNS FC berjaya menewaskan Apek melalui sepakan percuma pada minit ke 15. Dengan semangat pahlawan yang ada dalam diri setiap pemain, Kelantan FC berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui jaringan Kapten Marvel, Piya pada minit ke 20 perlawanan. Separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Kapten Marvel, Piya menjaringkan gol penyamaan Kelantan FC bagi menyuntik semangat rakan-rakan untuk mencari gol kemenangan.

Bersambung babak kedua, Kelantan FC dan PKNS FC terus mengasak kubu lawan dan beberapa peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan oleh penyerang kedua-dua pasukan. Penjaga gol kedua-dua pasukan juga tangkas menangkis semua percubaan yang dilakukan oleh pemain lawan bagi mengelakkan gawang dibolosi. Ketika perlawanan dilihat berakhir dengan kedua-dua pasukan berkongsi mata, muncul penyelamat Kelantan FC yang menanduk gol hasil sepakan percuma Indar pada minit-minit tambahan separuh masa kedua. Ropi menjadi wira Kelantan FC dan kemenangan menjadi milik The Red Warriors untuk perlawanan ini.

Dengan kemenangan ini, Kelantan FC berada di tempat kedua liga, memiliki sama mata dengan Pahang yang menewaskan Johor Darul Takzim FC 3-2 di laman sendiri semalam namun dibezakan dengan jaringan.

Apa yang menjadi persoalan oleh penyokong ialah kemampuan Keita yang dilihat cukup mengecewakan. Saya telah membuat survey di dalam Facebook dan apa yang saya dapat kongsikan di sini ialah ramai penyokong menyamakan Keita dengan bekas penyerang Kelantan FC 2012, Nwoha. Ramai juga penyokong yang amat menyesal dengan tindakan jurulatih, Bojan Hodak yang tidak meletakkan pemain lincah Australia, Petratos sebagai penyerang Utama Kelantan FC bagi liga super.

Mungkin ini perlawanan pertama liga super dan perjalanan liga masih jauh. Mungkin Keita cuba untuk membuktikan dia layak tapi mungkin faktor usia dan kawalan dari pertahanan lawan menyebabkan corak permainan beliau kurang berkesan. Apa pun, pasukan harus dimantapkan bagi menghadapi pasukan baru Wak Lan yang datang ke Kota Bharu nanti.

Perlawanan ini pasti menarik dan kita sama-sama saksikan siapa yang lagi jaguh di Malaysia ini.

Sekali lagi Tahniah dan Alhamdulillah di atas kemenangan ini. Semoga penyokong dan pemain terus  mempamerkan semangat juang untuk menang dalam perlawanan yang dihadapi.

Kesebelasan pada malam ini:
Apek
Obinna
Ropi
Daudsu
Nik Shahrul Azim
Piya
Farhan
Indra
Shakir
Keita
Haris Safwan

Keputusan :
Kelantan FC 2-1 PKNS FC
Piya 20'             Helmi Remly 15'
Ropi 90+

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR