We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, October 26, 2010

FAM AKUR DESAKAN PENYOKONG

Assalamualaikum..

pasukan kelantan mendapat khabar gembira apabila ketua jurulatih kelantan, b. sathianathan akan berada dengan pasukan ketika kelantan akan bertarung dengan negeri sembilan apabila hukuman penggantungan telah ditangguhkan pada waktu yang belum dimaklumkan..

berita ini sangat menggembirakan kerana ini akan menguatkan lagi pasukan kelantan dan seharusnya pemain menggunakan peluang ini dengan menghadiahkan piala malaysia kepada sathianathan yang masih lagi ingin mnejawat jawatan tersebut walau pun pernah digembar-gemburkan akan meletak jawatan tetapi beliau memilih untuk kekal dan setrusnya membantu kelantan melangkah ke final paiala malaysia buat kali kedua berturut-turut..

ini menunjukkan bahawa sathia masih seorang jurulatih yang berbisa dan fam seharusnya menilai balik sumbangan yang pernah diberikan oelh beliau sebelum membuat keputusan yang boleh menghancurkan kriernyer sebagai seorang jurulatih..

mengikut rekod, sathia telah melatih pasukan kebangsaan selama beberapa bulan dan telah mengecapi beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan..

jadi, diharap pemain kelantan akan berlatih bersungguh-sungguh dan sentiasa fokus dari segi mental dan fizikal agar kejadian di kedah tidak akan berlaku di stadium bukit jalil..

semoga pemain kelantan akan berjaya mengharumkan nama negeri kelantan dengan membawa pulang piala malaysia dan meletakkan nama negeri kelantan sebaris dengan negeri-negeri yang lain..

gomo kelate gomo..

sekian.

Monday, October 25, 2010

PIALA CARLING PUSINGAN KETIGA

KEMENANGAN PERTAMA

Assalamualaikum..

semalam pasukan the red devils telah mencatat kemenangan yang pertama. bukan kemengan pertama dalam liga sebaliknya kemenangan pertama di gelanggang lawan untuk permulaan musim ini..

KELANTAN TANPA JURULATIH

Assalamualaikum..

'naik tangga tapi tangga pulak patah'. itulah realiti pasukan kelantan sekarang..

ketika pasukan yang berada di tahap terbaik untuk membawa pulang piala malaysia,pasukan kelantan telah dikejutkan dengan penggantungan ketua jurulatih kelantan, b. sathianathan selama enam bulan bermula pada 23 hb yang lalu..

penggantungan ini berpunca daripada ulasan atau kritikan sathia tentang perlawanan antara perlis dengan terengganu yang terpaksa dilangsungkan di terengganu, sedangkan ketika itu pasukan perlis adalah tuan rumah bagi perlawanan tersebut. ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi seorang jurulatih kerana ia hanya meluahkan pandangan yang diberikan oleh wartawan yang tidak mengetahui kerana soalan tersebut, seorang jurulatih boleh digantung perlawanan..

sebenarnya persatuan bola sepak malaysia (fam) hanya menjadikan isu tersebut untuk melemahkan pasukan kelantan dan menutup kelemahan fam yang jelas terpampang.

cuba kita fikirkan dengan betul. kenapa fam memilih stadium terengganu, iaitu stadium lawan untuk dijadikan stadium tuan rumah sedangkan yang dilawan itu adalah pasukan negeri stadium tersebut dan semestinya penyokong pasukan lawan akan melebihi pasukan perlis. adakah fam terlepas pandang perkara seperti ini. kenapa tidak memilih stadium yang berdekatan dengan negeri perlis. contohnya stadium darul aman ke, stadium ipoh ker..

ini menunjukkan fam berat sebelah kepada pasukan negeri dan pasukan yang paling tidak disukai oelh fam ialah pasukan kelantan. pada tahun ini dan tahun lepas, hampir setengah juta kelantan telah didenda dan kita tau sememmangnya itu adalah kesilapan kita tapi pihak fam perlu sedar, pasukan bola sepak yang berada di malaysia bukannya mempunyai pendapatan seperti kelab liga perdana inggeris. kalau diperhatikan, penyokong pasukan negeri lain pun ada melakukan kesilapan tetapi denda yang dikenakan amatlah sedikit..

jadi saya berharap fam akan lebih menitikberatkan hal yang sangat sensitif ini tatkala kelantan sangat memerlukan khidmat sathia bagi menjana pasukan kelantan untuk merampas piala malaysia dari pasukan negeri sembilan..

semoga fam akan mendengar protes-protes dan bantahan yang dilakukan oleh pasukan kelantan dan menangguhkan keputusan tersebut pada waktu yang sesuai. saya bukan nak memandai-mandai dalam hal ini tapi saya berharap berilah sedikit belas kasihan kepada pasukan kelantan supaya imipian rakyat dan seluruh pemimpin kelantan akan tercapai pada tahun ini..

semoga semangat pemain kelantan tidak luntur walaupun dibelenggu masalah sebegini dan sebaliknya makin bersemangat untuk membawa pulang piala malaysia..

gomo kelate gomo..

sekian..

FINAL ULANGAN 2009

Assalamualaikum..

berjumpa lagi dalam blog gomomerahgomo.blogspot.com. untuk coretan kali ini saya memilih tajuk 'final ulangan 2009'. kenapa saya memilih tajuk ini? mesti ramai yang telah mengetahuinya..

saya memilih tajuk ini adalah kerana pasukan the red warrior akan sekali lagi bertarung dengan pasukan negeri sembilan di peringkat akhir piala malaysia 2010. kedua-dua pasukan ini pernah bertarung di peringkat yang sama pada tahun lepas dan perlawanan itu dimenangi oleh pasukan negeri sembilan dengan jaringan 3-1..

kemunculan pasukan kelantan pada peringkat akhir untuk kali ini adalah memang tidak dijangka oleh banyak pihak. ini kerana pada perlawanan peringkat kumpulan piala malaysia, pasukan kelantan telah mengalami kekalahan di tangan pasukan negeri sembilan, menang ke atas selangor pkns fc dan seri dengan kl plus fc.

tetapi berkat sokongan peminat yang berterusan, semangat kental pemain, kebijaksanaan jurulatih dan keprihatinan pengurusan telah melonjakkan kembali pasukan kelantan dan dengan bergaya telah berjaya menyingkirkan selangor diperingkat suku akhir untuk bertemu kedah di peringkat separuh akhir dan dengan kegigihan pemain, pasukan kelantan berjaya sekali lagi bermain di pentas final buat kali kedua berturut-turut..

jadi kelantan harus menggunakan peluang ini dengan sebaiknya supaya kelantan akan berjaya membawa pulang piala malaysia pada tahun ini dengan membalas dendam ke atas negeri sembilan yang sangat liat untuk dikalahkan..

sebagai peminat setia kelantan, saya benar-benar berharap kelantan akan dapat melunaskan hutang yang amat penting untuk dibayar oleh semua pemain kelantan dan seterusnya membawa pulang piala malaysia untuk rakyat kelantan, pemimpin besar kelantan dan juga paling penting hadiah untuk sultan kelantan yang baru..

saya berharap semua pihak akan mendoakan kejayaan kelantan dan sentiasa menyokong kelantan pada setiap masa..

gomo kelate gomo..

sekian..

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 2010

KELANTAN 1 KEDAH 0 (AGREGAT 1-0)
JOHOR FC 0 NEGERI SEMBILAN 2 (AGREGAT 1-2)

FINAL
KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN

Wednesday, October 20, 2010

MALAM SERI PAGI MENANG

Assalamualaikum..

tajuk yang dipilih adalah untuk menggambarkan dua keputusan yang diperolehi oleh dua pasukan untama kita iaitu kelantan dan manchester united..

semalam, pasukan kelantan mengharungi perlawanan di stadium darul aman dengan baik dan bijak tetapi terpaksa berhempas pulas untuk seri 0-0 dengan pasukan tuan rumah, kedah apabila kecederaan melanda seawal 15 minit pertama..

pertahanan kental kelantan iaitu azizi mat ros dikeluarkan dan diganti dengan subramaniam. kemudian subra pula mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan dan diganti dengan daudsu. jadi semalam kelantan menempuh 75 minit permainan tanpa pemain gantian dan ini tidak menjadi masalah apabila kelantan berjaya mengikat kedah dengan keputusan tersebut..

apa yang jelas semalam, kelantan lebih mendominasi permainan dengan melancarkan serangan ke gawang kedah. kelebihan cubaan ke arah gol, penguasaan bola melebihi kedah, ini menunjukkan kelantan sememangnya pasukan yang akan menjadi juara untuk tahun ini..

semoga di kelantan nanti, kelantan akan dapat mengulangi kejayaan menundukkan selangor ke atas kedah dan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut..

lain pula keputusan yang diperolehi oleh manchester united di old trafford apabila berjaya menundukkan pendatang baru uefa champions league dari turki iaitu bursaspor dengan jaringan 1-0 yang dijaringkan oleh pemain sayap portugal,nani pada awal perlawanan..

nampaknya manchester united masih belum dapat mencari penyelesaian bagi menyelesaikan masalah jaringan gol ini. adakah manchester telah kekurangan pemain yang berbisa.

pada perlawanan tersebut, sir alex meletakkan macheda berseorangan didepan dengan dibantu oleh pemain tengan iaitu park, nani , fletcher dan juga carrick..

banyak peluang yang diperolehi tetapi tidak dapat diterjemahkan dengan jaringan kerana mungkin kawalan pertahanan yang kental yang ditunjukkan oleh pemain dari turki ini..

dengan keputusan tersebut, manchester united mendahului kumpulan dengan 7 mata mengatasi dua pasukan iaitu rangers dan valencia yang seri 1-1 dengan perbezaan 3 mata. ini adalah peluang terbaik untuk manchester united melangkah ke pusiangan seterusnya dengan memenangi perlawanan timbal balik nanti yang akan diadakan bermula 2 minggu lagi..

semoga kedua-dua pasukan merah kita ini akan terus menang di dalam setiap perlawanan yang dihadapi dan berjaya menjulang piala yang dipertandingkan..

sama-sama kita nantikan kejayaan pasukan merah kita..

gomo kelate gomo, we are united..

sekian

Tuesday, October 19, 2010

Monday, October 18, 2010

TAHNIAH BUAT KELANTAN

Assalamualaikum..

bertemu kembali dalam blog gomomerahgomo.blogspot.com. hari ini saya memilih tajuk tahniah buat kelantan kerana ucapan ini saya tujukan buat pasukan kelantan, pemain kelantan, pentadbir kelantan dan seterusnya rakyat kelantan kerana buat kali kedua kita telah berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir piala malaysia. lebih manis, kita telah melangkah ke separuh akhir dengan menundukkan gergasi merah kuning dengan keputusan besar 3-0..

keputusan tersebut sememangnya layak untuk kelantan kerana permainan kelantan pada malam tersebut amat mengagumkan. corak permainan yang mudah dengan menggunakan hantaran pendek telah berjaya membolosi pertahanan kental selangor..

selain itu, kita juga harus berterima kasih kepada jurulatih kelantan, b. sathianathan yang telah berjaya melatih pemain dan menerapkan taktikal baru yang amat bersesuaian dengan corak permainan kelantan..

kita juga harus mengucapkan terima kasih kepada pemain kelantan yang menunjukkan semngat kental yang tinggi setaraf dengan gelaran mereka 'the red warrior'. punca kemenangan semalam diaplikasikan oleh 3 jaringan pemain kelantan iaitu norfarhan, akmal rizal dan badri radzi..

tetapi ada sesetengah dari peminat kelantan sebenarnya tidak sayangkan pasukan kelantan. mereka membuat kacau di stadium lawan dan ini menyebabkan persatuan bola sepak kelantan akan dipersalahkan. adakah pasukan kelantan akan terus berjaya jika peminat tidak menerapkan nilai murni dalam diri mereka. mereka harus fikirkan kepada masa depan pasukan kelantan. apabila berlaku kesalahan yang dilakukan oleh peminat, persatuan yang harus menanggung kesalahan tersebut dan ini akan merugikan pasukan seterusnya mungkin boleh menyebabkan kerugian kepada pasukan..

jadi saya sebagai peminat setia pasukan kelantan, amat berharap kepada peminat lain agar cuba bersabar dan tunjukkan contoh yang baik kepada peminat pasukan lain bahawa penyokong pasukan kelantan adalah yang terbaik..

semoga kelantan akan terus berjaya di dalam perjuangan merampas kejuaraan piala malaysia dari negeri sembilan.

gomo kelate gomo

sekian..

Wednesday, October 6, 2010

KELANTAN MENGAGUMKAN

Assalamualaikum..

pada pukul 10.40 malam di stadium Muhammada IV, kelantan telah membelasah pasukan berstatus kelab iaitu selangor pkns fc dengan 4 gol tanpa balas. gol-gol tersebut telah dijaringkan oleh farisham, akmal rizal, badri dan juga ketua pasukan kelantan, indra putra..

kemenangan ini semestinya amat penting bagi pasukan kelantan dan juga peminat kelantan bagi meneruskan perjuangan kelantan dalam merebut piala malaysia..

kelantan yang dibarisi oleh pemain yang berbakat dan berpengalaman telah menunjukkan peningkatan dari segi permainan dan juga kekuatan mental yang tinggi. sememangnya pemain kelantan sekarang ini berada dalam tekanan bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir..

dengan ini hanya kl plus fc yang akan menjadi lawan terakhir kelantan dan kelantan harus konsisten sekiranya ingin meneruskan langkah kanan ke peringkat seterusnya..

kelantan akan bertandang ke stadium petaling jaya bertemu pasukan tuan rumah yang kalah kepada negeri sembilan dengan jaringan 2-1..

semestinya, kl plus fc akan bermain tanpa tekanan kerana telah tersingkir dari piala malaysia dan akan bermain dengan semangat yang kuat untuk memungut mata bagi mengubat kekecewaan tersebut..

oleh itu pasukan kelantan haruslah berhati-hati dan sentiasa fokus pada perlawanan terakhir tersebut dan seterusnya layak ke peringkat suku akhir..

saya mendoakan kejayaan kelantan dan berharap peminat akan terus menyokong kelantan..

gomo kelate gomo

Tuesday, October 5, 2010

KELANTAN HARUS BANGKIT

Assalamualaikum..

Keputusan seri yang dicatatkan di Paroi boleh dibanggakan tetapi kelantan harus bangkit dengan segera supaya impian untuk menjulang piala malaysia tidak terkubuur..

kelantan harus mencari teknik yang sesuai dengan pasukan kelantan sekarang. adakah kelantan harus mengamalkan teknik menyerang atau menggunakan teknik counter attack..

disamping itu, jurulatih juga harus memikirkan taktikal yang sesuai bagi pemain-pemain yang dimilikinya. seelok-eloknya, cuba lihat taktikal pasukan-pasukan eropah seperti barcelona dan manchester united atau pun musuh manchester united iaitu chelsea. pasukan ini menggunakan taktikal yang mudah bagi saya..

selain itu, pertahanan kelantan dilihat mudah dibocori dari bahagian kanan yang dikawal oleh daudsu dan kelihatan pemain ini agak kurang kemas permainannya sejak akhir2 ini. tidak seperti ketika liga super, daudsu memainkan peranan yang sangat penting apabila dapat membantu menguatkan bahagian serangan..

jika kelantan ingin menggapai piala malaysia buat kali pertama, kelantan mesti memenangi perlawanan malam esok dan perlu menewaskan kl plus pada perlawanan terakhir..

apa yang pasti hanya kemenangan yang akan dapat membantu kelantan buat masa ini..

siapa lawan di suku akhir tidak perlu dirisaukan walaupun ada mengatakan mungkin selangor yang menanti di sana..

ape yang penting sekarang ialah melepasi halangan peringkat kumpulan ini dan seterusnya barulah kita memikirkan tentang lawan di suku akhir..

saya peminat kelantan akan terus berdoa bagi kejayaan pasukan kelantan..

gomo kelate gomo

sekian.

PEMAIN TERBAIK BULAN SEPTEMBER


Assalamualaikum..

Pemain terbaik bulan september bagi pasukan manchester united ialah dimitar barbetov. dia telah dipilih oleh peminat-peminat yang mengundi melalui laman web rasmi manchester united..

sememangnya dia adalah pemain terbaik kerana dia telah berjaya meledakkan hatrik ketika menewaskan liverpool di old traford..

KELANTAN LWN SELANGOR PKNS FC

Sunday, October 3, 2010

KEPUTUSAN KUMPULAN A PIALA MALAYSIA 3 OKTOBER 2010

NEGERI SEMBILAN 2 KELANTAN 2
SELANGOR PKNS FC 3 KL PLUS 2

KEDUDUKAN KUMPULAN
NEGERI SEMBILAN 8 MATA
SELANGOR PKNS FC 6 MATA
KELANTAN 5 MATA
KL PLUS FC 2MATA

NASIB BAIK

Assalamualaikum..

Itu lah keadaan yang berlaku kepada team kelantan semalam. 2 gol dalam masa 2 minit telah menyelamatkan kelantan dari kehilangan 3 mata dan mengalami kekalahan kedua kepada pasukan negeri sembilan semalam..

seharusnya semua pihak berterima kasih kepada 2 pemain yang telah menjaringkan gol penyamaan kelantan iaitu akmal rizal dan zairul fitree..

nampaknya pertahanan kelantan sekali lagi melakukan kesilapan yang boleh mengundang kekalahan kelantan dan pada perlawanan semalam juga, b sathianathan terpaksa menurunkan pemain yang baru pulang dari vietnam iaitu nor shahrul dan fahmi..

tapi saya sangat gembira semalam kerana kelantan telah kembali kepada permainan hantaran pendek.

dengan keputusan seri itu, kelantan masih berpeluang untuk ke peringkat suku akhir dan perlu menewaskan dua lawan yang seterusnya iaitu kl plus fc dan selangor pkns fc..

saya doakan kelantan akan berjaya..

gomo kelate gomo..

sekian

KELANTAN HARUS MENANG

Assalamualaikum..

pada tepat jam 8.45 malam ini, kelantan akan turun bertarung dengan pasukan negeri sembilan di stadium lawan untuk memungut tiga mata penting..

hanya kemenangan yang akan dapat menjamin kedudukan kelantan untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya dalam kejohanan piala malaysia ini..

ketua jurulatih kelantan yakin pasukan kelantan akan memenangi perlawanan ini dan beliau belum tentu lagi akan menurunkan dua tonggak kelantan iaitu norshahrul dan khairul fahmi yang baru pulang dari perlawanan antarabangsa..

pada hemat saya, seelok-eloknya b. sthianathan tidak harus menurunkan pemain tersebut. ini boleh menyebabkan mereka dilanda kecederaan..

apa pun saya berharap kelantan akan terus mencari tonik yang sesuai untuk muncul pemenang dalam perlawanan itu nanti..

akhir kata gomo kelate gomo

sekian

KURANG MENYENGAT

Assalamualaikum..

itula tajuk yang saya tujukan buat pasukan the red devils. mereka kelihatan buntu untuk menjaringkan gol walaupun gandingan baru yang diterapkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR