We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, February 18, 2013

PERLU MENANG UNTUK BAIKI KEDUDUKAN DAN SEMANGAT


Perlu bangkit. Hanya itu yang mampu saya harapkan dari pemain Kelantan untuk perlawanan ke 7 liga super bertemu Terengganu di Kota Bharu malam ini. Perlawanan yang mempertemukan dua jaguh Pantai Timur dan negeri berjiran ini sentiasa menghidangkan permainan menarik.


Setelah mengalami kekalahan di Shah Alam pada perlawanan ke 6, Kelantan dilihat harus bangkit bagi memberi keyakinan kepada penyokong dan pemain Kelantan sendiri. Pada perlawanan menantang Selangor, Kelantan dilihat tidak mampu menyerang dan gagal mengawal pertahanan dengan baik walaupun Obinna telah disenaraikan dalam kesebelasan utama Kelantan.

Selepas kemasukan Piya dan Faiz Subri serta Kieta, permainan Kelantan mula berubah dengan pelbagai corak serangan dipamerkan oleh Kelantan. Nasib tidak menyebelahi Kelantan apabila semua serangan berjaya dipatahkan oleh pertahanan Selangor.

Untuk perlawanan malam ini, bahagian serangan perlu lebih dipertajamkan dan saya rasa beberapa pemain perlu digugurkan dari skuad utama dan pemain yang lebih layak harus diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka bertemu Terengganu nanti. Faiz Subri membuktikan yang dia layak untuk diberi peluang untuk membantu Kelantan malam ini. Jika dia dan Farhan digandingkan, saya rasa pertahanan Terengganu pasti berdepan masalah.

Bahagian serangan harus diisi oleh Indra. Kenapa saya menyenaraikan Indra? Ini kerana pada pendapat saya pengalaman dan kemahiran yang dimilikinya mampu membantu Kelantan untuk mencatat kemenangan malam ini. Haris Safwan dilihat masih tercari-cari rentak dan persefahaman dengan pemain Kelantan. Memang kita tidak boleh menilai peain pada 1 perlawanan sahaja tapi Faiz Subri telah membuktikan yang dia sesuai untuk corak permainan yang diamalkan oleh Kelantan FA.

Saya amat berharap Kelantan akan bangkit bagi mempertahankan kejuaraan yang telah kita menangi pada tahun hadapan. Jadikan perlawanan malam ini titik kebangkitan Kelantan dan seterusnya menang pada setiap perlawanan yang akan ditempuhi. Saya yakin Kijang pasti makin kuat berlari selepas pulih dari kecederaan.

Sama-sama kita saksikan perlawanan menarik malam ini..

Gomo Kelate Gomo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR