We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, June 11, 2013

KELANTAN DAPAT CUTI DAN TARIKH PENJUALAN TIKET

Seperti yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Aziz, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengisytiharkan cuti pada 30 Jun 2013 ini sempena perlawanan akhir Piala FA 2013 ini di dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Datuk Nik Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan.


Berita ini pastinya mengembirakan seluruh rakyat dan peminat bola sepak Kelantan yang akan turun bagi memberi sokongan kepada pasukan Kelantan pada perlawanan akhir nanti. Cuti ini juga dapat mengurangkan tekanan kepada penyokong dan tidak perlu terburu-buru selepas perlawanan untuk pulang ke Kelantan selepas perlawanan akhir itu selesai.

Selain itu, Tan Sri Anuar Musa telah mengumumkan tiket perlawanan Akhir Piala FA akan dijual bermula 20 hb Jun ini di Stadium Sultan Muhammad ke 4. Tiket berharga RM 40. Lekas dapatkan tiket anda untuk memeriahkan dan memenuhkan stadium bagi memberi sokongan kepada The Red Warriors kita.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR