We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, November 27, 2010

BERTEMU JIRAN SEBELAH

Assalamualaikum..

pada catatan kali ini, saya ingin meluahkan rasa gembira saya kepada pasukan negeri kelantan yang telah berjaya menewaskan perlis dengan aggregat 5-2 dan seterusnya melangkah ke separuh akhir piala emas raja-raja 2010..

pada perlawanan yang akan berlangsung pada 30 november ini di stadium Sultan Muhammad ke IV, kelantan akan menerima kunjungan jiran sebelah menyebelah iaitu terengganu darul iman..

semestinya terengganu akan memberikan cabaran yang getir dan kelantan harus bersedia kerana terengganu semestinya boleh menjadi penghalang kepada kelantan untuk melangkah ke perlawanan akhir. sesungguhnya kelantan harus fokus kerana terengganu semestinya akan menurunkan pemain terbaik untuk memalukan kelantan di laman sendiri dan mencari bekalan selesa apabila bermain di tempat sendiri nanti..

kalu ditengok pada rekod, prestasi kelantan di dalam kejohanan ini agak memberangsangkan dengan 12 kejuaraan sebelum ini dan itu merupakan rekod yang boleh dibanggakan oleh pasukan kelantan dan rakyat kelantan..

sama-samala kita mendoakan kejayaan kelantan pada kejohanan kali ini dan seterusnya berjaya merangkul kejuaraan yang ke13..

gomo kelate gomo.

sekian

TUJUH

Assalamualaikum..

semalam manchester united bertemu dengan pasukan yang digelar the riversides, blackburn rovers di stadium theather of dream dengan kemenangan berpihak kepada man.united 7-1. itulah sebabnya saya memilih tajuk tujuh untuk bingkisan pada kali ini..

Monday, November 22, 2010

SELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

Assalamualaikum..

pada hari sabtu yang lalu, kelantan telah mengalahkan perlis dengan jaringan 3-0 pada suku akhir pertama piala emas raja-raja di stadium Sultan Muhammad di kota bharu. dengan kemenangan besar ini, kelantan telah meletakkan sebelah kaki untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan tersebut..

kelantan telah mengecapi kejuaraan ini sebanyak 13 kali dan merupakan pasukan pilihan untuk memenangi piala ini.

pada hari jumaat ini 26 nov. kelantan akan berkunjung ke stadium utama di kangar untuk pertarungan kedua peringkat suku akhir..

harapan saya agar semua pemain akan memberi tumpuan penuh dan sentiasa bijak dalam membuat serangan dan kental mempertahankan benteng dari dirobek lawan yang telah menjuarai piala ini pada tahun lepas..

semoga kelantan akan berjaya membolot piala tersebut bagi menambah koleksi piala yang diperolehi oleh pasukan kelantan pada tahun ini..

gomo kelate gomo

sekian

BELUM KALAH

Assalamualaikum...

lama saya tak luahkan pendapat mengenai dua pasukan yang saya minati iaitu manchester united dan juga pasukan negeri saya iaitu kelantan. pada post kali ini saya memilih tajuk 'belum kalah' yang ditujukan untuk pasukan manchester united yang masih belum kalah dalam 14 perlawanan dan ini merupakan rekod yang baik untuk manchester united..

Tuesday, November 2, 2010

KEPUTUSAN KUMPULAN C UCL 2010

BURSASPOR 0 MANCHESTER UNITED 3
VALENCIA 3 GLASGOW RANGERS 0

KEDUDUKAN KUMPULAN C
1. MANCHESTER UNITED 10 MATA
2. VALENCIA 7 MATA
3. GLASGOW RANGERS 5 MATA
4. BURSASPOR 0 MATA

REKOD BERSIH 10 PERLAWANAN

Assalamualaikum..

2-0, itulah keputusan yang dimenangi oleh manchester united ketika bertemu tottenham di old trafford. dengan kemenangan itu, manchester united telah merekodkan 10 perlawanan tanpa kalah dan the red devils juga adalah pasukan yang tidak pernah kalah 10 perlawanan ini..

SEJARAH TERCIPTA

Assalamualaikum..

kelantan telah mencipta sejarah apabila memenangi piala malaysia buat kali pertama dalam tempoh 89 tahun selepas piala malaysia ini diwujudkan..

kejayaan menewaskan negeri sembilan 2-1 di stadium bukit jalil sememangnya amat mambanggakan kerana dendam pada kejuaraan tahun lepas telah terbalas..

pada perlawanan tersebut, kelantan bermain agak kelam-kabut pad 20 minit pertama sehingga dihukum oleh s. kunalan apabila dijatuhkan oleh penjaga gol kelantan dalam kotak penalti dan penalti yang diberikan telah disempurnakan oleh shahrunain.

gol penyamaan kelantan telah dihadiahkan oleh hairuddin omar dan gol kemenangan kelantan dihadiahkan oleh badri radzi atau dikenali dengan gelaran pia..

dengan kemenangan piala malaysia itu, kelantan telah meletakkan namanya seiring dangan negeri lain yang telah memenangi kejuaraan tersebut..

selepas ini, negeri lain takkan lagi memandang randah kemampuan negeri cik siti wan kembang ini..

tahniah buat semua pengurusan pasukan kelantan fc, pemain, dan penyokong kelantan dan seterusnya rakyat kelantan kerana berjaya mengecapi kemenangan menjulang piala malaysia..

hadiah kemenangan ini buat Duli Yang Teramat Mulia Sultan Kelantan ke V dan juga meneteri besar yang banyak memberi sokongan kepada rakyat dan juga pasukan kelantan fc..

gomo kelate gomo

sekian

Tuesday, October 26, 2010

FAM AKUR DESAKAN PENYOKONG

Assalamualaikum..

pasukan kelantan mendapat khabar gembira apabila ketua jurulatih kelantan, b. sathianathan akan berada dengan pasukan ketika kelantan akan bertarung dengan negeri sembilan apabila hukuman penggantungan telah ditangguhkan pada waktu yang belum dimaklumkan..

berita ini sangat menggembirakan kerana ini akan menguatkan lagi pasukan kelantan dan seharusnya pemain menggunakan peluang ini dengan menghadiahkan piala malaysia kepada sathianathan yang masih lagi ingin mnejawat jawatan tersebut walau pun pernah digembar-gemburkan akan meletak jawatan tetapi beliau memilih untuk kekal dan setrusnya membantu kelantan melangkah ke final paiala malaysia buat kali kedua berturut-turut..

ini menunjukkan bahawa sathia masih seorang jurulatih yang berbisa dan fam seharusnya menilai balik sumbangan yang pernah diberikan oelh beliau sebelum membuat keputusan yang boleh menghancurkan kriernyer sebagai seorang jurulatih..

mengikut rekod, sathia telah melatih pasukan kebangsaan selama beberapa bulan dan telah mengecapi beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan..

jadi, diharap pemain kelantan akan berlatih bersungguh-sungguh dan sentiasa fokus dari segi mental dan fizikal agar kejadian di kedah tidak akan berlaku di stadium bukit jalil..

semoga pemain kelantan akan berjaya mengharumkan nama negeri kelantan dengan membawa pulang piala malaysia dan meletakkan nama negeri kelantan sebaris dengan negeri-negeri yang lain..

gomo kelate gomo..

sekian.

Monday, October 25, 2010

PIALA CARLING PUSINGAN KETIGA

KEMENANGAN PERTAMA

Assalamualaikum..

semalam pasukan the red devils telah mencatat kemenangan yang pertama. bukan kemengan pertama dalam liga sebaliknya kemenangan pertama di gelanggang lawan untuk permulaan musim ini..

KELANTAN TANPA JURULATIH

Assalamualaikum..

'naik tangga tapi tangga pulak patah'. itulah realiti pasukan kelantan sekarang..

ketika pasukan yang berada di tahap terbaik untuk membawa pulang piala malaysia,pasukan kelantan telah dikejutkan dengan penggantungan ketua jurulatih kelantan, b. sathianathan selama enam bulan bermula pada 23 hb yang lalu..

penggantungan ini berpunca daripada ulasan atau kritikan sathia tentang perlawanan antara perlis dengan terengganu yang terpaksa dilangsungkan di terengganu, sedangkan ketika itu pasukan perlis adalah tuan rumah bagi perlawanan tersebut. ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi seorang jurulatih kerana ia hanya meluahkan pandangan yang diberikan oleh wartawan yang tidak mengetahui kerana soalan tersebut, seorang jurulatih boleh digantung perlawanan..

sebenarnya persatuan bola sepak malaysia (fam) hanya menjadikan isu tersebut untuk melemahkan pasukan kelantan dan menutup kelemahan fam yang jelas terpampang.

cuba kita fikirkan dengan betul. kenapa fam memilih stadium terengganu, iaitu stadium lawan untuk dijadikan stadium tuan rumah sedangkan yang dilawan itu adalah pasukan negeri stadium tersebut dan semestinya penyokong pasukan lawan akan melebihi pasukan perlis. adakah fam terlepas pandang perkara seperti ini. kenapa tidak memilih stadium yang berdekatan dengan negeri perlis. contohnya stadium darul aman ke, stadium ipoh ker..

ini menunjukkan fam berat sebelah kepada pasukan negeri dan pasukan yang paling tidak disukai oelh fam ialah pasukan kelantan. pada tahun ini dan tahun lepas, hampir setengah juta kelantan telah didenda dan kita tau sememmangnya itu adalah kesilapan kita tapi pihak fam perlu sedar, pasukan bola sepak yang berada di malaysia bukannya mempunyai pendapatan seperti kelab liga perdana inggeris. kalau diperhatikan, penyokong pasukan negeri lain pun ada melakukan kesilapan tetapi denda yang dikenakan amatlah sedikit..

jadi saya berharap fam akan lebih menitikberatkan hal yang sangat sensitif ini tatkala kelantan sangat memerlukan khidmat sathia bagi menjana pasukan kelantan untuk merampas piala malaysia dari pasukan negeri sembilan..

semoga fam akan mendengar protes-protes dan bantahan yang dilakukan oleh pasukan kelantan dan menangguhkan keputusan tersebut pada waktu yang sesuai. saya bukan nak memandai-mandai dalam hal ini tapi saya berharap berilah sedikit belas kasihan kepada pasukan kelantan supaya imipian rakyat dan seluruh pemimpin kelantan akan tercapai pada tahun ini..

semoga semangat pemain kelantan tidak luntur walaupun dibelenggu masalah sebegini dan sebaliknya makin bersemangat untuk membawa pulang piala malaysia..

gomo kelate gomo..

sekian..

FINAL ULANGAN 2009

Assalamualaikum..

berjumpa lagi dalam blog gomomerahgomo.blogspot.com. untuk coretan kali ini saya memilih tajuk 'final ulangan 2009'. kenapa saya memilih tajuk ini? mesti ramai yang telah mengetahuinya..

saya memilih tajuk ini adalah kerana pasukan the red warrior akan sekali lagi bertarung dengan pasukan negeri sembilan di peringkat akhir piala malaysia 2010. kedua-dua pasukan ini pernah bertarung di peringkat yang sama pada tahun lepas dan perlawanan itu dimenangi oleh pasukan negeri sembilan dengan jaringan 3-1..

kemunculan pasukan kelantan pada peringkat akhir untuk kali ini adalah memang tidak dijangka oleh banyak pihak. ini kerana pada perlawanan peringkat kumpulan piala malaysia, pasukan kelantan telah mengalami kekalahan di tangan pasukan negeri sembilan, menang ke atas selangor pkns fc dan seri dengan kl plus fc.

tetapi berkat sokongan peminat yang berterusan, semangat kental pemain, kebijaksanaan jurulatih dan keprihatinan pengurusan telah melonjakkan kembali pasukan kelantan dan dengan bergaya telah berjaya menyingkirkan selangor diperingkat suku akhir untuk bertemu kedah di peringkat separuh akhir dan dengan kegigihan pemain, pasukan kelantan berjaya sekali lagi bermain di pentas final buat kali kedua berturut-turut..

jadi kelantan harus menggunakan peluang ini dengan sebaiknya supaya kelantan akan berjaya membawa pulang piala malaysia pada tahun ini dengan membalas dendam ke atas negeri sembilan yang sangat liat untuk dikalahkan..

sebagai peminat setia kelantan, saya benar-benar berharap kelantan akan dapat melunaskan hutang yang amat penting untuk dibayar oleh semua pemain kelantan dan seterusnya membawa pulang piala malaysia untuk rakyat kelantan, pemimpin besar kelantan dan juga paling penting hadiah untuk sultan kelantan yang baru..

saya berharap semua pihak akan mendoakan kejayaan kelantan dan sentiasa menyokong kelantan pada setiap masa..

gomo kelate gomo..

sekian..

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 2010

KELANTAN 1 KEDAH 0 (AGREGAT 1-0)
JOHOR FC 0 NEGERI SEMBILAN 2 (AGREGAT 1-2)

FINAL
KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN

Wednesday, October 20, 2010

MALAM SERI PAGI MENANG

Assalamualaikum..

tajuk yang dipilih adalah untuk menggambarkan dua keputusan yang diperolehi oleh dua pasukan untama kita iaitu kelantan dan manchester united..

semalam, pasukan kelantan mengharungi perlawanan di stadium darul aman dengan baik dan bijak tetapi terpaksa berhempas pulas untuk seri 0-0 dengan pasukan tuan rumah, kedah apabila kecederaan melanda seawal 15 minit pertama..

pertahanan kental kelantan iaitu azizi mat ros dikeluarkan dan diganti dengan subramaniam. kemudian subra pula mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan dan diganti dengan daudsu. jadi semalam kelantan menempuh 75 minit permainan tanpa pemain gantian dan ini tidak menjadi masalah apabila kelantan berjaya mengikat kedah dengan keputusan tersebut..

apa yang jelas semalam, kelantan lebih mendominasi permainan dengan melancarkan serangan ke gawang kedah. kelebihan cubaan ke arah gol, penguasaan bola melebihi kedah, ini menunjukkan kelantan sememangnya pasukan yang akan menjadi juara untuk tahun ini..

semoga di kelantan nanti, kelantan akan dapat mengulangi kejayaan menundukkan selangor ke atas kedah dan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut..

lain pula keputusan yang diperolehi oleh manchester united di old trafford apabila berjaya menundukkan pendatang baru uefa champions league dari turki iaitu bursaspor dengan jaringan 1-0 yang dijaringkan oleh pemain sayap portugal,nani pada awal perlawanan..

nampaknya manchester united masih belum dapat mencari penyelesaian bagi menyelesaikan masalah jaringan gol ini. adakah manchester telah kekurangan pemain yang berbisa.

pada perlawanan tersebut, sir alex meletakkan macheda berseorangan didepan dengan dibantu oleh pemain tengan iaitu park, nani , fletcher dan juga carrick..

banyak peluang yang diperolehi tetapi tidak dapat diterjemahkan dengan jaringan kerana mungkin kawalan pertahanan yang kental yang ditunjukkan oleh pemain dari turki ini..

dengan keputusan tersebut, manchester united mendahului kumpulan dengan 7 mata mengatasi dua pasukan iaitu rangers dan valencia yang seri 1-1 dengan perbezaan 3 mata. ini adalah peluang terbaik untuk manchester united melangkah ke pusiangan seterusnya dengan memenangi perlawanan timbal balik nanti yang akan diadakan bermula 2 minggu lagi..

semoga kedua-dua pasukan merah kita ini akan terus menang di dalam setiap perlawanan yang dihadapi dan berjaya menjulang piala yang dipertandingkan..

sama-sama kita nantikan kejayaan pasukan merah kita..

gomo kelate gomo, we are united..

sekian

Tuesday, October 19, 2010

Monday, October 18, 2010

TAHNIAH BUAT KELANTAN

Assalamualaikum..

bertemu kembali dalam blog gomomerahgomo.blogspot.com. hari ini saya memilih tajuk tahniah buat kelantan kerana ucapan ini saya tujukan buat pasukan kelantan, pemain kelantan, pentadbir kelantan dan seterusnya rakyat kelantan kerana buat kali kedua kita telah berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir piala malaysia. lebih manis, kita telah melangkah ke separuh akhir dengan menundukkan gergasi merah kuning dengan keputusan besar 3-0..

keputusan tersebut sememangnya layak untuk kelantan kerana permainan kelantan pada malam tersebut amat mengagumkan. corak permainan yang mudah dengan menggunakan hantaran pendek telah berjaya membolosi pertahanan kental selangor..

selain itu, kita juga harus berterima kasih kepada jurulatih kelantan, b. sathianathan yang telah berjaya melatih pemain dan menerapkan taktikal baru yang amat bersesuaian dengan corak permainan kelantan..

kita juga harus mengucapkan terima kasih kepada pemain kelantan yang menunjukkan semngat kental yang tinggi setaraf dengan gelaran mereka 'the red warrior'. punca kemenangan semalam diaplikasikan oleh 3 jaringan pemain kelantan iaitu norfarhan, akmal rizal dan badri radzi..

tetapi ada sesetengah dari peminat kelantan sebenarnya tidak sayangkan pasukan kelantan. mereka membuat kacau di stadium lawan dan ini menyebabkan persatuan bola sepak kelantan akan dipersalahkan. adakah pasukan kelantan akan terus berjaya jika peminat tidak menerapkan nilai murni dalam diri mereka. mereka harus fikirkan kepada masa depan pasukan kelantan. apabila berlaku kesalahan yang dilakukan oleh peminat, persatuan yang harus menanggung kesalahan tersebut dan ini akan merugikan pasukan seterusnya mungkin boleh menyebabkan kerugian kepada pasukan..

jadi saya sebagai peminat setia pasukan kelantan, amat berharap kepada peminat lain agar cuba bersabar dan tunjukkan contoh yang baik kepada peminat pasukan lain bahawa penyokong pasukan kelantan adalah yang terbaik..

semoga kelantan akan terus berjaya di dalam perjuangan merampas kejuaraan piala malaysia dari negeri sembilan.

gomo kelate gomo

sekian..

Wednesday, October 6, 2010

KELANTAN MENGAGUMKAN

Assalamualaikum..

pada pukul 10.40 malam di stadium Muhammada IV, kelantan telah membelasah pasukan berstatus kelab iaitu selangor pkns fc dengan 4 gol tanpa balas. gol-gol tersebut telah dijaringkan oleh farisham, akmal rizal, badri dan juga ketua pasukan kelantan, indra putra..

kemenangan ini semestinya amat penting bagi pasukan kelantan dan juga peminat kelantan bagi meneruskan perjuangan kelantan dalam merebut piala malaysia..

kelantan yang dibarisi oleh pemain yang berbakat dan berpengalaman telah menunjukkan peningkatan dari segi permainan dan juga kekuatan mental yang tinggi. sememangnya pemain kelantan sekarang ini berada dalam tekanan bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir..

dengan ini hanya kl plus fc yang akan menjadi lawan terakhir kelantan dan kelantan harus konsisten sekiranya ingin meneruskan langkah kanan ke peringkat seterusnya..

kelantan akan bertandang ke stadium petaling jaya bertemu pasukan tuan rumah yang kalah kepada negeri sembilan dengan jaringan 2-1..

semestinya, kl plus fc akan bermain tanpa tekanan kerana telah tersingkir dari piala malaysia dan akan bermain dengan semangat yang kuat untuk memungut mata bagi mengubat kekecewaan tersebut..

oleh itu pasukan kelantan haruslah berhati-hati dan sentiasa fokus pada perlawanan terakhir tersebut dan seterusnya layak ke peringkat suku akhir..

saya mendoakan kejayaan kelantan dan berharap peminat akan terus menyokong kelantan..

gomo kelate gomo

Tuesday, October 5, 2010

KELANTAN HARUS BANGKIT

Assalamualaikum..

Keputusan seri yang dicatatkan di Paroi boleh dibanggakan tetapi kelantan harus bangkit dengan segera supaya impian untuk menjulang piala malaysia tidak terkubuur..

kelantan harus mencari teknik yang sesuai dengan pasukan kelantan sekarang. adakah kelantan harus mengamalkan teknik menyerang atau menggunakan teknik counter attack..

disamping itu, jurulatih juga harus memikirkan taktikal yang sesuai bagi pemain-pemain yang dimilikinya. seelok-eloknya, cuba lihat taktikal pasukan-pasukan eropah seperti barcelona dan manchester united atau pun musuh manchester united iaitu chelsea. pasukan ini menggunakan taktikal yang mudah bagi saya..

selain itu, pertahanan kelantan dilihat mudah dibocori dari bahagian kanan yang dikawal oleh daudsu dan kelihatan pemain ini agak kurang kemas permainannya sejak akhir2 ini. tidak seperti ketika liga super, daudsu memainkan peranan yang sangat penting apabila dapat membantu menguatkan bahagian serangan..

jika kelantan ingin menggapai piala malaysia buat kali pertama, kelantan mesti memenangi perlawanan malam esok dan perlu menewaskan kl plus pada perlawanan terakhir..

apa yang pasti hanya kemenangan yang akan dapat membantu kelantan buat masa ini..

siapa lawan di suku akhir tidak perlu dirisaukan walaupun ada mengatakan mungkin selangor yang menanti di sana..

ape yang penting sekarang ialah melepasi halangan peringkat kumpulan ini dan seterusnya barulah kita memikirkan tentang lawan di suku akhir..

saya peminat kelantan akan terus berdoa bagi kejayaan pasukan kelantan..

gomo kelate gomo

sekian.

PEMAIN TERBAIK BULAN SEPTEMBER


Assalamualaikum..

Pemain terbaik bulan september bagi pasukan manchester united ialah dimitar barbetov. dia telah dipilih oleh peminat-peminat yang mengundi melalui laman web rasmi manchester united..

sememangnya dia adalah pemain terbaik kerana dia telah berjaya meledakkan hatrik ketika menewaskan liverpool di old traford..

KELANTAN LWN SELANGOR PKNS FC

Sunday, October 3, 2010

KEPUTUSAN KUMPULAN A PIALA MALAYSIA 3 OKTOBER 2010

NEGERI SEMBILAN 2 KELANTAN 2
SELANGOR PKNS FC 3 KL PLUS 2

KEDUDUKAN KUMPULAN
NEGERI SEMBILAN 8 MATA
SELANGOR PKNS FC 6 MATA
KELANTAN 5 MATA
KL PLUS FC 2MATA

NASIB BAIK

Assalamualaikum..

Itu lah keadaan yang berlaku kepada team kelantan semalam. 2 gol dalam masa 2 minit telah menyelamatkan kelantan dari kehilangan 3 mata dan mengalami kekalahan kedua kepada pasukan negeri sembilan semalam..

seharusnya semua pihak berterima kasih kepada 2 pemain yang telah menjaringkan gol penyamaan kelantan iaitu akmal rizal dan zairul fitree..

nampaknya pertahanan kelantan sekali lagi melakukan kesilapan yang boleh mengundang kekalahan kelantan dan pada perlawanan semalam juga, b sathianathan terpaksa menurunkan pemain yang baru pulang dari vietnam iaitu nor shahrul dan fahmi..

tapi saya sangat gembira semalam kerana kelantan telah kembali kepada permainan hantaran pendek.

dengan keputusan seri itu, kelantan masih berpeluang untuk ke peringkat suku akhir dan perlu menewaskan dua lawan yang seterusnya iaitu kl plus fc dan selangor pkns fc..

saya doakan kelantan akan berjaya..

gomo kelate gomo..

sekian

KELANTAN HARUS MENANG

Assalamualaikum..

pada tepat jam 8.45 malam ini, kelantan akan turun bertarung dengan pasukan negeri sembilan di stadium lawan untuk memungut tiga mata penting..

hanya kemenangan yang akan dapat menjamin kedudukan kelantan untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya dalam kejohanan piala malaysia ini..

ketua jurulatih kelantan yakin pasukan kelantan akan memenangi perlawanan ini dan beliau belum tentu lagi akan menurunkan dua tonggak kelantan iaitu norshahrul dan khairul fahmi yang baru pulang dari perlawanan antarabangsa..

pada hemat saya, seelok-eloknya b. sthianathan tidak harus menurunkan pemain tersebut. ini boleh menyebabkan mereka dilanda kecederaan..

apa pun saya berharap kelantan akan terus mencari tonik yang sesuai untuk muncul pemenang dalam perlawanan itu nanti..

akhir kata gomo kelate gomo

sekian

KURANG MENYENGAT

Assalamualaikum..

itula tajuk yang saya tujukan buat pasukan the red devils. mereka kelihatan buntu untuk menjaringkan gol walaupun gandingan baru yang diterapkan..

Thursday, September 30, 2010

THE BLACK CAT VS THE RED DEVILS

Assalamualaikum..
Pada hari sabtu ini, pasukan manchester united akan berkunjung ke stadium of lights untuk menentang pasukan sunderland..

PERLAWANAN PIALA MALAYSIA PUSINGAN KEDUA PERINGKAT KUMPULAN A

PENGURUSAN KELANTAN TIDAK BERGOLAK

Assalamualaikum..

Ada desas-desus mengatakan prestasi hambar pasukan kelantan sekarang ini adalah disebabkan oleh masalah dalaman dalam pasukan kelantan.

kenyataan itu disangkal oleh pengurus pasukan the red warriors sendiri, azman ibrahim. beliau berkata prestasi hambar yang menyelubungi kelantan sekarang ini adalah kerana kurang kekuatan mental di kalangan pemain..

jadi ini juga menunjukkan jurulatih kelantan, b. sthianathan tidak harus dipersalahkan dan seelok-eloknya peminat memberi sokongan dan dorongan kepada pasukan, bukan mengeluarkan kenyataan yang boleh memusnahkan harapan peminat dan rakyat kelantan untuk menyaksikan kejayaan kelantan membawa pulang piala malaysia..

kelantan akan berkunjung ke stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi pada 3 oktober ini dan kita sebagai peminat dan penyokong kelantan seharusnya mendoakan kejayaan kelantan dan berharap agar pemain kelantan akan memberikan persembahan yang menarik dan corak permainan yang akan mengalah pasukan hobin jang hobin itu..

sekian..

KEPUTUSAN KUMPULAN C UCL 29 SEPTEMBER 2010

VALENCIA 0 MANCHESTER UNITED 1
RANGER 1 BURSASPOR 0

KEDUDUKAN KUMPULAN SELEPAS 2 PERLAWANAN
1. MANCHESTER UNITED 4 MATA
2. RANGERS 4 MATA
3. VALENCIA 3 MATA
4. BURSASPOR 0 MATA

VALENCIA 0-1 MANCHESTER UNITED


assalamualaikum..

pasukan the red devils telah menumpaskan pasukan tuan rumah yang digelar los che iaitu valencia dengan jaringan 1 gol tanpa balas. jaringan tersebut hadir pada minit 85 menerusi pemain gantian dari mexico, hernandez atau lebih dikenali dengan gelaran chicarito..

Wednesday, September 29, 2010

KESEBELASAN UTAMA BERTEMU VALENCIA

assalamualaikum..

siapakah yang akan membarisi kesebelasan utama pasukan manchester united bertemu dengan valencia awal pagi nanti..

ini kesebelasan utama manchester united pilihan saya
1.van der sar - penjaga gol
2.evra - pertahanan kiri
3.vidic - pertahanan tengah
4.rio ferdinand - pertahanan tengah
5.john o'shea - pertahanan kanan
6.nani - sayap kanan
7.fletcher - pemain tengah
8.owen hargreaves - pemain tengah
9.park jee sung - sayap kiri
10.michelle owen - penyerang
11.barbetov - penyerang

sekian

KELANTAN HILANG DUA TONGGAK PENTING

assalamualaikum..
berita agak kurang menyenangkan bagi penyokong pasukan kelantan..
dua tonggak utama kelantan, nor shahrul idlan dan khairul fahmi tidak dapat diturunkan kerana sedang berbakti kepada pasukan kebangsaan di vietnam..

ini adalah satu tamparan buat pasukan kelantan yang ingin memungut tiga mata di laman lawan yang mana ini ia adalah perlawanan penting..

walaupun kelantan mempunyai seorang lagi penjaga gol kebangsaan iaitu syed adney, tetapi penjaga gol ini kurang diminati oleh peminat. ini kerana penjaga gol ini sering kali melakukan kesilapan yang besar..

apa pun, saya berharap siapa pun penjaga gol pada perlawanan tersebut, saya minta agar jangan melakukan kesilapan. ini kerana jika kelantan menang perlawanan tersebut, semestinya semangat pemain dan penyokong akan lebih kuat..

semoga kelantan akan berjaya memenangi perlawanan ahad ini nanti dan diharap pemain akan lebih berhati-hati dan akan meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan jaringan gol..

gomo kelate gomo
sekian

B. SATHIANATHAN MASIH DIPERLUKAN

assalamualaikum..
saya baru terbaca dalam satu blog yang menyentuh tentang jurulatih kelantan sekarang iaitu b. sathianathan..

mengikut blog tersebut, b. sathianathan telah dikritik oleh peminat dan ade sesetengah peminat yang meminta agar kudrat jurulatih ini dihentikan..

tetapi pengurus pasukan kelantan,azman ibrahim berkata khidmat b. sathianathan masih diperlukan oleh pasukan kelantan..

saya setuju dengan kata-kata pengurus kelantan tersebut. jika kelantan menukar jurulatih ketika keadaan kelantan masih tidak kosisten, ini boleh menyebabkan prestasi kelantan akan jatuh..

ape yang diperlukan oleh pasukan kelantan sekarang ini adalah penumpuan dalam setiap perlawanan..seelok-eloknya pemain kelantan diberikan motivasi agar pemain akan bermain dengan lebih baik serta keadaan mental yang baik..

cuba kita imbas kembali perlawanan ketika menentang kl plus fc di kota bharu yang lepas. oleh kerana kurang kekuatan dari segi mental, pemain mudah leka dengan kelebihan gol yang dijaringkan dan apabila pasukan lawan berjaya merapatkan kedudukan jaringan, mental pemain akan terganggu dan ini akan menyebabkan pemain hilang fokus dan membolehkan pihak lawan menjaringkan gol dalam tempoh masa yang singkat..

jadi pada pendapat saya, pihak pengurusan kelantan seharusnya dapat menilai prestasi pemain dan akan cuba untuk membantu meningkatkan balik mutu permainan kelantan yang agak kurang menarik buat masa ini..

diharap, pemain akan dapat membawa pulang tiga mata ketika berkunjung ke stadium paroi pada hari ahada ini dan akan memenangi kesemua perlawanan yang akan di tempuhi selepas ini..

saya sebagai peminat kelantan akan terus memberi sokongan kepada pasukan the red warriors ini..

gomo kelate gomo
sekian

Tuesday, September 28, 2010

JUMPA WOLVES DI PUSINGAN KEEMPAT PIALA CARLING CUP

manchester united telah diundi untuk bertemu dengan pasukan yang digelar wolves iaitu wolverhampton wanderers pada 25 oktober ini..

PEMAIN CEDERA DAN PEMAIN PULIH DARI KECEDERAAN
















pemain cedera:
pasukan manchester united diselebungi kecederaan dan yang terbaru ialah rooney dan ryan giggs. kedua-dua pemain tersebut mengalami kecederaan ketika manchester united seri dengan bolton di stadium reebok pada perlawanan liga inggeris yang lepas..

MANCHESTER UNITED BERTANDANG KE SEPANYOL


bagi perlawanan kedua ucl kumpulan c, pasukan the red devils akan bertemu dengan pasukan dari sepanyol, valencia..

perlawanan ini amat rumit bagi manchester united kerana pasukan lawan adalah pendahulu liga sepanyol dan pasukan valencia telah mencatatkan kemenangan dalam liga domestik dengan mengalahkan sporting gijon 2-0 manakala manchester united pula hanya mampu seri dengan bolton..

Monday, September 27, 2010

SEKADAR SERI

assalamualaikum
2-2 itulah keputusan yang dicapai oleh manchester united ketika bertandang ke reebok stadium semalam menentang pasukan tuan rumah, bolton wanderes..

Sunday, September 26, 2010

BERTEMU BOLTON DI TEMPAT LAWAN

tepat pukul 7 malam ini, pasukan manchester united akan bertandang ke stadium reebok untuk bertemu pasukan tuan rumah iaitu bolton wanderes..

Friday, September 24, 2010

KEPUTUSE PUSINGE PERTAMO PIALA MALAYSIA

PUSINGE PERTAMO 2010
KELANTAN 0 NEGERI SEMBILAN 1
SELANGOR PKNS 0 KELANTAN 1
KELANTAN 3 KL PLUS FC 3

PUSINGE PERTAMO 2009
PULAU PINANG 1 KELANTAN 2
KELANTAN 1 KEDAH 0
ATM 1 KELANTAN 2

RUMUSE PUSINGE PERTAMO PIALA MALAYSIA

pado 20 hb september 2010, tamat la pusinge pertamo sainge liga malaysia musim 2010 di mano kito menyaksike keputuse ye mengejutke..

pasuke the red warrior masih berado dale keadae kure seleso sebab hanye mene sekali, kaloh sekali de seri sekali. ini menunjukke kelate berada pado tahap ye tak leh peminot nok banggo sangat..

kalu musim lepas, kelate menunjukke prestasi ye menakjubke pado pusinge pertamo liga malaysia. kelate yang diletakke bersama kedah, pulau pine de ATM telah memenangi kesemua perlawane pado pusinge pertamo tapi pado pusinge kali ini amat tidak membanggoke..

apokah punco ye menyebabke perkara begini boleh berlaku sedangke pada sainge liga super, kelate telah menunjukkan prestasi ye sangat memukau sehinggo ke ado pengkritik suke meramal ke kelate ake jadi juara liga super..

seesungguhnyo pihak penguruse keno ambik berat hal ni de kajie perlu dilakuke supayo kelate ake berjaya membawok pule liga malaysia buat kali pertamo ke negeri cik siti we kembe ni. lamo doh peminot nok tengok pialo tu dok kat negeri kito..

jadi sayo sebagai peminat pasuke merah putih kito ni benar-benar berharap pasuke kito ake berjayo tahun ni..

wassalm

Thursday, September 23, 2010

KEPUTUSAN CARLING CUP PUSINGAN KETIGA

Scunthorpe United 2
19' JOSH WRIGHT
90' MARTIN WOOLFORD

Manchester United 5
23′ Darron Gibson
36′ Chris Smalling
49′ Michael Owen
54′ Ji-Sung Park
71′ Michael Owen

KEPUTUSAN KUMPULAN A PIALA MALAYSIA 20 SEPTEMBER 2010

KELANTAN 3 KL PLUS FC 3
NEGERI SEMBILAN 2 SELANGOR PKNS FC 3

KEDUDUKAN KUMPULAN A
1. NEGERI SEMBILAN 7 MATA
2. KELANTAN 4 MATA
3. SELANGOR PKNS FC 3 MATA
4. KL PLUS FC 2 MATA

Monday, September 20, 2010

EMM SERI LA PULAK

sedih bila melihat kepada laporan akhbar hari ini. sememangnya kelantan tidak berada di tahap yang sebenar apabila hanya mampu seri 3-3 dengan kl plus fc walaupun telah mendahului pada suatu ketika..

ini menunjukkan pertahanan kelantan tidak sekental ketika piala liga super yang dulu. betul jugak laporan tersebut sebabnya ketika 4 minit terakhir, pertahanan kelantan telah melepaskan 2 gol.. itu menunjukkan kelalaian pertahanan yang membinasakan impian kelantan untuk mencabar kedudukan negeri sembilan yang telah jauh dihadapan kerana telah berjaya mengalahkan lawannya.

seharusnya pemain harus sentiasa fokus terutama ketika telah mendahului pihak lawan kerana semestinya pihak lawan akan berusaha untuk mencari gol bagi menyamakan kedudukan atau pun untuk menjaringkan gol kemenangan..

apa pun saya berharap pasukan kelantan akan lebih berwaspada selepas ini dan saya merayu kepada pemain kelantan, tolong la jangan hampakan harapan dan impian kami untuk melihat pasukan kelantan menjulang piala berprestij itu..

saya akan terus berdoa agar pasukan kelantan akan terus berjaya pada perlawanan yang akan datang..

JERSI TERBARU PASUKAN MANCHESTER UNITED

Semalam, pasukan manchester united telah melancarkan jersi terbaru pasukan untuk perlawanan di tempat lawan..

Sunday, September 19, 2010

HARAPAN PEMINAT & PASUKAN KELANTAN

tepat pukul 8.45 mlm ini, pasukan the red warrior akan bertarung dengan pasukan yang digelar highway warrior iaitu pasukan kl plus di stadium sultan muhammad iv..

perlawanan ini amat penting kerana jika kelantan menang, pasukan akan berada di tangga teratas dan mengharapkan negeri sembilan tewas kepada atau seri kepada pasukan selangor pkns fc..

sekarang ini semangat pemain kelantan berada di tahap terbaik kerana telah berjaya menundukkan pasukan selangor pkns dengan jaringan 1-0 di stadium petaling jaya hasil jaringan akmal rizal pada minit ke 73..

peminat semestinya akan memenuhi stadium pada malam ini untuk memberi sokongan kepada pasukan kelantan agar pemain kelantan akan lebih bersemangat..

peminat juga berharap agar corak permainan kelantan pada malam ini lebih menarik dan diharap pasukan kelantan akan menggunakan teknik hantaran pendek supaya pasukan lawan tidak dapat menguasai bola dengan baik..

sama-sama la kita berdoa agar pasukan kelantan akan berjaya mendapat 3 mata berharga pada malam ini dan saya juga berharap agar pasukan kelantan dapat menjaringkan gol yang banyak supaya dapat menghiburkan peminat yang memenuhi stdium..sekian

KEMENANGAN PSIKOLOGI BUAT MANCHESTER UNITED

semalam adalah saat yang paling indah buat peminat dan penyokong pasukan the red devils apabila mereka telah berjaya mengalahkan musuh tradisi iaitu liverpool..

Friday, September 17, 2010

KEMENANGAN PENTING

perlawanan kedua bagi piala malaysia telah berlangsung pada malam ini dan kelantan telah mendapat kemenangan pertama pada malam ini dengan menewaskan selangor pkns fc dengan jaringan 1 gol tanpa balas..

perlawanan yang dilangsungkan di stadium petaling jaya itu amat bermakna kerana kemenangan tersebut akan mengubat kekalahan pada perlawanan pertama menentang negeri sembilan pada 3 hari yang lepas..

sememangnya kelantan telah menemui rentak kemenangan tapi dengan hanya 1 gol yang dapat dijaringkan, itu mungkin merisaukan peminat dan juga jurulatih sendiri..

apakah yang berlaku kepada penyerang pasukan kelantan..adakah kerana rehat yang panjang telah menyebabkan mereka kurang berbisa pada permulaan piala malaysia ini..

sesungguhnya ini amat membimbangkan jika pemain tidak cergas untuk baki perlawanan yang seterusnya kerana kemenangan amat penting bagi melayakkan kelantan ke peringkat suku akhir piala malaysia..

semua peminat semestinya mengharapkan kelantan akan mengulangi kejayaan musim lalu iaitu melayakkan diri ke peringkat akhir..

semoga kita mendoakan kejayaan pasukan merah putih kita..

KEPUTUSAN KUMPULAN A PIALA MALAYSIA 17 SEPTEMBER 2010

NEGERI SEMBILAN 1 KL PLUS FC 1
SELANGOR PKNS 0 KELANTAN 1

KEDUDUKAN KUMPULAN
1. NEGERI SEMBILAN MENANG 1 KALAH 0 SERI 1 MATA 4
2. KELANTAN MENANG 1 KALAH 1 SERI 0 MATA 3
3. SELANGOR PKNS MENANG 1 KALAH 1 SERI 0 MATA 3
4. KL PLUS FC MENANG 0 KALAH 1 SERI 1 MATA 1

Thursday, September 16, 2010

KEPUTUSAN KUMPULAN C UCL 14 SEPTEMBER 2010

MANCHESTER UNITED 0 GLASGOW RANGERS 0
BURSAPOR 0 VALENCIA 4

KEDUDUKAN KUMPULAN
1. VALENCIA
2. MANCHESTER UNITED
3. GLASGOW RANGERS
4. BURSAPOR

KEPUTUSAN KUMPULAN A PIALA MALAYSIA 14 SEPTEMBER 2010

KELANTAN 0 NEGERI SEMBILAN 1
KL PLUS 0 SELANGOR PKNS 1

KEDUDUKAN KUMPULAN
POS TEAM P M S K J B +/- MATA
1. NEGERI SEMBILAN 1 1 0 0 1 0 1 3
2. SELANGOR PKNS FC 1 1 0 0 1 0 1 3
3. KELANTAN 1 0 0 1 0 1 -1 0
4. KL PLUS FC 1 0 0 1 0 1 -1 0

KUMPULAN A PIALA MALAYSIA

KELANTAN
NEGERI SEMBILAN
KL PLUS FC
SELANGOR PKNS FC

JADUAL PERLAWANAN LIGA PIALA MALAYSIA BAGI PASUKAN KELANTAN

17 SEPTEMBER 2010
8:45:PM Selangor PKNS vs Kelantan Stadium MBPJ, Kelana Jaya

20 September 2010
8:45:PM Kelantan vs K.L PLUS FC Stadium Sultan Mohamad Ke-IV,Kota Bharu

3 October 2010
8:45:PM Negeri Sembilan vs Kelantan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS

6 October 2010
8:45:PM Kelantan vs Selangor PKNS Stadium Sultan Mohamad Ke-IV,Kota Bharu

9 October 2010
8:45:PM Kuala Lumpur, PLUS FC vs Kelantan Stadium MBPJ, Kelana Jaya

KUMPULAN C UCL 2010/2011

manchester united (england)
valencia (sepanyol)
glasgow rangers (scotland)
bursapor (turki)

PIALA LIGA PUSINGAN KETIGA

22 Sep League Cup Scunthorpe United vs Manchester United A 19:45

JADUAL PERLAWANAN UCL

29 Sep UEFA Champions League Valencia CF A 19:45
20 Oct UEFA Champions League Bursaspor H 19:45
02 Nov UEFA Champions League Bursaspor A 19:45
24 Nov UEFA Champions League Glasgow Rangers A 19:45
07 Dec UEFA Champions League Valencia CF H 19:45

JADUAL PERLAWANAN BPL

SUN SEP 19 H LIVERPOOL
SUN SEP 26 A BOLTON WANDERERS
SAT OCT 2 A SUNDERLAND
SAT OCT 16 H WEST BROMWICH ALBION
SUN OCT 24 A STOKE CITY
SAT OCT 30 H TOTTENHAM
WED NOV 10 A MANCHESTER CITY
SAT NOV 13 A ASTON VILLA
SAT NOV 20 H WIGAN ATHLETIC
SAT DEC 4 A BLACKPOOL
SAT DEC 11 H ARSENAL
SAT DEC 18 A CHELSEA
SUN DEC 26 H SUNDERLAND
TUE DEC 28 A BIRMINGHAM CITY
SAT JAN 1 A WEST BROMWICH ALBION
TUE JAN 4 H STOKE CITY
SAT JAN 15 A TOTTENHAM HOTSPUR
SAT JAN 22 H BIRMINGHAM CITY
TUE FEB 1 H ASTON VILLA
SAT FEB 5 A WOLVERHAMPTON WANDERERS
SAT FEB 12 H MANCHESTER CITY
SAT FEB 26 A WIGAN ATHLETIC
SAT MAR 5 A LIVERPOOL
SAT MAR 19 H BOLTON WANDERERS
SAT APR 2 A WEST HAM UNITED
SAT APR 9 H FULHAM
SAT APR 23 H EVERTON
SAT APR 30 A ARSENAL
SAT MAY 7 H CHELSEA
SUN MAY 22 H BLACKPOOL

H: HOME A: AWAY

SEKADAR SERI TANPA JARINGAN

itulah keputusan perlawan antara manchester united dan rangers bagi perlawanan pertama kumpulan c untuk liga juara-juara eropah musim 2010/2011..

ANTONIO VALENCIA ALAMI KECEDERAAN


pemain sayap manchester united dan ecuador, antonio valencia tidak akan bermain untuk tempoh yang lama setelah mengalami patah pergelangan kaki ketika bertemu dengan pasukan rangers dari scotland ketika pertemuan bagi liga-liga juara eropah pada 14/09 yang lepas..

Wednesday, September 15, 2010

KEKALAHAN YANG MEMERITKAN

Semalam, 14/09/2010 pasukan Kelantan telah dikalahkan oleh pasukan dari selatan iaitu negeri sembilan dengan keputusan satu gol tanpa balas..

Sesungguhnya kekalahan semalam adalah amat memeritkan kerana perlawanan semalam ibarat perlawanan akhir piala malaysia edisi yang lepas..

nampaknya pasukan merah putih kita tidak dapat membalas dendam di atas kekalahan tersebut..

apa yang dapat saya perhatikan dari perlawanan semalam, corak permainan pasukan kelantan agak berbeza dengan corak perlawanan yang digunakan dalam liga super..

semasa di dalam liga super, corak permainan kelantan amat menarik dengan teknik hantaran pendek, hantaran yang tepat dan skill yang menakjubkan..

tetapi semalam amat membosankan..pemain pasukan kelantan lebih banyak membuat hantaran jauh dan kadang-kadang hantaran yang dilakukan entah ke mana..

kenapa jurulatih b stianathan tidak mengamalkan corak permainan hantaran pendek..cara itu lebih selamat dan pemain pun tidak mudah kepenatan kalau bermain cara hantaran pendek..

saya bukan menulis sebab saya pandai main bola. saya pun tak pandai tapi saya adalah peminat kelantan dan saya boleh menilai tahap permainan kelantan..

satu lagi, indra putra kelihatan tidak berfungsi dan dia tidaj banyak membantu pasukan kelantan pada perlawan tersebut..

jadi saya sebagai peminat setia kelantan sangat-sangat berharap agar pemain kelantan akan lebih fokus selepas ini dan akan terus mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan yang akan dihadapi selepas ini..

sama-sama la semua peminat kelantan mendoakan kejayaan pasukan kelantan..

gomo kelate gomo

Tuesday, July 27, 2010

THE RED WARRIORS MALAYSIA BOOK OF RECORD

Pasuke the red warriors kelate telah diiktiraf oleh malaysia book of record sebagai pasuke bola sepak pertama mempunyai stesen radio pasuke bola, Trw.fm dan juga merupake pasuke hok wak tubik bare berasaske pasuke the red warriors..

tahniah kepado pasuke dan juga tahniah kepada annuar musa kerano menjadike pasuke kelate,sebuah pasuke negeri ye berjayo dan pasuke ye digeruni oleh pasuke lain..

tok lupo jugak kepado penyokong kelate kerano telah pandai mengawal emosi de jare memberi masalah kepada penguruse pasuke bolasepak kelate..kerana bila wak masalah, pihak penguruse ye kena tanggung benda tu..harap dapat di ambik iktibar belako..

saya berharap penyokong pulak boleh menyumbangke rekod untuk pasuke bola sepak kelate kita tok kisah la dari segi sokonge ko, perhimpune ko, ye penting boleh menyumbe untuk pasuke bola kito..

gomo kelate gomo..wa caya lu

KELATE LAWE KL PLUS

tepat pukul 8.30 male ni, pasukan the red warior kelate ake bertempur denge pasuke kl plus..semestinya saingan yang sengit ake diberike oleh pihok lawe sebab pasuke kelate kena mene untuk mengejar atau menghambat pasuke selangor hok duk atas puncak liga loni..

selain itu,penyokong berharap agar pasuke kelate ake bermain denge penuh kekuate ye padu untuk mene perlawane male ni..harap2 demo ni dapat menunjukke permaine hok menarik de dapat menjaringke banyak gol supaye pasuke hok lawe kelate pah ni takut nk jupo kelate..

kami penyokong kelate ake terus menyokong kelate de berharap kelate ake jadi juara liga super untuk kali yang pertama dale sejarah bola sepak kelate..tahniah ko annuar musa kerano berjayo menaikke mutu bola sepak kelate melebihi pasuke lain di malaysia ini..

semoga semua penyokong dapat memberike sokonge yang berteruse kepada pahlawe2 kita..gomo kelate gomo

Wednesday, July 14, 2010

JERSI TERBARU MANCHESTER UNITED


Beberapa jam yang lepas, laman web rasmi Manchester united telah mempamerkan jersi terbaru pasukan bola sepak mereka.

Tuesday, June 15, 2010

PEMAIN M.U DI PIALA DUNIA

selamat berjumpa kembali dalam kejohanan berprestij bola sepak iaitu kejohanan piala dunia yang dianjurkan oleh negara afrika selatan..bermula pada 11 jun yang lalu,banyak perlawanan telah diadakan dan setiap pemain telah menunjukkan kemahiran dan kemampuan masing-masing bagi memburu kejayaan di piala dunia 2010 ini.

Wednesday, May 12, 2010

JENGKING SUNGKUR DI LAME SEDIRI

4-1.. itula keputuse perlawane antaro kelate lawe johor semale yg berlaku di stadium johor..napoknyo kelate telah bangkit semula dari seri dgn pehe hari tu de loni duk hambat selangor hok sedap dk atas liga..

tahniah kepada ketua pasuke kelate,badri hok sumbat 2 gol semale..kedua2 gol dari sepake percuma..meme dio bijok dale sepake percuma ni..

tahniah jugak buat pemain pertahane kerano berjaya mengcontrol penyerang johor sapa boleh sumbat sebutir gol jah..

terima kasih ko penyokong kelate hok gi sokong..demo la penguat semangat pemain kelate..

Tuesday, May 11, 2010

JUARA BERTAHAN TUMBANG

pada 9 mei lepas, piala epl telah beralih tuan..dulu m.u sekarang chelsea..ape pun sya sememangnye sudah menjangkakn keputusn trsebut kerana chelsea sekarang berada di tahap yang amat membanggakan dan sya tahu wigan takkan dapat menahan asakan pemain chelsea yang kuat dan bersemangat..

Wednesday, May 5, 2010

KESEBELASAN UTAMA M.U

Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan untuk menggalas m.u bertemu stoke pada perlawanan akhir nati..ini antara kesebelasan utama mengikut pandangan saya

PERSAINGAN MAKIN SENGIT

pada 9 mei nati,akan terjawab la siapa juara epl musim 2009/2010..siapakah yang akan menjulang piala itu..adakah m.u atau chelsea..kedua2 nya mempunyai peluang terbuka..tetapi sesetengah pengulas sukan telah membuat andaian atau tanggapan yang chelsea bakal menjulang piala berprestij itu tahun ini..

Tuesday, May 4, 2010

RED WORIER MENE LAWE

Pasuke kebanggaan negeri kelate, kelate fc telah menumpaske pasuke tok gajah di stadium smale..walau pn mene tipis 2-1 itu pade doh utk menduduki tangga ke 2 liga super malaysia..seperti biasa, wira tambate kita,nor shahrul idlan talaha menyumbangke 1 gol dan gol kemenange sek kita dijaringke oleh pemain kepala botak,hairudin omar..

nampaknya kelate berada pada lalue bergelar juara jiko main mene sokmo..jadi sya harap semua penyokong kelate ake terus memberi sokonge dornge dan semua jenis nge kepade sek2 pasuke bola kelate kita..

gomo kelate gomo

Saturday, May 1, 2010

KELATE VS PEHE

pasuke kelate kita ake berlawe dgn pasuke tok gajah,iaitu pasuke pehe..mengikut laman web kelate f.c,jurulatih kelate duk runsing ko penyere terbanyok pasuke pehe,azzamudin..jadi dia suruh pertahane pasuke kelate wak molek..jage molek budak tu,mesti dia tok leh sumbat gol..

kito jugak berharap agar nor shahrul ake terus sumbat gol agar kelate terus wi tekane ko selangor..

selangor plk hri tu keno behe ko pasuke indo,4-0..sian plk tgk tp pasuke indo tu tkpo la ado budok import..kito semua guno ore asli malaysia..

tapi ape pun kita sangat2 berharap kelate mene besar la esok..dh la main tmpt sediri,mesti la keno semngt..ramai peminat dok tgk..

kelate gomo kelate gomo

BEKAS PEMAIN M.U MUSNAHKAN HARAPAN THE REDS

diego forlan membawa pasukannya, atlethico madrid ke perlawanan akhir setelah menjaringkan 1 gol untuk menyamakan agregat 2-2..jaringan itu telah memusnahkan harapan liverpool untuk ke perlawanan akhir bertemu pasukan epl juga iaitu fulham yang menewaskan hamburg 2-1

Tuesday, April 27, 2010

PEMAIN TERBAIK EPL

wayne roney,penyerang kebanggaan pasukan m.u telah dinobatkan sebagai pemain terbaik epl..ini menunjukkan pemain m.u bertaraf tinggi dan sentiasa diiktiraf di dunia..

Sunday, April 25, 2010

CHELSEA TERTEKAN

malam ini musuh tradisi m.u iaitu chelsea akan turun di laman sendiri yang akan berdepan stoke city..chelsea semestinya mengharapkan kemenangan supaya dapat memintas m.u dan seterusnya berada di takhta liga epl..

Saturday, April 24, 2010

TAK JADI BERSARA

Sir alex ferguson sebelum ini meluahkan untuk berhenti sebenarnya merupakan penipuan semuanya..beliau telah membuat penafian yang dia akan berhenti mengurus kelab terbaik dunia itu..sememangnya khidmat dia masih diperlukan untuk mengemudi m.u ke kejayaan yang lebih cemerlang..

SAPA PENGGANTI SESUAI

Pada minggu lepas atau minggu ni,saya pun dah lupa.. saya ade terbaca dalam akhbar berkenaan persaraan sir alex ferguson..dia kata akan bertahan 1 tahun lagi dan selepas itu akan bersara..akhbar tersebut jugak menyenaraikan nama2 bakal pengurus m.u yang akan menggantikan dia..nama2 yang disenaraikan memang mantap. antaranya ialah fabio cappelo,jose mourinho dan lain2 lagi..

PERLAWANAN SETERUSNYA

Setelah menggapai kemenangan pada malam ini, perjuangan pasukan jersi merah akan diteruskan dengan perlawanan masing-masing.

kelate ake bertemu denge pasuke pehe di stadium sultan muhammad ke IV..semstinya kita mengharapke pahlawan merah kita ake berjuang habis-habise dan menang denge bergaya..

manakala m.u pulak akan berlawan dengan sunderland di stadium sunderland..kita juga harap pasukan jersi merah kita akan menang dan terus berada di takhta liga epl dan harap2 pemain m.u akan lebih konsisten pada setiap perlawanan dan berusaha untuk meningkatkan mutu permainan supaya lebih banyak gol dapat dijaring..

sama2 la kita berdoa agar pasukan red kita akan berjaya pada musim ini dengan kejayaan yang cemerlang..

gomo kelate gomo

hebat m.u hebat

salam perkenale

assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua peminat kelate dan manchester united m.u..
saya penyokong setia kelate dan m.u berasa amat gembira kerana dapat membuat blog ini untuk berkongsi maklumat dengan semua peminat bola sepak terutama penyokong kelab bola sepak kelate dan juga kelad epl m.u..

harap2 kita boleh berkongsi maklumat dan pendapat tentang bola sepak terutamanya kedua2 kelab tersebut..

harap2 sudi2 la singgah di blog ini dan kita kumpul semua peminat kelab bola sepak berbaju merah di sini..

harap2 kelab yang kita sokong akan berjaya menjulang piala pada tahun ini..

merah hebat yes2

MERAH CEMERLANG

Yes2 pasukan berbaju merah menang perlawanan bola pada malam ini..pertama,kelate mengalahkan kl plus 3 - 0 manakala pasukan liga inggeris hok sohor,manchester uniter atau lebih dikenali dengan m.u mengalahkan tottenham hotspur juga 3 gol tapi berbalas 1..

Tahniah red worrier dan red davils kerana berjaya mengalahkan lawan masing-masing tapi hok paling sedap m.u la sebab dok atas sekali liga epl dengan 79 mata, 2 mata dengan chelsea..mitak2 la m.u mene belako perlawane lepas ni,de jadi juara yang keempat berturut turut..

Harap2 semua peminat ake terus menyokong pasuke red kita..

red ganas..heheheheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR