We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, July 8, 2013

GAGAL PERTAHAN LIGA SUPER-KELANTAN FA KEEMPAT LIGA



6 Julai 2013. Berakhirnya Liga Super Malaysia musim 2013. Dengan 10 kemenangan, 6 seri dan 6 kekalahan meletakkan Kelantan FA di tempat yang keempat dalam Liga Super musim ini.
Berjaya mempertahankan Piala FA merupakan 1 pencapaian yang amat membanggakan buat penyokong Kelantan FA. Walaupun gagal mempertahankan liga super tetapi peningkatan yang dipamerkan oleh pemain dan berkat sokongan kuat peminat serta doa mereka semua, Kelantan FA berjaya meneruskan kecermelangan dan menutup saingan liga super di tangga keempat liga dengan memungut 36 mata, 7 mata di belakang Lion 12 yang telah berjaya merangkul piala Liga Super Malaysia musim ini.

Lebih manis ialah pada 6 Julai tersebut, Kelantan FA a.k.a Juara Piala FA mengalahkan Juara Liga Super dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Piya dan Dickson. Itu satu penutup liga yang sangat indah bagi penyokong Kelantan FA yang hadir di Stadium Sultan Muhammad ke 4, Kota Bharu pada malam itu.

Melihat kepada prestasi Kelantan FA setakat ini, apa yang saya boleh ulaskan ialah Kelantan FA sebenarnya adalah pasukan yang sangat hebat musim ini. Walaupun pelbagai kritikan ditambah dengan jadual perlawanan yang padat, mereka tidak pernah berputus asa dan terus bersemangat untuk tidak menghampakan harapan penyokong mereka.

Perlawanan yang paling banyak dikritik oleh penyokong ialah ketika perlawanan menentang Johor Darul Takzim FC yang menyaksikan Kelantan FA tewas dengan keputusan 2-0. Bojan Hodak diejek dan dikritik oleh peminat kerana tidak menyenaraikan skuad utama ketika menentang JDT FC. Ternyata penyokong silap membuat kritikan dan kritikan itu dibalas dengan meningkatnya mutu permainan Kelantan FA sehingga berjaya membenam Terengganu FA untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA. Kekalahan 2-0 itu dibalas dengan menjulang piala FA buat kali kedua berturut-turut.


Selain itu, peningkatan corak permainan Kelantan FA juga boleh saya katakan bermula apabila kehadiran penyerang import baru dari Lagos, Nigeria. Kemasukan Dickson Nwakaeme menggantikan Keita Mandjou nyata membawa perubahan yang besar kepada pasukan Kelantan FA. Pernah bermain dengan kelab eropah, pemain ini ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila mampu mengucar-kacir pertahanan lawan dan memiliki skil permainan dan kawalan bola yang menakjubkan.

Peningkatan pemain lain seperti Faiz Subri, NorFarhan, Nik Shahrul juga banyak membantu kepada kekuatan Kelantan FA musim ini. Peningkatan yang paling drastik ialah kemampuan dan kehebatan Keptan Marvel Kelantan FA, Badri Radzi a.k.a Piya yang berjaya menjaringkan gol melalui sepakan sudut dan juga berjaya menjaringkan gol untuk pasukan Kelantan FA. 

Boleh dikatakan pasukan Kelantan FA perlu dikekalkan dan pemain yang kurang bermutu, saya rasa elok dikeluarkan. Ramai pemain yang ingin menyertai Kelantan FA kerana mereka tau di sini lah tempat mereka untuk menjulang Piala.

Masih ada satu lagi piala yang harus dikekalkan dan piala ini adalah ibu bagi semua piala di Malaysia ini. Piala itu harus terus berada di Kelantan dan pemain sedar akan tanggungjawab ini. Kita sebagai penyokong haruslah sentiasa berdiri menyokong pasukan Kelantan agar Piala Malaysia kekal di bumi Kelantan.

Gomo Kelate Gomo.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR