We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, February 23, 2013

KELANTAN DAN PAHANG SAMA HEBAT

Inilah penalti yang menjadi kontroversi adakah Fauzi dijatuhkan di dalam kotak atau luar kotak penalti oleh Obinna.

Kelantan dan Pahang, kedua-dua pasukan pantai timur ini sama hebat apabila berjaya mencatat keputusan seri 2-2 pada perlawanan ke 8 Liga Super Malaysia semalam. Gol-gol Kelantan diperolehi melalui jaringan Norfarhan dan Kieta Mandjou manakala gol pahang pula diperolehi hasil jaringan Hafiz Kalam dan Fauzi Roslan.


Kelantan menyenaraikan kesebelasan terbaik mereka iaitu Apek, Obinna, Nik Shahrul Azim, Daudsu, Zairul Fitree, Faiz Subri, Syakir, Piya, Norfarhan, Indra dan Kieta. Pahang juga menyenaraikan kesebelasan terbaik mereka bagi menghadapi tentangan Kelantan dan mencari 3 mata untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga super.

Perlawanan yang disiarkan dalam Astro Arena 801 itu menyaksikan Kelantan membuat banyak percubaan berbahaya pada awal perlawanan. Mereka berjaya memecah jaringan pada minit ke 8 melalui jaringan Norfarhan yang mengambil peluang hasil kesilapan penjaga gol pahang, Nazril Nordin yang gagal menangkap bola hasil percubaan Piya dalam kotak penalti.

Selepas jaringan tersebut, permainan mula dikuasai Pahang yang terus menyerang kubu Kelantan yang dikawal Apek dan mereka berjaya mencari gol penyamaan melalui jaringan Hafiz Kalam yang tertampan bola ke gawang Kelantan. Separuh masa pertama berkesudahan 1-1.

Bersambung babak kedua, Kelantan memasukkan Zamri Ramli bagi menggantikan Syakir di bahagian tengah Kelantan yang dilihat kurang menyerlah. Kedua-dua pasukan berterusan membuat serangan ke gawang lawan masing-masing. Keghairahan Pahang mencar gol memakan diri apabila penjaring gol mereka, Hafiz Kalam dibuang padang kerana memijak Zamri Ramli.

Kelantan berjaya mendahului pasukan tuan rumah pada minit ke 80 hasil jaringan penyerang import, Kieta yang berjaya menanduk masuk hasil kesilapan agakan penjaga gol Pahang. Gol tersebut hanya bertahan beberapa saat apabila Pahang dianugerahkan sepakan penalti apabila Fauzi dijatuhkan dalam kotak penalti. Fauzi yang mengambil tendangan tersebut bijak menyempurnakannya. Walaupun Apek berjaya menampan bola sepakan penalti Fauzi itu tetapi oleh kerana sepakannya kuat maka bola tersebut menerjah jaring.

Dengan keputusan seri tersebut, Kelantan naik 1 anak tangga dari kedudukan ke 8 ke kedudukan ke 7 liga manakala Pahang naik ke tangga ke 4 liga super. Keputusan tersebut juga menyaksikan Kelantan berjaya menambah 1 mata kepada 10 mata dan Pahang berjaya menambah mata dari 12 mata kepada 13 mata.

Selepas ini, kedua-dua pasukan berhenti rehat untuk memberi laluan kepada pusingan kedua piala FA. Liga super akan bersambung semula 2 Mac ini.

Semoga Kelantan akan bangkit melawan selepas ini dan berjaya mengekalkan kejuaraan untuk musim ini.

Gomo Kelate Gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR