Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, August 28, 2013

SERI DI PAROI-BERADA DI KEDUDUKAN KEDUA KUMPULAN

Ini lah skuad yang diturunkan semalam bertemu Negeri Sembilan FA di Paroi.

1-1.. Itu lah keputusan penuh perlawanan antara Kelantan FA dan Negeri Sembilan FA yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman di Paroi semalam. Gol hasil jaringan Dickson bagi Kelantan FA dan Fabio bagi Negeri Sembilan FA menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata.


Keputusan tersebut meletakkan Kelantan FA yang berkongsi 5 mata dengan Pahang FA yang mencatat 1 kemenangan dan 2 keputusan seri. Perbezaan jaringan meletakkan Pahang FA berada di kedudukan pertama, diikuti Kelantan FA, Negeri Sembilan FA ditempat ketiga dan Terengganu FA di tempat keempat.

Penyokong kedua-dua pasukan sangat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan. Penjaga gol Kelantan FA, Khairul Fahmi Che Mat merupakan individu yang paling disukai ramai penyokong apabila berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti.

Kelantan FA nampaknya sekali lagi mengulangi kesilapan ketika bertemu Pahang FA pada perlawanan pertama dahulu. Mereka mendahului lawan dan tidak mampu menambah jaringan dan akhirnya kubu pertahanan melepaskan 1 gol bagi pihak lawan menyamakan kedudukan.

Ini menunjukkan Kelantan FA mempunyai 2 krisis yang harus diperbaiki sebelum bermulanya saingan kedua peringkat kumpulan Watsons Piala Malaysia 2013 ini. Tidak dapat menambah jaringan dan pertahanan yang mudah ditembusi adalah perkara yang harus ditangani segera. Apa yang dapat diperhatikan, corak permainan Kelantan FA dalam saingan Piala Malaysia 2013 ini agak rumit untuk menjaringkan gol. Mungkin Bojan Hodak boleh melakukan sedikit perubahan yang boleh memberi kesan besar kepada corak permainan Kelantan FA.

Untuk pusingan kedua kumpulan C, Kelantan FA akan menerima kunjungan Negeri Sembilan FA pada 31 Ogos ini dan akan bertandang ke Kuala Terengganu sebelum bertemu Pahang di Kota Bharu untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

6 mata yang diperolehi dalam saingan peringkat kedua nanti sudah pastinya akan melayakkan Kelantan FA bermain di peringkat suku akhir dan akhirnya mempertahankan piala yang dimenangi musim lalu.

Sama-sama kita doakan kejayaan skuad Kelantan FA dan saya pasti Stadium Shah Alam akan menjadi saksi kejuaraan kita nanti.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR