We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, January 11, 2013

T-TEAM HALANGAN KEDUA

Zairo dan Faiz akan bersemuka dengan bekas kelabnya musim lalu bagi perlawanan kedua liga super esok.

Pada petang esok (jam 4.45 petang 12/1/2013), Kelantan FC akan berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah untuk perlawanan kedua Liga Super Malaysia bertemu pasukan berstatus kelab Terengganu, T-team.



Pada perlawanan pertama, Kelantan FC berjaya memperoleh 3 mata manakala T-team terpaksa berputih mata apabila kalah kepada Perak hasil jaringan sendiri pemain T-team pada minit-minit akhir masa tambahan perlawanan.

Pertemuan kedua-dua pasukan ini pasti menarik kerana para pemain Kelantan akan bertemu dengan bekas jurulatih mereka suatu ketika dahulu, Peter James Butler atau lebih dikenali dengan Peter Butler. Peter Butler pastinya ingin mengulangi kejayaan menewaskan Kelantan FC ketika menjadi jurulatih Terengganu sebelum dipecat kerana beberapa masalah yang timbul.

Selain itu, bekas pemain T-team yang menjadi pemain Kelantan akan bertemu dengan bekas pasukan mereka nanti. Zairul dan Faiz pasti akan menjadi tumpuan kerana mereka berdua akan berlawan dengan bekas rakan-rakan mereka musim lepas. Diturunkan atau tidak, mereka berdua pasti berasa gembira kerana dapat bertemu rakan-rakan mereka. Mereka berdua juga pasti tahu kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada para pemain pasukan lawan.

Kelantan FC pastinya akan menurunkan pasukan terkuat mereka bagi meneruskan rentak kemenangan dalam liga super musim ini. Pastinya Apek akan menjaga gawang dari dibolosi dan dibantu oleh 4 pertahanan mantap pada perlawanan pertama iaitu Obinna, Nik Shahrul, Daudsu dan Zairul Fitree. Tengah pula pastinya menjadi milik Piya, Farhan, Shakir dan Zairul pasti akan diturunkan. Bahagian hadapan akan dikemudi oleh Haris Safwan dan Keita.

T-team juga amat mengharapkan kemenangan pada perlawanan ini bagi mengutip 3 mata pertama mereka untuk musim ini. Pastinya rombakan pemain akan dilakukan oleh Peter Butler bagi menguatkan pasukan untuk menghalang jentera serangan dan tengah Kelantan.

Para penyokong diharap dapat memberi sokongan yang padu kepada pasukan kebanggaan kita agar berjaya meneruskan rentak kemenangan. Saya juga amat berharap agar penyerang import dan tempatan akan berjaya menjaringkan gol dan seterusnya memberi kemenangan kepada Kelantan Fc.

Saya yakin pasukan kita akan menang perlawanan itu.

Gomo Kelate Gomo

Barisan Kemungkinan:
Apek
Obinna
Daudsu
Zairul Fitree
Nik Shahrul
Piya
Indra
Farhan
Syakir
Haris Safwan
Kieta

Ramalan keputusan
T-team 0-2 Kelantan FC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR