We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, January 13, 2013

PERTEMUAN DUA MERAH


Tepat jam 9.30 malam ini (13/01/2013), Manchester United akan turun bertemu Liverpool di Old Trafford untuk perlawanan ke 22 Liga Perdana Inggeris.


Pertemuan pendahulu liga dengan pasukan di tempat ke lapan ini menjadi tumpuan dunia kerana pertemuan kedua-dua pasukan ini pastinya akan menjanjikan permainan yang menarik dan mendebarkan. Kedua-dua pasukan berada di tahap terbaik dengan United tidak pernah kalah pada 5 perlawanan terakhir manakala Liverpool menang ketika bertemu bertemu Sunderland.

Kedua-dua penyerang ini akan menjadi tumpuan dunia pada malam ini apabila pertembungan epik bermula 9.30 malam nanti.

Pertemuan malam ini juga akan menyaksikan pertembungan dua penjaring berbisa dalam liga perdana setakat ini. Van Persie mendahului penjaring terbanyak dengan 16 gol dan Suarez dengan 15 gol. Penyokong kedua-dua pasukan pastinya mengharapkan kedua-dua penyerang ini akan menjaringkan gol dan akan mempamerkan permainan menarik untuk tontonan pada malam  ini.

Kedua-dua pasukan amat mengharapkan kemenangan pada malam ini. United akan berada 10 mata di hadapan City jika berjaya mengalahkan Liverpool kerana City akan bermain pada pukul 11.00 malam. Liverpool pula mengharapkan kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam liga dan memberi suntikan semangat untuk berada di empat teratas liga.

Kedua-dua jurulatih pasukan pastinya akan menurunkan pasukan terkuat mereka pada malam ni. United pastinya akan mengharapkan gandingan muda dan senior seperti perlawanan sebelum ini yang banyak membuahkan hasil.

Pada pendapat saya, United akan menurunkan De Gea sebagai penjaga gol manakala pertahanan akan diisi oleh Rafael, Evans, Vidic dan Evra. Bahagian tengah pastinya milik Carrick yang kembali setelah diberi rehat oleh Sir Alex. Carrick, Nani dan Young akan membantu Carrick bagi merencana serangan yang akan disempurnakan oleh Van Persie dan Chicarito. Ada laporan mengatakan Rooney, Anderson dan Nani akan diturunkan pada malam ini tapi itu semua adalah atas keputusan Sir Alex.

Saya yakin dengan kemampuan Van Persie, ketajaman hantaran Carrick, kebijaksanaan Nani dalam mengucar-kacirkan pertahanan lawan akan menghadirkan kemenangan untuk United pada malam ini. Keputusan 2-1 yang diperolehi musim lepas akan diulangi musim ini bagi memusnahkan harapan Liverpool.

Sama-sama kita nantikan perlawanan menarik ini.

Go Go United.

Barisan Kemungkinan:
De Gea
Vidic
Evans
Rafael
Evra
Carrick
Cleverley
Nani
Young
Hernandez
Van Persie

Ramalan Keputusan:
Manchester United 2-1 Liverpool
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR