We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, February 2, 2013

PERMAINAN MENARIK WALAUPUN SERI


Hilang 6 tonggak utama dan bermain dengan Juara IPL sudah memadai keputusan tersebut. Bojan Hodak memulakan perlawanan tersebut dengan menurunkan hampir 90% pemain simpanan. Bojan jugak mencuba kesemua pemain import yang dimiliki untuk menilai kemampuan pemain-pemain tersebut.
Apa yang saya perhatikan dan komen dari facebook, kebanyakkan penyokong amat menyukai Petratos dan kelibat Salim Arrache yang menenggelamkan kelibat Keita Mandjou yang masih di takuk lama. Mereka menunjukkan corak permainan yang menarik dan skill menarik dari Petratos manakala Salim bijak mengawal bola dan mempunyai rembatan yang padu.

Kelantan dan Semen Padang pernah bertemu pada pertandingan Piala Gabenor Acheh sebelum ini. Semen Padang mempunyai ramai pemain yang berbakat dan berbahaya seperti bekas pemain import Selangor, Elie Aiboy dan pemain remaja Indonesia, Titus Bonai. Mereka juga mempunyai pemain import dari Korea Selatan dan dari Eropah yang bijak mengawal bahagian tengah dan bijak membuka peluang kepada penyerang untuk menjaringkan gol.

Pada separuh masa pertama, Bojan menurunkan Syazwan sebagai penjaga gol, Daudsu sebagai kapten menggantikan Piya yang tidak sihat, Lek Kcira, Rizal Fahmi dan Zamri Ramli di bahagian pertahanan. Bahagian tengah pula dikawal oleh Petratos, Salim, Izuan Solahuddin, Zairol dan Faiz manakala bahagian serangan dikemudi oleh Keita Manjou.

Salim Arrache

Permainan yang menarik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dan Semen Padang berjaya memecah kebuntuan pada mini ke 29 hasil kelam-kabut di depan pintu gol. Gol tersebut dijaringkan oleh Nor Iskandar. Separuh masa pertama kekal 0-1. 

Bersambung babak kedua, Kelantan terus menyerang pasukan lawan dan berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan Petratos yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Semen Padang. Keputusan seri 1-1 sama kekal hingga ke tamat perlawanan.

Bagi saya, Bojan Hodak telah melakukan kesilapan kerana tidak menyenaraikan Petratos dalam saingan liga tempatan. Saya lihat dia sememangnya lebih baih berbanding Keita yang langsung tiada sumbangan kepada serangan Kelantan. Petratos memiliki skill dan rembatan tetapi Keita tidak mampu untuk menewaskan pertahanan lawan malahan kawalan bola juga mengecewakan.


Dua pemain import baru yang dalam pemilihan, Salim Arrache dan Dickson Nwakaeme menunjukkan mutu permainan yang berkualiti. Salim memiliki rembatan yang padu manakala Dickson bijak mencari peluang untuk menjaringkan gol dan mempunyai kawalan bola yang baik. Saya rasa dah tiba untuk Bojan atau Kafa menggugurkan Keita dari skuad Kelantan. Jika dilihat dari sumbangan yang diberi, dia langsung tidak sesuai untuk Kelantan.

Ini hanyalah pandangan saya dan saya rasa penyokong Kelantan yang lain pun setuju dengan pandangan saya ini. Jika Petratos bermain dalam liga super, tidak mustahil Kelantan akan kembali pada tahap terbaik dan pasti akan berada di takhta liga.

Samala kita nantikan bulan April ini untuk melihat kelibat Petratos di saingan liga tempatan. Sama-sama kita nantikan.

Gomo Kelate Gomo 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR