We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, January 7, 2013

BUKAN REZEKI KITA


Saya tidak dapat update pasal perlawanan antara Kelantan FC dalam perebutan Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah pada 5 Januari 2013 yang lalu.



Masih sedih kerana sekali lagi kita gagal untuk merangkul piala ini apabila kita ditewaskan oleh ATM melalui sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan mencatat keputusan 1-1 pada perlawanan sebenar. FAM mengumumkan tiada masa tambahan jika perlawanan berkesudahan dengan seri maka pada perlawanan tersebut, ia telah dilakukan.

Kelantan memecah kebuntuan gol melalui sepakan Indra Putra dan disamakan oleh pertahanan ATM melalui sepakan percuma cantik yang singgah di penjuru kiri gawang Kelantan.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan turun tanpa 2 penjaga gol berbisa. Khairul Fahmi melangsungkan perkahwinan manakal Sharizan dilanda kecederaan. Oleh itu, tanggungjawab tersebut diambil oleh penjaga gol muda, Mohd Syazwan yang bermain dengan cemerlang sekali.

Nasib tidak menyebelahi Kelantan apabila 2 pemain Kelantan yang diamanahkan untuk mengambil tendangan penalti gagal menyempurnakannya. Rizal Fahmi dan Daudsu gagal dalam tugasan tersebut dan dengan kekalahan penalti tersebut, buruan 4 piala berkurangan kepada 3 piala setakat ini. Apa pun, penalti adalah bergantung kepada nasib dan juga kemahiran pemain dan keeper.


Kebanyakkan komen yang saya baca melalui facebook, penonton Kelantan FC amat tidak berpuas hati dengan persembahan pemain import Kelantan, Keita yang dilihat kurang menyengat pada perlawanan tersebut. Saya juga agak meragui akan kemampuan Keita sebagai penyerang Kelantan FC musim ini.

Penyokong juga lebih memilih Petratos untuk menggalas tanggungjawab sebagai penyerang utama ini. Jika kita lihat dari segi pengalaman, sememangnya Petratos akan kalah dengan Kieta tapi kita harus sedar, pemain muda yang diberi pendedahan akan memperolehi pengalaman berbanding pemain pengalaman yang kurat kudratnya.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan FC dilihat tiada pengacau untuk mengucar-kacirkan pertahanan. Jika sebelum ini, kita memiliki Ghaddar yang mampu memecah bahagian pertahanan tapi tidak pada perlawanan tersebut. Kelantan dilihat gagal beraksi dengan baik dan jika perlawanan seperti itu dipamerkan, kita mungkin melalui tugas sukar untuk mengekalkan piala yang dimenangi musim lepas. Petratos mempunyai skill yang boleh mengucarkacirkan pertahanan dan itu akan memberi peluang kepada Indra atau Farhan untuk masuk ke bahagian tengah sebagai penyerang yang pasti akan membuahkan banyak hasil seperti perlawanan persahabatan yang lepas.

Kalah atau menang, sokongan tetap akan diberikan. Kritikan dan luahan membina akan sentiasa saya tuturkan di sini untuk tatapan anda dan semoga kita boleh berkongsi pendapat tentang artikel yang saya tatapkan di sini.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR