We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, January 10, 2013

ISU KONTRAK NORSHAHRUL DISELESAIKAN DENGAN BIJAK OLEH FAM


Sekarang ini, bola sepak Kelantan heboh dengan tuntutan bayaran tebus kontrak Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik Kebangsaan, Nor Shahrul Idlan yang menyertai Johor Darul Takzim FC bagi musim 2013 ini dan komen isteri Matyo kepada Tan Sri Anuar Musa.


Tuntutan yang dilakukan oleh Tan Sri Anuar Musa itu sebenarnya bermula selepas Matyo @ Waklan mengikat kontrak dengan pasukan Harimau Selatan itu. Isu ini pada mulanya hanya melibatkan antara Tan Sri dengan Norshahrul sahaja tetapi telah dikeruhkan dengan campur tangan isteri Matyo.

Mengikut tuntutan yang diutarakan oleh Tan Sri, Matyo harus melunaskan tuntutan tersebut yang berharga hampir RM 1 juta.

Akhirnya isu ini mendapat perhatian pihak pengurusan tertinggi bola sepak Malaysia, FAM dan mereka telah membuat kajian dan bermesyuarat. Setelah keputusan diperolehi maka FAM mengumumkan Matyo hanya perlu membayar RM 299, 000 bersamaan 13bulan gaji pokok sahaja.

Keputusan tersebut pastinya menyentap semangat Tan Sri yang sentiasa bersemangat bagi menaikkan nama pasukan bola sepak Kelantan sehingga berjaya merangkul juara treble musim lalu. Bukan itu sahaja, Tan Sri juga telah digelar anjing oleh isteri Matyo.

Ok, pertama saya nak sentuh mengenai kontrak Matyo yang menjadi isu hangat sedangkan isu ini tidak pernah berlaku seingat saya di Malaysia ini. Di peringkat antarabangsa pun, saya tak pernah dengar mengenai pergaduhan mengenai kontrak pemain ini. Semuanya selesai dengan mudah dan mengikut terma yang ditetapkan.

Tapi negara kita dilanda satu fenomena yang boleh membahayakan bola sepak negara. Selepas ini, pasti perkara seperti ini akan terjadi lagi dan pada masa itu kita akan lihat ketidaktentuan perjalanan bola sepak negara. FAM harus bijak dalam perkara ini. Sepatutnya perkara ini harus dikaji dengan baik supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati dengan keputusan yang diputuskan.

Berbalik kepada panggilan anjing yang ditujukan kepada Tan Sri. Saya pelik sangat-sangat. Yang kuat mengomen atau membuat kenyataan adalah isteri Matyo. Kenapa Matyo sendiri tidak bersemuka dengan Tan Sri? Adakah Matyo tidak tahu yang isterinya sedang mendedahkan perangai buruknya kepada orang ramai dengan memanggil seseorang dengan gelaran tersebut? Matyo hanya mampu berdiam diri sahaja.

Ini lah keadaan bola sepak kita sekarang. Jauh jika nak dibandingkan dengan liga-liga dunia yang lain. Kita mengimpikan memiliki liga bola sepak yang terbaik tetapi kita tidak mahu mengikut apa yang dilakukan oleh liga terbaik. Sebenarnya, liga bola sepak kita masih banyak kelemahan dan kita harus mencari penyelesaian bagi mengangkat martabat liga bola sepak negara kita.

Apa yang pasti liga kita akan sentiasa digelar liga kampung dengan kualiti dan tahap liga yang masih ditahap rendah. Saya bukan bijak pandai tapi apa yang saya lihat bola sepak negara kita sebenarnya sebenarnya sedang mengundur ke belakang.

Cukuplah coretan saya untuk tatapan anda semua. Itu hanyalah pandangan dari penyokong bola sepak Kelantan dan Malaysia yang mengharapkan keadilan dan kejayaan dalam bola sepak di negara ini.

Gomo Kelate Gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR