We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, October 18, 2011

MENANG 2-0


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

pagi tadi, the red devils telah meraih 3 mata penting ketika berkunjung ke romania dan telah mengalahkan pasukan tuan rumah, Otelul galatil dengan jaringan 2-0 yang diperolehi hasil dua sepakan penalti. penalti tersebut disempurnakan dengan baik oleh ronney..

Sunday, October 16, 2011

JATUH TANGGA KEDUA LIGA PERDANA INGGERIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

semalam m.u dan liverpool bertembung untuk perlawanan ke-8 liga perdana inggeris di anfield dan keputusan yang dicatatkan hanya lah seri 1-1.

Saturday, October 15, 2011

SELAMAT TINGGAL PIALA MALAYSIA 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

walaupun 2 hari telah berlalu tapi hati ini masih sedih dengan apa yang telah terjadi kepada pasukan kebanggaan kita, the red warriors apabila ditunjukkan jalan keluar dengan hormat oleh pasukan berjiran terengganu. rasa macam tak leh terima dengan kekalahan agregat itu tapi tetap reda kerana setiap yang berlaku ada hikmah dan sebabnya.

apa pun sememangnya terengganu layak ke separuh akhir piala malaysia tahun ini. nak tau kenapa? ok baca catatan ini seterusnya.

tepat jam 8.40 mlm para pemain kedua pasukan masuk ke dalam padang dan bersedia untuk memulakan perlawanan. perlawanan bermula dan kelantan menguasai 3 minit pertama apabila melakukan percubaan awal ke pintu gawang terengganu tetapi tidak berjaya. kelantan meneruskan serangan tetapi memakan diri apabila kelantan dikejutkan dengan jaringan ashaari yang mudah menewaskan apek. dia yang tidak dikawal sememangnya dengan mudah menjaringkan gol tersebut. kelantan membuat beberapa percubaan ke arah pintu gol dan ia dilihat menjadi kenyataan apabila piya berpeluang membuat rembatan tetapi terkena palang dan melantun ke dalam padang semula.

selain percubaan tersebut, kelantan berpeluang menyamakan kedudukan apabila nor shahrul berjaya membuat rembatan tetapi berjaya dihalang penjaga gol terengganu. sedang leka kelantan melancarkan serangan, terengganu tiba2 membuat counter attack dan sekali lagi ashaari mudah untuk menewaskan apek apabila badul hadi mudah melorongkan bola melepasi pertahanan kelantan dan disempurnakan oleh ashaari.

kelantan mungkin dapat merapatkan jurang gol apabila 2 tendangan percuma diperolehi oleh kelantan diluar kotak panelti tetapi dihampakan oleh tiang gol dan juga kehebatan penjaga gol. malang kelantan akhirnya berakhir apabila alex berjaya menjaringkan gol mudah apabila penjaga gol terengganu terlepas bola yang ditangkap dan mudah disempurnakan alex. gol kedua kelantan pula hadir apabila bola terkena tangan pemain terengganu dan piya mudah menyempurnakan panelti tersebut.

selepas 3 minit masa tambahan, terengganu mara ke separuh akhir dengan aggerat 5-3 apabila keputusan seri 2-2 sama terhasil di kota bharu. nampaknya juara bertahan tumbang dan longlai di laman sendiri.

itu adalah serba sedikit perjalanan perlawanan malam jumaat yang lalu. apa yang dapat saya nukilkan disini, kelantan sememangnya sudah nampak akan tumbang lebih awal. ini kerana banyak percubaan yang dilakukan tidak berhasil dan berjaya dipatahkan oleh kecekapan penjaga gol dan juga palang tiang.

yang paling jelas ialah kesebelasan pemain kelantan yang diturunkan tidak meyakinkan. bukan nak menyangkal keputusan dato' karathu tetapi saya rasa pertahanan kiri sepatutunya diberikan kepada pemain yang telah banyak kali ditutnkan. ikhlas saya tulis disini, saya tak pernah kenal pemain ini. tiba2 dia pulak diturunkan. kerana kesilapan pemain tersebut, ashaari mudah menjaringkan gol pertama. sememangnya ketiadaan pemain yang biasa bermain di posisi tersebut menyebabkan corak permainan jadi kucar-kacir dan tak mampu untuk menghasilkan gol awal.

apa yang bermain di dalam kepala saya ialah kenapa daniel tidak diturunkan begitu juga dengan khairan eroza. kenapa dato' ,memilih khairon eroza yang amat jarang diturunkan mengisi kesebelasan utama. itu saya tak dapat jawab. hanya dato' yang tau..

apa pun perjuangan telah berakhir tetapi sokongan saya terhadap the red warriors tetap kekal di hati..

gomo kelate gomo

Friday, October 14, 2011

PERTAHAN ATAU SELAMAT TINGGAL PIALA MALAYSIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

untuk catatan kali ini, saya memilih tajuk seperti di atas. kenapa saya memilih tajuk sebegitu rupa. ini kerana tepat jam 8.30 malam ini, pahlawan merah akan turun ke padang bagi menghadapi sang penyu yang bertandang ke stadium Sultan Muhammad IV bagi perlawanan pusingan kedua suku akhir piala malaysia. sang penyu datang dengan membawa dua biji telur atau dengan kata lain bekalan 2 gol ke kota bharu..

pasukan terengganu sangat gembira dengan kejayaan menewaskan kelantan di gelanggangnya sendiri pada isnin lalu. jadi mereka semestinya yakin dapat menahan asakan kelantan dan mempertahankan kelebihan 2 gol yang diperolehi.

berbalik kepada tajuk catatan saya ini, kelantan terpaksa memilih salah satu iaitu mempertahankan piala malaysia atau melepaskan piala tersebut kepada juara tahun ini. kalau untuk mempertahankan piala malaysia, para pemain hendaklah mencari bekalan 2 gol dan mengikut kata jurulatih kelantan,dia yakin kelantan mampu menumpaskan terengganu di gelanggang sendiri. jika kelantan meneruskan corak permainan yang tidak konsisten seperti ketika menentang terengganu di laman lawan, ibaratnya piala malaysia sudah boleh diserahkan kepada juara baru nanti..

jadi, nasib pasukan kebanggaan kita bergantung kepada pemain yang akan turun pada malam ini. jika pemain yang diturunkan tidak dapat mencari gol awal, manakala pertahanan pula goyah maka pemain yang ke 12 semestinya akan sedih dan terpaksa menunggu tahun depan untuk menggapai piala malaysia buat kali yang kedua..

pendapat saya bagi perlawanan pada malam ini, kelantan harus mengawal permainan dan mengawal bola dan menguasai permainan dengan baik, barulah kita akan melangkah ke separuh akhir. kalau boleh skill individu elok dikurangkan agar tidak memenatkan diri pemain dan tidak mengganu corak permainan. main lah secara berpasukan. InsyaAllah kita akan ke shah alam.

buat penyokong kelantan, sama2 lah kita berdoa kepada tuhan agar diberikan keajaiban kepada pahlawan merah yang akan mengankat nama kelantan ke pusingan yang seterusnya. buat penyokong ke stadium, ingatlah, anda adalah tunjang pasukan. jika anda bersorak, semangat pemain meningkat dan jika anda bergaduh, alamatnya rosaklah permainan dan rosaklah nama negeri kita. jadi sama2 lah kita jaga nama baik pasukan kita dan nama negeri kita.

saya juga ingin berpesan, kalu ade penyokong yang ingin melontar sesuatu ke padang, tolong halangnya dari berbuat demikian. ini kerana akan timbul masalah.

apa yang pasti pahlawan kita akan berjuang habis-habisan bagi meneruskan kemaraan ke separuh akhir..

gomo kelate gomo..

Tuesday, October 11, 2011

PENGADIL YANG TAK ADIL

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Isu kad merah dan lambakan kad kuning pada perlawanan kelantan dan terengganu menjadi hangat ibarat pisang panas. kenapa begitu? ini kerana 5 kad merah telah disedekahkan oleh pengadil yang tidak pasti pandai atau tidak mengadili sesuatu perlawanan bola sepak. pada firasat saya, baik pengadil ni jadi pengadil congkak ke, selambut ke, lagi baik rasanya.

selain kad merah yang banyak, 10 kad kuning telah diberikan dengan selambanya kepada pemain kedua-dua pasukan tanpa pemain tersebut memintanya. mungkin pengadil ni ada masalah sebelum perlawanan tersebut yang menyebabkan beliau tidak dapat mengadili perlawanan tersebut dengan baik..

saya telah membuat kajian tentang pengadil ini dan saya terkejut kerana pada perlawanan kelantan menentang selangor dalam saingan liga super, pengadil ini telah memberi 7 kad kuning pada kedua-dua pasukan. itu menunjukkan yang pengadil ini gila kad dan wajar dikuarantin bagi menghilangkan kegilaan tersebut.

saya amat berharap pihak yang sepatutnya supaya menyediakan pengadil yang betul2 berkalibar bagi perlawanan pusingan kedua di kota bharu nanti. saya tidak mahu berlaku masalah jika pengadil yang tidak mahir diberikan perlawanan yang kritikal seperti perlawanan itu nanti.

gomo kelate gomo

DEMI PASUKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pertahanan kelantan yang dibuang padang ketika perlawanan di kuala terengganu menyesal dengan apa yang dilakukannya. dia telah diberikan kad merah oleh pengadil kerana melakukan terjahan keras terhadap pemain lawan..

mengikut kenyataannya di laman web kelate.net, dia bersemangat untuk membantu pasukan dan terlalu agresif melakukan halangan hingga menyebabkan dia terpaksa dibuang padang..

saya telah melihat rakaman di dalam berita sukan dan saya akui daudsu memang telah melakukan terjahan keras terhadap pemain lawan dan keputusan pengadil tepat.

pada pendapat saya, kesilapan yang dilakukan oleh daudsu dapat dielakkan dengan mengawal emosi ketika perlawanan. daudsu adalah seorang pemain yang bijak dan seorang pertahanan yang baik kerana selain bertahan, dia juga dapat membuat over-lapping bagi membantu menguatkan serangan tetapi dia ada satu kelemahan yang tidak dapat dielakkan. dia tak dapat mengawal kemarahannya dan apabila melakukan kesilapan yang seperti di terengganu, ia akan merugikan pasukan..

jadi, nasihat saya kepada semua pemain agar mengawal emosi supaya dapat mengawal permainan dengan baik dan membuat hantaran dengan baik. penyokong juga diharap dapat menunjukkan semangat yang terbaik agar pemain dapat menjalankan tugas mereka dengan jayanya. semoga kelantan berjaya menumbangkan ego terengganu di stadium keramat pahlawan merah.

kepada daudsu, diharap anda dapat memberi sokongan kepada pasukan dan memberi tunjuk ajar kepada bakal pengganti anda yang akan turun pada perlawanan jumaat nanti.

gomo kelate gomo..

PAHLAWAN MERAH TERSUNGKUR DIBAHAM PENYU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

sedih lagi ni terkenangkan kekalahan pasukan kesayangan kita tewas di kuala terengganu dengan rekod terbaru telah terhasil pada perlawanan tersebut..

pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan telah memenangi perlawanan tersebut dengan suasana yang berbeza. pasukan terengganu memenangi perlawanan tersebut dan membawa bekalan dua gol ke kota bharu apabila berjaya menewaskan kelantan dengan keputusan 3-1 tetapi kelantan juga sebenarnya memenangi perlawanan tersebut. kenapa begitu?

ini kerana kelantan telah berjaya menewaskan terengganu dengan keputusan 3-2 tetapi bukan jaringan gol sebaliknya kutipan kad merah yang dilayangkan kepada pemain. kelantan memperolehi kad merah melalui terjahan keras daudsu, kutipan kad kuning oleh syakir dan pertahanan kental mohd aziz manakala terngganu pula menerima kad merah melalui ismail faruqi yang memungut dua kad kuning dan satu lagi ialah zubir ali..

sekarang kita ulas sikit pasal perlawanan pada mala itu melalui huraian akhbar, komen melalui facebook dan juga melalui siaran televisyen dan melalui kawan yang pegi tengok kat stadium. kata kawan saya tu, permainan kelantan pada awal perlawanan sangat baik dan seimbang tetapi semuanya mula kucar-kacir apabila kelantan terpaksa bermain dengan 9 pemain. terengganu berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke 40 apabila ismail faruqi membuat rembatan dari luar kotak panelti.

pada separuh masa kedua, kelantan meneruskan perjuangan dan berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui sepakan panelti apabila bola cubaan subramaniam terkena tangan pemain lawan dalam kotak panelti dan disempurnakan oleh piya. 8 minit sebelum permainan tamat, terengganu berjaya menambah dua jaringan iaitu melalui tendangan panelti manaf mamat dan jaringan marzuki melalui sepakan percuma..

melalui komen facebook pula, ade orang komen, baik main 9 orang dari main 11 pemain dan kelantan berjaya menghalang terengganu menjaringkan gol walaupun kekurangan pemain. itu menunjukkan kelantan lebih lebih hebat berbanding pasukan lawan. ade jugak komen mengatakan corak permainan piya teruk pada perlawanan tersebut.

apa pun yang berlaku pada perlawanan tersebut, kelantan harus segera melupakannya dan berazam untuk bangkit pada pusingan kedua yang akan diadakan di stadium sultan Muhammad di kota bharu nanti. semestinya sokongan peminat amat diperlukan bagi menguatkan semangat pemain agar berjaya menjerat penyu di kota bharu supaya piala malaysia dapat kita pertahankan. apa yang penting, pemain harus kuatkan semangat dan yakin mampu melakukan keajaiban yang akan membawa kelantan melangkah kaki ke separuh akhir. ingatlah penyokong yang sentiasa memberi sokongan dan doa bagi mengiringi anda pada perlawanan itu nanti.

gomo kelate gomo

Saturday, October 8, 2011

BERTEMU TERENGGANU DI SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perlawanan peringkat kumpulan telah melabuhkan tirainya pada bulan lepas di mana kelantan telah menjadi juara kumpulan c dan diikuti oleh felda united di tempat kedua kumpulan..

pada peringkat suku akhir piala malaysia tahun 2011, kelantan telah diundi untuk bertemu dengan jiran senegeri iaitu terengganu yang telah mengalahkan mereka di perlawanan akhir piala fa yang lalu. Felda united pula diundi bertemu dengan negeri sembilan.

menyentuh mengenai peringkat suku akhir piala malaysia ini, kelantan akan berkunjung ke stadium sultan ismail di terengganu pada pusiangan pertama (isnin, 10 oktober 2011) dan pusingan kedua (jumaat,14 oktober 2011) di kota bharu.

the red warriors telah melalui perngkat kumpulan dengan jalan yang berliku pada peringkat awal perlawanan kumpulan tetapi berjaya mengekalkan status juara bertahan apabila berjaya menjuarai kumpulan c.

pada peringkat kumpulan, kelantan telah mencatatkan 4 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan. 4 kemenangan tersebut ialah 2-0 ke atas sarawak di kuching, 2-1 ke atas johor fc, 4-0 ke atas sarawak dan 2-0 ke atas felda united di kota bharu. keputusan seri pula dicatatkan di pasir gudang apabila tuan rumah mengikat kelantan dengan keputusan 1-1 manakal kekalahan pula dicatatkan ketika berkunjung ke stadium selayang bertemu felda united dengan keputusan 0-2.

kesimpulan bagi keseluruhan perlawana yang dilalui kelantan dan corak yang dipamerkan oleh pemain boleh dianggap baik tetapi banyak lagi kelemahan yang harus diperbaiki dari segenap segi. kelemahan yang paling ketara ialah penyerang yang dilihat buntu untuk memecah benteng perlawanan manakala pemain pertahanan pula dilihat goyah apabila boleh dibolosi dari luar kotak panelti. posisi tengah pula kurang membuat hantaran yang dapat menghasilkan gol. kesilapan pemain lawan dilihat banyak menyumbang kepada jaringan gol kelantan.

jadi, saya amat berharap kelantan akan menukar strategi apabila bakal bertemu terengganu nanti pada peringkat separuh akhir. perlawanan semestinya sengit dan setiap pasukan semestinyan ingin menjaringkan banyak gol bagi meletakkan lebih peluang ke peringkat separuh akhir.

kelantan harus memanfaatkan peluang bermain ditempat lawan dengan menjaringkan gol bagi memberi tekanan kepada tuan rumah. ini kerana jaringan gol ditempat lawan akan dikira jika keputusan seri dicatatkan dalam dua perlawanan suku akhir ini.

saya akan sentiasa memberi sokongan buat pahlawan merah kita dan semsetinya akan berdoa agar kejayaan akan menjadi milik kita..

gomo kelate gomo..

LAMA TAK UDATE BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

huh!! dah lama tak update blog.. entah la kenape jadi malas nak update blog? mungkin sebab tak ramai yang follow kot tapi semua tu saya dah tak kisah. apa yang penting sekarang ni adalah saya akan jadikan blog saya tempat untuk saya meluahkan pendapat, keluhan saya dan juga kritikan membina bagi kedua-dua pasukan yang saya sokong iaitu kelantan (the red warriors) dan manchester united (the red devils).

buat masa sekarang, blog saya adalah menjurus kepada kritikan dan ulasan setiap perlawanan bagi kedua-dua pasukan tetapi selepas ini saya akan cuba untuk menambah blog ini dengan berita-berita terkini bagi kedua-dua pasukan.

saya tak kisah jika blog ini ramai pengikut atau tidak tapi apa yang pasti saya akan sentiasa menyuarakan pendapat dan kritikan saya tentang kedua-dua pasukan merah ini dan ini bermakna blog ini akan sentiasa diupdate..InsyaAllah.

ok saya harap saya akan diberi kekuatan untuk mengupdate blog ini selepas ini..

gomo merah gomo

Monday, August 8, 2011

LALUAN MUDAH BUAT KELANTAN

Pada majlis undian piala malaysia yang telah dilakukan baru-baru ini, kelantan dilihat mudah untuk melepasi peringkat kumpulan apabila diundi bersama pasukan johor fc, sarawak dan felda united.

jika dilihat pada saingan liga super yang baru melabuhkan tirainya 2 bulan yang lalu, kelantan dilihat memiliki kelebihan kerana kelantan memenangi semua perlawanan ketika menentang johor fc dan felda united.

Kelantan pernah bertemu dengan sarawak pada saingan liga perdana dan liga malaysia pada edisi 3 tahun yang lalu tapi rekod tidak semestinya betul. jadi setiap pemain harus bersedia kerana sarawak mempunyai pemain yang berbakat dan telah berjaya melayakkan diri ke saingan liga super musim hadapan.

pada perlawanan pertama selepas raya ini, kelantan akan berkunjung ke Stadium Sarawak untuk membuat perhitungan dengan pasukan itu. Saingan semestinya sengit kerana kelantan mungkin tidak mengetahui corak permainan sarawak.

apa pun di harap setiap pemain bersedia dan akan membawa 3 mata dari sarawak.

nanti saya akan keluarkan jadual penuh perlawanan melibatkan pasukan pahlawan merah.

gomo kelate gomo.

PAHLAWAN MERAH PINJAM PEMAIN TOK GAJAH

Pasukan Pahlawan Merah telah membuat persiapan yang rapi bagi mempertahankan Piala Malaysia bagi musim ini apabila berjaya meminjam seorang penyerang pasukan tok gajah iaitu azamudin.

Azamudin yang pernah bergandingan dengan nor shahrul ketika bermain untuk pasukan my team di harap dapat menajamkan pasukan Pahlawan Merah bagi merobek gawang lawan. Selain itu, kita juga amat mengharapkan semua pemain kita dapat memberikan semangat juang yang tinggi supaya dapat mempertahankan Piala Malaysia.

Kelantan mungkin kehilangan khidmat penjaga gol utama, apek kerana sedang bersama dengan pasukan Olimpik negara di Slovakia. Jadi, posisi penjaga gol akan diisi oleh Shahrizan atau penjaga gol yang belum diketahui lagi..

Semoga kelantan mampu untuk mempertahankan piala malaysia dan menjulangnya buat kali yang kedua berturut-turut.

gomo kelate gomo

MANCHESTER UNITED KALAHKAN ADIK

Lama dah tak update blog. hari rasa terpanggil untuk memblog kerana pasukan yang saya sokong telah menjuarai Piala Perisai Komuniti FA dengan mengalahkan Man. City dengan keputusan 3-2 di Stadium Wembley.

Sunday, June 12, 2011

MELEPAS LAGI

Sedih aku pedih..itulah perasaan saya bila terpaksa menyaksikan piala fa menjadi milik terengganu..kenapa harus begini..kenapa kelantan boleh kalah dengan jiran sebelah sedangkan sebelum tu boleh menang 3-0..pelik sungguh..

Tapi perlawanan semalam memang teruk..separuh masa pertama, pemain kelantan ibarat tiada arah tuju. passing bola pun mengarut. pemain pulak macam takut nak main hantaran bawah, duk main hantaran jauh. pemain terengganu tinggi-tinggi, pemain kita pula renek-renek. bila hantar bola tinggi memang sia-sia la..

Masuk separuh masa kedua baru la macam liga super punya permainan maka pada minit ke 79, azwan roya sumbat gol cantik punya. tengah sedap pemain kita duk serang terengganu, ade mamat sorang tu nyer pergi baling mercun kat keeper terengganu. berenti game selama 5 minit.

Bila dekat2 nak habis, terengganu serang dari sebelah kiri, asaari hantar kat manaf mamat, fahmi che mat dapat tahan tapi daudsu pulak tersilap jaring gol sendiri.. pas tu terus habis masa penuh permainan.

Sambung pulak masa tambahan 15 minit pertama, ok takpe 0-0. masuk separuh masa kedua, pemain gantian terengganu jaring gol 10 minit nak habis. kelantan pulak macam tak de upaya dan tiada cara nak score gol balik. last2 pengadil tiup wisel..habis cerita piala fa musim ni. alamatnya kelantan kempunan lagi la nak julang piala fa.. kena tunggu tahun depe pulak.

Tapi apa2 hal pengadil tetap kena komen.. memang saya ni anti pengadil la sikit.. sapo pengadil tu sebenarnya. kenapa cepat sangat bagi kad dekat pemain kelantan. macam tak suka jah..

Ingat sikit. sekarang ni heboh pasal rasuah.. tak pasal2 kena gantung dari bola sepak seumur hidup.

Apa pun sebagai penyokong kelantan, saya akan terus menyokong pahlawan merah dengan sepenuh hati. Biar apa pun yang berlaku, pahlawan merah tetap di hati dan akan sentiasa disokong.

apa yang penting gomo tetap gomo..

gomo kelate gomo

sekian

Monday, June 6, 2011

PERKEMBANGAN MANCHESTER UNITED

23/05/2011-Setelah mengalahkan Blackpool di Stadium Old Trafford dengan keputusan 4-2, man.united ditabalkan sebagai juara liga perdana inggeris buat kali yang ke 19 dan itu adalah rekod baru yang sebelum ini dipegang oleh liverpool.

Sunday, June 5, 2011

IBARAT PERTEMBUNGAN FINAL PIALA FA 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama tak berblog pasal pahlawan merah kita. Apakah perkembangan terbaru mereka yer?

Ini lah perkembangannya. Tepat pukul 8.45 malam ini, pahlawan merah akan bertandang ke kubu sang penyu untuk terus menerajui takhta liga super. Perlawanan itu juga ibarat pertemuan final piala fa yang akan diadakan pada 11 jun ini di stadium bukit jalil..

perlawanan pada malam ini akan menjanjikan permainan yang menarik kerana setiap pasukan mempunyai pemain yang berkebolehan dari segi kawalan bola dan menggelecek bola. Pasukan terengganu mempunyai kelebihan pada malam ini kerana mereka dapat menurunkan hampir keseluruhan pemain utama tetapi kelantan agak tempang pada malam ini kerana penjaga gol utama tidak dapat diturunkan. ini kerana apek sedang berlatih untuk pasukan olimpik negara bagi menghadapi perlawanan menentang lubnan nanti bagi kelayakan sukan olimpik. Oleh itu, gawang kelantan akan dijaga oleh shahrizan ismail yang juga penjaga gol kedua kelantan..

Jadi, pada pendapat saya perlawanan pada malam ini adalah stabil dan kedua2 pasukan akan mencatatkan keputusan seri seperti pada perlawanan di kota bharu ketika perlawanan pusingan pertama dahulu..

Apa pun, sebagai penyokong setia pahlawan merah, saya akan mendoakan kejayaan pasukan kelantan dan kita tak perlu jaringan besar, 1 gol sudah memadai pada malam ini. Saya juga berharap agar pemain yang diturunkan pada malam ini akan membuktikan bahawa kelantan adalah pasukan yang layak untuk menggenggam piala liga super dan piala fa..

Semoga kemenangan akan berpihak kepada pahlawan merah dan sang penyu tersadai di pantai sendiri.

gomo kelate gomo..

sekian..

Wednesday, May 25, 2011

MISI BALAS DENDAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pada malam ini, pahlawan merah akan menerima kunjungan pasukan jiran sebelah menyebelah, t-team di stadium Muhammad ke IV..

Perlawanan pada malam ini sangat penting kerana ini adalah misi membalas dendam ketika pahlawan merah bertandang ke terengganu pada pusingan pertama. Pada perlawanan tersebut, kita telah dikalahkan dengan keputusan 4-3..

Adakah kita mampu menumbangkan t-team yang telah memiliki 3 bekas pemain kelantan iaitu azizi, farhan dan indra? Kena tunggu la malam ni.

Tapi sebagai peminat pahlawan merah, saya berharap agar pemain kelantan jangan mengulangi kesilapan yang sama ketika seri di shah alam. Pemain harus lebih fokus pada malam ini dan kita semestinya berharap pasukan kelantan akan beroleh kejayaan.

Sama2 la kita doakan kejayaan pasukan kita pada malam ini..

gomo kelate gomo..

sekian.

Wednesday, May 18, 2011

BERTEMU FELDA UNITED DALAM SAINGAN LIGA SUPER

Malam besok, saingan liga super diteruskan pada malam esok apabila Kelantan akan bertandang ke Stadium Cheras untuk bertemu Felda United.

Felda United pasti akan bermain dengan penuh semangat kerana ingin membalas dendam terhadap kelantan kerana telah menewaskan mereka pada saingan suku akhir piala fa di Kota Bharu. Kelantan pula semestinya ingin mencari kemenangan bagi mengejar pendahulu liga, Selangor yang hanya dipisahkan dengan 2 mata.

Perlawanan bagi pertemuan tersebut pasti menjanjikan saingan sengit kerana kedua2 pasukan mempunyai misi masing2 yang harus dilaksanakan dan semestinya kedua2nya amat mengharapkan kemenangan.

Saya sebagai penyokong kelantan amat mengharapkan kemenangan dan semoga ia berjaya diterjemahkan esok oleh semua pemain kelantan.

gomo kelate gomo

sekian.

KE FINAL PIALA FA BERTEMU TERENGGANU

Dengan hanya keputusan seri 1-1 dengan Gergasi Merah Kuning di Stadium Muhammad ke IV, Pahlawan Merah menempah pertemuan dengan jiran sebelah, Terengganu.

Kelantan nampak pincang pada bahagian serangan apabila dato' M. Karathu merehatkan Nor Shahrul akibat 1 kad kuning yang dimiliki oleh pemain tersebut. Langkah ini amat bijak kerana jika Nor Shahrul diturunkan, kemungkinan dia akan terlepas aksi final jika mendapat kad kuning ke 2 dan nampaknya jurulatih telah melakukan tugasnya dengan bijak.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan menguasai perlawanan dan berjaya merobek gawang Selangor seawal minit ke 8 oleh pemain tengah, syakir hasil rembatan dari luar kotak panelti. Sementara gol Selangor pula hadir melalui jaringan rudie ramli yang menyudahkan bola muntah.

Selangor ingin melakukan kejutan tetapi nampaknya tidak berhasil. Mereka seperti kekurangan idea dan taktikal untuk menumpaskan pertahanan Kelantan.

Kelantan dan Terengganu akan bertarung untuk final piala fa pada 11 jun ini dan stadium belum ditentukan lagi.

Saya penyokong setia kelantan amat berharap Kelantan akan berjaya membawa pulang piala fa ke negeri Kelantan buat kali pertama.

Sama2 la kita doakan kejayaan pasukan kita.

gomo kelate gomo

sekian.

Sunday, May 15, 2011

KEJUARAAN SAH MILIK THE RED DEVILS


Pada hari Sabtu yang lalu, man.united mengesahkan kejuaraan liga perdana inggeris bagi musim ini apabila berjaya mengikat tuan rumah, blackburn rovers di edwood park dengan keputusan 1-1. Pengesahan itu dibuat apabila pengadil perlawanan meniup wisel penamat dan disambut dengan gembira oleh semua penyokong the red devils.

Friday, May 13, 2011

SEBELAH KAKI KE FINAL PIALA FA

11 Pahlawan Merah telah berjaya menumbangkan Gergasi Merah Kuning di Stadium Shah Alam dengan jaringan 5-1. Gol Kelantan dihadiahkan oleh Ramzul, Piya, Nurul Azwan Roya dan Nor shahrul. Gol Selangor pulak disempurnakan oleh kapten pasukan, amri yahya..

Pada pertemuan semalam, kedua2 penyokong pasukan memenuhi stadium dan stadium dipenuhi dengan warna merah dan kuning. Kedua2 penyokong ingin menyaksikan permainan yang menarik tetapi penyokong Kelantan lebih bertuah apabila berjaya menyaksikan Kelantan menjaringkan 5 gol di tempat lawan.

Dengan kemenangan semalam, Kelantan telah meletakkan sebelah kaki untuk melangkah ke final Piala FA musim ini kerana jika Selangor berjaya merobek 4 gol dan mencatat keputusan seri di Stadium Muhammad Ke IV, mereka tidak mampu untuk menghalang Kelantan ke final kerana jaringan gol di tempat lawan.

Dalam perlawanan semalam, Kelantan telah menunjukkan kebangkitan yang amat menakjubkan. Mereka menguasai hampir setiap posisi dan dengan kekuatan mental yang ditunjukkan, pasukan Selangor tidak mampu untuk membuat serangan dan seterusnya menjaringkan gol. Kelantan menunjukkan petanda awal kebangkitan apabila cubaan nurul azwan terkena palang gol sebelah kiri dan selepas itu Kelantan melancarkan serangan yang bertubi2 dan mendahului separuh masa pertama dengan kelebihan 3 gol.

Bersambung babak kedua, Kelantan berjaya menambah dua lagi gol dan gol Selangor hadir pada masa tambahan separuh masa kedua.

Penyokong Kelantan yang hadir ke stadium sememangnya berpuas hati dan lega dengan prestasi pemain manakala penyokong selangor pula pasti termenung memikirkan pasukan mereka yang dibelasah teruk oleh Kelantan.

Saya juga terkejut dengan pretasi Selangor tetapi gembira dengan keputusan perlawanan tersebut. Apa yang pasti penyokong Kelantan sudah boleh menyimpan duit untuk membeli tiket final Piala Fa musim ini.

Kedua2 pasukan akan bertemu semula di Kota Bharu pada hari Isnin (16 Mei)dan semestinya perlawanan pasti sengit. Selangor akan cuba memenangi perlawanan dengan jaringan yang besar manakala tuan rumah pasti akan mempertahankan kelebihan 4 gol yang diperolehi kemarin.

Sama2 la kita memenuhi stadium di Kota Bharu nanti dan kepada penyokong yang tak dapat hadir, jangan bimbang. Ini kerana Astro Arena akan menyiarkan siaran langsung perlawanan tersebut bermula pada pukul 8 malam.

Sama2 la kita mendoakan kejayaan kelantan agar berjaya membawa pulang Piala Fa ke bumi Kelantan.

gomo kelate gomo

sekian.

Thursday, May 12, 2011

PENGIKUT PERTAMA BLOG INI

Ucapan berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada twetty_2711 kerana sudi menjadi pengikut pertama blog ini.

Sudah lama saya menunggu orang menjadi pengikut di blog saya ni dan penantian saya telah berakhir dengan kehadiran saudara/i di blog ini.

Semoga dengan kehadiran twetty, saya akan lebih bersemangat untuk menulis di blog saya ni.

kalu ada pendapat atau komen, boleh luahkannya di bahagian komen.

sekali lagi ucapan terima kasih saya panjatkan buat twetty kerana telah menjadi pengikut pertama blog saya.

sekian.

Tuesday, May 10, 2011

EMM SERI SEBAB PENGADIL

Frust sangat2 semalam bila pengadil haprak tiup wisel penamat antara Kelantan dengan Negeri Sembilan semalam. Kerana pengadil, keputusan seri tanpa jaringan dan setiap pasukan mendapat 1 mata. Oleh itu, selangor kekal peneraju liga super malaysia untuk minggu ini.

Pada perlawanan semalam, penjaga garisan sememangnya haprak kerana:
1. membatalkan jaringan S.chanturu kerana berada pada posisi offside tapi bila dilihat pada ulang tayang, sememangnya pengadil silap membuat keputusan.
2. mengatakan bola kawalan norshahrul di tepi garisan telah keluar dan bila dilihat pada ulang tayang, bola tersebut masih dalam permainan.
3. membatalkan jaringan khalid jamlus pada minit2 akhir perlawanan. bila dilihat pada ulang tayang, sekali lagi kesilapan dibuat oleh pengadil.

kesimpulan dari 3 kejadian di atas, boleh saya simpulkan pengadil dan penjaga garisan memang berat sebelah.

Perasaan tidak puas hati saya sekarang bukan setakat pengadil dan penjaga garisan saje tapi kat penyokong N9 juga. Ada laporan mengatakan seorang pengokong hoben jang hoben ni telah membakar bendera negeri Kelantan dan sememangnya laporan tersebut adalah betul. Saya sangat confius kerana tiada tindakan diambil dan media pun tidak gembar-gemburkan isu ini.

Kenapa penyokong N9 sanggup buat macam tu? Baik tak payah ada penyokong kalu macam ni, biar pemain je main bola. Penyokong duk rumah jer, beri sokongan kat rumah.

Pikir la, kita ni duduk dalam negara Malaysia. Kalau orang asing bakar bendera Malaysia, kita marah. Tapi kita pulak bakar bendera negeri orang lain. Elok ke macam tu. Lepas ni kalu ade penyokong pasukan lain bakar bendera N9, tolong jangan marah la sebab jang yang mula dulu.

Saya harap penyokong kita tidak melakukan perbuatan jahat tersebut. Biarla orang nak buat jahat kat kita tapi kita jangan buat jahat kat orang. Biarla orang main tipu, yang penting kita jaga kehormatan kita sebagai rakyat Cik Siti Wan Kembang di bawah naungan Sultan Muhammad ke V.

Kita jadikan perlawanan semalam sebagai iktibar dan kita beri tumpuan pada 13 Mei ini apabila kita akan bertandang ke Stadium Shah Alam untuk membuat perhitungan dengan ASelangor bagi saingan separuh akhir pertama Piala FA.

Semoga penyokong kelantan dapat memberi sokongan yang padu kepada pasukan kita. Yang berdekatan diharap dapat hadir ke stadium untuk meramaikan dan memeriahkan lagi penyokong kelantan. Sama2 la kita panjat kan doa supaya kelantan berjaya menumbangkan Gergasi Merah Kuning.

Gomo Kelate Gomo.

Sekian.

BERMAIN DI TEMPAT LAWAN

Malam ini, pasukan pahlawan merah akan bertemu pasukan hoben jang hoben di stadium paroi. Siaran langsung akan disiarkan di Astro Arena jam 8.45 malam.

Pada pertemuan di Kota Bharu, Kelantan telah menewaskan N.9 dengan keputusan 3 gol tanpa balas. Macam mana pula malam ni? Adakah Kelantan mampu menjinakkan sang rusa di dalam kandangnyer sendiri? Sama2 lah kita saksikan malam ni.

Mengikut prestasi semasa, Kelantan adalah pilihan untuk perlawanan pada malam ini tetapi kita tidak boleh memandang rendah kemampuan N.9. Ini kerana pada perlawanan sebelum ini, mereka pernah mengalahkan pasukan Perak. Pemain pertahanan harus memberi perhatian kepada bekas pemain Kelantan, Hairuddin yang mampu membuat Kelantan berputih mata di tempat lawan.

Selain itu, penyerang juga diharap dapat menjaringkan banyak gol dan pemain tengah, tolong la bantu penyerang membuka ruang untuk menjaringkan gol.

selangor berada di teratas liga sekarang ni dan kita harus menang bagi memintas selangor dan terus meneraju liga hingga ke akhir perlawanan liga super.

semoga kelantan terus gah di liga super malaysia.

gomo kelate gomo.

sekian.

HAMPIRI KEJUARAAN



Preetttt!!!!!!!!!!!!!! Itulah tiupan wisel penamat oleh pengadil perlawanan, howard webb. Dengan itu, kemenangan berpihak kepada man.united ke atas chelsea dengan keputusan 2-1.

Pada perlawanan tersebut juga, chicarito membuat satu kejutan dengan menjaringkan gol yang dikawal peter cech seawal 36 saat selepas tiupan wisel permulaan pengadil. Itu lah kehebatan pemain man.united yang sedang memburu kejuaraan liga perdana inggeris buat kali ke-19. Jika berhasil, maka man.united telah berjaya menjadi kelab paling berjaya di dalam liga perdana inggeris mengatasi liverpool dengan 1 kejuaraan.

Wednesday, May 4, 2011

MISI KE FINAL DI WEMBLEY


Pada esok pagi, man.united akan menerima kunjungan shalke 04 bagi separuh kedua liga juara-juara eropah musim ini. pada perlawanan separuh akhir pertama di jerman, man.united berjaya menjaringkan 2 gol bagi meletakkan sebelah kaki di final yang akan dilangsungkan di stadium wembley.

HARUS WASPADA

Pada hari ahad yang lalu, the gunners telah membedil the red devils di emirates stadium dengan jaringan 1-0 hasil daripada rembatan pemain muda ramsey.

KEKAL DI PERSADA LIGA SUPER

semalam, the red worriers(trw) telah memamah jengking di stadium jcorp pasir gudang dengan jaringan 1-0. gol tersebut disumbangkan oleh ketua pasukan kelantan, piya yang menanduk masuk bola hasil tendangan sudut yang diambil oleh danial. nampaknya piya mula menunjukkan kebangkitan dan ini amat membanggakan pasukan trw.

dengan kemenangan tersebut, kelantan kekal di persada liga super mengatasi selangor dengan hanya perbezaan gol. kedua-dua pasukan memungut 36 mata dan diekori rapat oleh terengganu dengan 35 mata.

pada perlawanan yang berlangsung di johor itu, kedua-dua pasukan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi disebabkan oleh ketumpulan bahagian serangan dan kekuatan benteng pertahanan telah menyebabkan separuh masa pertama tanpa sebarang gol.

bersambung babak kedua, kelantan terus melancarkan serangan ke atas gawang johor fc dan gol terhasil apabila sepakan sudut yang diambil oleh danial dimanfaatkan dengan sempurna oleh piya.

kelantan sekarang berada pada tahap yang baik tetapi harus ingat, jika tewas atau seri, selangor dan terengganu akan mengambil alih peneraju liga super. pusingan kedua liga super kian rancak kerana setiap pasukan akan memastikan untuk menggapai kemenangan bagi menggapai piala liga super.

jadi pemain kelantan harus waspada kerana setiap pasukan yang berada di takhta liga pasti ingin dikalahkan oleh pasukan yang berada di bawah liga. pemain harus memantapkan fizikal dan mental supaya dapat mengharungi perlawanan dengan baik dan seterusnya memenangi liga super buat kali pertama.

selamat berjaya.

gomo kelate gomo

sekian

Wednesday, April 27, 2011

SELANGKAH KE FINAL LIGA JUARA-JUARA EROPAH

manchester united berjaya menumpaskan shalke 04 di stadium arena of shalke dengan keputusan 2-0 hasil jaringan wanye rooney dan ryan giggs. dengan kemenangan itu, man.united telah meletakkan sebelah kaki ke final di wembley pada akhir mei tahun ini.

THE RED WARRIORS BENAM GERGASI MERAH KUNING

semalam menjadi saksi kebangkitan pasukan the red warriors apabila berjaya menjinakkan gergasi merah kuning di stadium keramat pasukan kelantan. Stadium Sultan Muhammad ke IV menjadi tempat paling meriah apabila kelantan mengalahkan selangor dengan jaringan 1-0 hasil jaringan penyerang berbisa kelantan, norshahrul idlan talaha pada minit ke-5 perlawanan.

sesungguhnya kelantan telah mula mengorak langkah bagi merealisasikan impian penyokong untuk menjulang piala kebanggaan rakyat malaysia, piala liga super malaysia buat kali yang pertama.

mengulas mengenai perlawanan semalam, permainan kedua-dua pasukan amat menarik dan menghiburkan. tetapi sayang setiap peluang yang terhidang tidak mampu diluahkan dalam bentuk jaringan kerana ketumpulan jentera serangan dan kehebatan penjaga gol masing2.

khairul fahmi che mat menjadi penyelamat kelantan kerana berjaya mengawal gawang kelantan dari percubaan pemain selangor yang diketuai oleh amri yahyah. amri mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi berjaya dihalang oleh fahmi yang gagah mengawal gol kelantan.

tetapi masih ada yang perlu diperbaiki dalam permainan pasukan kelantan ini. mereka harus bijak dalam merampas bola dan bijak dalam mengawal bola bagi mengucar-kacirkan pertahanan selangor dan pasukan di dalam saingan liga super ini.

dengan kemenangan semalam, kelantan telah mengurangkan perbezaan mata dengan selangor dan persaingan merebut tempat teratas liga makin rancak apabila terengganu juga mampu untuk menjadi pendahulu liga.

semua itu tidak perlu difikirkan oleh pihak pasukan kelantan. apa yang penting ialah bagaimana cara kelantan harus bermain bagi memenangi setiap perlawanan dan seterusnya menjulang piala liga super malaysia.

kami penyokong kelantan akan terus memberikan sokongan dan kami penyokong kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sultan Kelantan kerana sudi mencemar duli bagi menonton perlawanan tersebut di kota bharu. dengan kehadiran baginda, pemain dan penyokong kelantan makin bersemangat untuk menjulang piala liga super.

gomo kelate gomo

sekian

Monday, April 25, 2011

JUMPA SHALKE 04 DI JERMAN

pada pagi esok, man.united akan bertemu shalke 04 bagi pertemuan pertama separuh akhir liga juara-juara eropah musim ini. bermain di tempat sendiri semestinya satu kelebihan buat shalke 04 yang telah memecahkan rekod kelab, apabila pertama kali menjejakkan kaki ke peringkat separuh akhir liga juara-juara eropah. kemenangan ke atas man.united juga pasti menaikkan semangat shalke 04 untuk melangkah ke pusingan akhir buat kali pertama..

PERTEMBUNGAN GERGASI MERAH MALAYSIA

Pada malam ini satu pertembungan terbesar liga super Malaysia akan berlaku apabila kelantan dan selangor berjumpa di stadium Muhammad ke IV, Kota Bharu. perlawanan tersebut semestinya menjadi tumpuan kerana kedua-dua pasukan ini adalah pasukan yang diramal untuk menjadi juara liga super pada tahun ini. saya akan ulas sedikit mengenai kedua-dua pasukan ini dan apakah kelebihan dan kekurangan kedua-dua pasukan ini..

Wednesday, April 20, 2011

MENGAMUK DI PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

5-1. itu lah keputusan yang terhasil di stadium utama kangar perlis. gol tersebut disumbangkan oleh piya (3 gol) dan nor shahrul idlan talaha (2 gol)..

keputusan tersebut menandakan kelantan berada di tahap yang betul untuk menjuarai liga super pada tahun ini. apa yang perlu dilakukan oleh pemain ialah konsisten dan sentiasa menunjukkan kesungguhan dan permainan yang menarik..

kelantan harus segera memperbaiki kesilapan sebelum ini dengan sentiasa melakukan sesi motivasi antara pengurusan dan pemain. pihak pengurusan harus mengambil berat keadaan pemain dan pemain juga harus menyembunyikan sifat malu untuk berkongsi masalah dengan pihak pengurusan..

dengan cara itu, pasukan kelantan akan dapat menempuhi setiap perlawanan dengan baik dan seterusnya memenangi setiap perlawanan yang dihadapi. saingan tahun ini amat sengit kerana setiap pasukan menunjukkan kelebihan masing-masing dan setiap pasukan menunjukkan permainan yang bermutu dan berkualiti. jadi, persiapan yang rapi, ketahanan mental dan fizikal yang mantap mampu memberikan hasil iaitu kemenangan kepada pasukan.

jadi, diharap pasukan kelantan akan menunjukkan mutu permainan yang menarik dan sentiasa fokus pada setiap perlawanan agar kelantan terus berjaya pada setiap perlawanan.

kami penyokong setia kelantan akan terus memberikan sokongan kepada pasukan kelantan.

gomo kelate gomo.

sekian

Sunday, April 17, 2011

SEKADAR SERI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa sudah jadi dengan pasukan kelantan kita? Kenapa boleh jadi macam ni? Pada awal musim liga super, kelantan gah di persada liga dan sentiasa mantap dalam setiap perlawanan yang dihadapi tapi kenapa sekarang jadi macam ni?

Saya ade dengar dari sumber yang tidak disahkan mengatakan punca kemerosotan pasukan kelantan adalah kerana gaji pemain tidak dapat dibayar. saya meragui kenyataan tersebut kerana pada pendapat saya, mustahil pasukan kelantan mengalami masalah ini. Kenapa saya berkata begitu? sebabnya Kelantan telah dinaungi oleh seorang usahawan yang berjaya dan mendapat penajaan yang banyak dari syarikat korporat. Jika saya salah, tolong perbetulkan..

Yang kedua, kemerosotan permainan kelantan adalah mungkin berpunca dari taktikal yang kurang berkesan. Saya menonton perlawanan perak lawan kelantan dan saya perasan permainan kelantan agak kurang menarik. Hantaran tidak menjadi dan pemain macam tidak selesa berada di atas padang.

Di harap pihak pasukan dan pemain kelantan dapat mengadakan perbincangan bagi mengatasi masalah ini dan seterusnya menaikkan kembali semangat pemain dan penyokong yang amat mengharapkan kejayaan yang berterusan daripada pemain kelantan. Kami penyokong akan terus menyokong kelantan demi kejayaan pasukan menjuarai liga super pada tahun ini..

gomo kelate gomo..

sekian..

Wednesday, April 13, 2011

KECUNDANG KALI KETIGA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

sedih dan pedih apabila wisel penamat ditiupkan oleh pengadil..terasa mecam tidak percaya dengan ape yang disaksikan. betul ke 4 gol? itulah realitinya apabila kelantan dikalahkan oleh pasukan tuan rumah, perak di ipoh perak..

sebenarnya apakah yang berlaku kepada pasukan kelantan kita ni..kenapa prestasi pasukan turun naik dan tidak konsisten? sekejap menang, sekejap kalah..

saya merasakan pemain macam tidak dapat memberikan mutu permainan yang menarik. Mudah kehilangan bola, hantaran tidak tepat dan yang paling nampak ialah pertahanan kelantan yang sungguh rapuh..

nor shahrul dikunci terus oleh pertahanan perak dan bahagian tengah pulak kurang bermutu. sebaliknya perak bebas bergerak di setiap bahagian padang dan berjaya menjaringkan gol yang mudah hasil kelalaian pemain pertahanan..

saya rasa semangat pemain kelantan pada malam tu amat rendah dan harus ditingkatkan untuk bertemu pasukan yang lain pada saingan seterusnya..

saya akan terus mendoakan kejayaan kelantan dan semoga pemain akan terus memberikan persembahan menarik dan menghadiahkan kemenangan buat penyokong kelantan.

gomo kelate gomo

sekian..

Wednesday, April 6, 2011

KECUNDANG KALI KEDUA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

semalam adalah malam yang amat menyedihkan buat penyokong kelantan apabila the red warrior (trw) kecundang buat kali kedua dalam saingan liga super di tangan pasukan kelab, t-team di stadium Sultan Nasiruddin Shah dengan jaringan 4-3..

pada perlawanan tersebut, t-team mendahului kelantan dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama. t-team mendominasi perlawanan dengan melakukan banyak serangan ke pintu gawang kelantan yang di jaga oleh apek. pasukan kelantan tidak mampu melakukan apa2 untuk melakukan serangan ke gawang t-team kerana t-team lengkap pada setiap bahagian.

pada separuh masa yang kedua, kelantan merubah corak permainan tetapi mereka ketinggalan 3-0 dan kemudian bangkit menjaringkan 2 gol untuk merapatkan jaringan dengan t-team. ketika kelantan rancak melancarkan serangan, t-team berjaya menambah jaringan tetapi kelantan berjaya merapatkan gol melalui tendangan penalti tetapi tidak mampu untuk menyamakan kedudukan dan akhirnya kalah buat kali kedua dalam saingan liga super..

sesungguhnya kekalahan ini mungkin disebabkan oleh kelalaian pemain yang terlalu yakin untuk memenangi perlawanan tersebut, seterusnya mengungguli liga.

apa pun sebagai penyokong kelantan, saya akan terus menyokong dan berdoa supaya kelantan akan berjaya memenangi perlawanan selepas ini..

gomo kelate gomo..

sekian.

Monday, April 4, 2011

BANGKIT LALU MENANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

pada malam sabtu lalu, pasukan manchester united turun bertemu pasukan tuan rumah, west ham united di upton park. pada perlawanan tersebut, man.united menang dengan jaringan 4-2. gol hasil sumbangan hatrik daripada rooney dan 1 lagi hasil jaringan chicarito manakala gol lawan disempurnakan oleh noble melalui 2 tendangan penalti.

BERTEMU T-TEAM DI KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

pada malam ini, kelantan akan turun sebagai penghulu liga menentang pasukan t-team di Stadium Sultan Nasiruddin Shah di kuala terengganu pada malam ini.

jika menang, kelantan akan terus bertakhta di liga super dan jika kalah, mungkin selangor akan mengambil alih teraju liga.

kalu kita tengok pada rekod, sememangnya kelantan ade kelebihan. ini kerana mereka telah bertemu pada saingan piala fa dan kelantan berjaya melangkah ke peringkat seterusnya melalui tendangan penalti.semestinya pada malam ini, t-team akan cuba untuk membalas dendam di atas kekalahan tersebut dan kelantan harus bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memenangi perlawanan pada malam ini.

saya dan penyokong lain akan terus memberikan sokongan dan berharap kelantan mampu meneruskan rentetan kemenangan untuk menjuarai liga.

gomo kelate gomo

sekian.

Sunday, April 3, 2011

KELANTAN GAH DI PERSADA LIGA SUPER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

pada hari jumaat yang lepas, kelantan telah mengalahkan harimau muda dengan jaringan 2 berbalas 1 di stadium Sultan Muhammad ke IV.

saya menyaksikan perlawanan tersebut di astro arena dan ape yang saya saksikan pada malam itu, ade sedikit kelemahan yang harus diperbaiki oleh pasukan Kelantan..

pada separuh masa pertama, kelantan menguasai perlawanan dengan baik dan banyak menguasai bahagian kiri dan kanan padang tetapi bahagian tengah kurang menjadi. sebaliknya harimau muda yang menguasai bahagian tengah dan mereka berjaya mengucar-kacirkan bahagian pertahanan kelantan.

pada separuh masa yang kedua pula, kelantan menguasai hampir keseluruhan permainan tetapi sesekali harimau muda dapat membuat percubaan dan hampir menjaringkan gol hasil gerakan mahali dari sebelah kiri pintu gol kelantan. nasib baik, kerana kecekapan penjaga gol, apek berjaya menggagalkan percubaan tersebut.

kelantan juga mempunyai banyak peluang, tetapi s.canturu tidak berjaya menjaringkan gol. mungkin akibat kegopohan, kelanta hanya berjaya menjaringkan 2 gol di laman sendiri.

masih banyak yang perlu diperbaiki. ini kerana jika corak permainan yang sedemikian dilakukan ketika menentang pasukan yang kuat, pasti kelantan akan tersungkur.

apa pun penyokong akan sentiasa menyokong pasukan kelantan dan seterusnya menjuarai piala liga super buat kali pertama.

gomo kelate gomo..

sekian

Sunday, March 20, 2011

MERAH MENANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

semalam adalah malam yang cukup membanggakan buat penyokong kelantan dan man.united apabila kedua-dua pasukan ini berjaya mengalahkan lawan masing-masing..

kelantan yang terlebih dahulu turun pada pukul 8.45 malam telah mengalahkan felda united dengan jaringan 3-0 (aggeregat 5-2) di stadium Sultan Muhammad Ke IV. felda united terpaksa bermain di kelantan kerana stadium utama cheras tidak dapat digunakan kerana keadaan stadium yang tidak sesuai untuk waktu malam..

walaupun felda united menjadi tuan rumah, stadium tetap dipenuhi oleh penyokong kelantan dan ini membakar semangat pemain the red warrior dan seterusnya dibalas dengan 3 gol oleh s. canturu, nurul azwan roya dan mohd nizad.

dengan kemenangan tersebut, kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan akan bertemu pasukan the red giants di shah alam untuk aksi pusingan pertama separuh akhir pada bulan 5 ini..

berbalik pula kepada pasukan the red devils yang turun pada pukul 11 malam. pasukan man.united berjaya mengalahkan pasukan bolton dengan jaringan 1-0, hasil jaringan barbetov pada minit ke-88. ini adalah kemenangan yang teramat penting kerana pada masa yang sama, arsenal berjaya mencuri 1 mata apabila mengikat west brom dengan jaringan 2-2. dengan itu, man.united menjarakkan mata kepada 5 mata dengan pasukan arsenal di tanggan kedua tetapi kurang 1 perlawanan.

pada perlawanan semalam, man.united mendominasi keseluruhan perlawanan tetapi tidak berjaya untuk menjaringkan gol yang dikawal oleh jenkelaine. gol yang dicari terhasil apabila jen gagal menangkap bola hasil rembatan nani dan bola muntah itu ditampan oleh barbetov yang menunggu di hadapan pintu gol..

sesungguhnya kedua-dua kemenangan itu amat bermakna buat penyokong kedua-dua pasukan kerana dengan kemenangan itu, penyokong akan makin bertambah semangat untuk menyokong kedua-dua pasukan ini..

apa pun, semalam adalah hari paling menggembirakan..hahahhaha..

sekian..

Friday, March 18, 2011

LAWAN BOLTON DI OLD TRAFFORD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

malam ini, man.united akan bertemu pasukan yang berada di tangga ke tujuh liga epl, iaitu bolton di old trafford..

MENANG DENGAN MARSIELLE,JUMPA CHELSEA DI SUKU AKHIR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

selepas berjaya mengalahkan pasukan dari perancis, marsielle dengan jaringan 2-1, the red devils diundi bertemu pasukan setempat, chelsea pada saingan suku akhir..

saingan akan bermula pada bulan april ini dan buat masa sekarang man.united harus mencari jalan atau penyelesaian agar tidak lagi kalah di stamford bridge..

pada saingan liga epl, man.united telah dikalahkan dengan jaringan 2-1.

jadi, sir alex harus memikirkan taktik dan formasi yang sesuai untuk merobek gawang chelsea yang dikawal peter cech dan pertahanan kental chelsea iaitu terry, ivanovic david luiz dan bosingwa.

apa pun saya dan penyokong lain amat berharap agar man.united dapat meneruskan perjuangan ke peringkat yang seterusnya dalam ucl ini..

sekian.

MENANG ATAU SERI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

malam ini pasukan kelantan akan turun menentang felda united di stadium Sultan Mohammad Ke IV buat kali kedua untuk pertemuan kedua perlawanan suku akhir kedua dengan felda united menjadi tuan rumah..

kenapa saya memilih tajuk di atas? ini kerana kelantan harus menang atau seri dengan jaringan yang sedikit. pada pertemuan pertama di stadium yang sama ketika kelantan menjadi tuan rumah, keputusan seri 2-2 telah diperolehi dan itu memberi tekanan kepada kelantan. dengan keputusan tersebut, felda united berkelebihan 2 jaringan dan jika mereka berjaya mengekalkan keputusan ini, kelantan akan tersingkir daripada saingan piala fa musim ini..

setiap penyokong semestinya amat mengharapkan agar pasukan kelantan mara ke peringkat separuh akhir tetapi para pemain harus memberikan permainan yang baik untuk menumpaskan felda united. ini kerana felda united dibarisi majoriti bekas pemain bola sepak negara dan berpengalaman. jadi pemain harus kreatif dalam merangka serangan untuk membolosi gawang felda united yang dikawal oleh hamsani ahmad, bekas penjaga gol pasukan selangor..

penyokong telah melakukan tugas dengan baik dengan memenuhi stadium dan malam ini, hanya pemain yang perlu membuktikan kesungguhan mereka untuk meneruskan perjuangan ke peringkat yang seterusnya..

kepada dato' m. karathu, diharap anda dapat mencari teknik yang terbaik gar pasukan kelantan berjaya menjaringkan banyak gol untuk menjarakkan defisit gol yang lalu..

saya akan sentiasa menyokong pasukan the red worriers..

gomo kelate gomo

sekian.

Tuesday, March 15, 2011

BANGKITLAH WAHAI PANGLIMA MERAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

setelah rekod tanpa kalah lebur di tangan pasukan tok gajah 3 hari yang lepas, pasukan gomo merah gomo kita akan turun malam ini untuk bertemu pasukan berstatus kelab,felda united dalam saingan piala fa di stadium muhammad ke IV malam ni..

semestinya penyokong amat mengharapkan pemain kelantan bangkit akibat kekalahan yang lalu dan membawa kelantan ke saingan yang seterusnya. pada malam ini, felda united akan bermain dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat kerana mereka pernah mengalahkan kedah dan negeri sembilan. jadi semestinya mereka akan menunjukkan permainan yang baik untuk mengawal pemain kelantan tetapi mereka harus sedar mereka bermain di stadium keramat the red warriors.mungkin peluang mereka untuk menang amat tipis.

pemain kelantan juga harus menunjukkan semangat yang kuat agar piala fa tidak terlepas dari genggaman pada musim ini. dengan pemain yang telah sebati dengan corak permainan masing-masing, seharusnya pasukan kelantan adalah pasukan yang lengkap tetapi semua itu tercalar akibat kekalahn yang lalu.

apa pun saya sebagai penyokong setia kelantan akan terus berdoa dan sentiasa memberi sokongan kepada pasukan kelantan..

gomo kelate gomo..

sekian.

BERDEBAR-DEBAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

itu lah perasaan setiap penyokong man.united apabila akan turun pada pagi besok untuk meneruskan perjuangan dalam liga juara-juara eropah bertemu pasukan daripada perancis, Marsielle..

MENANG DENGAN ARSENAL, JUMPA MAN.CITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pada pagi ahad yang lalu, pasukan the red devils mengesahkan beraksi di perlawanan suku akhir apabila menewaskan the gunners dengan jaringan 2-0..

Thursday, March 10, 2011

APA SUDAH JADI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Sekali lagi, pasukan the red devils mengalami kekalahan yang kedua berturut-turut apabila ditundukkan oleh pasukan the reds, liverpool dengan jaringan 3-1 di anfield stadium..

Nampaknya, barisan pertahanan man.united agak lemah dan gandingan smalling dan brown sememangnya tidak sesuai bagi pertemuan dengan pasukan yang sedang meningkat naik. Rafael jugak kurang menyengat dan banyak melakukan kesilapan dan kesilapan itu dihukum dengan hatrik daripada kyut..

Nampaknya ferdinand amat diperlukan ketika ini kerana pertahanan sememangnya mudah dibolosi lawan dan kelihatan smalling agak kelam kabut ketika diserang oleh jentera serangan liverpool..

Saya dan juga penyokong lain amat berharap agar man.united dapat bangkit dan menaikkan semangat penonton dengan mengalahkan Marseilles di old trafford nanti..

Semoga pemain yang diturunkan akan mmebuktikan bahawa man.united masih pasukan gergagasi eropah.

sekian..

Wednesday, March 2, 2011

TERSUNGKUR LAGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

sedih dan terharu bila mengetahui man.united tersungkur di Stamford bridge dengan jaringan 2-1. ini adalah kekalahan ke-2 buat man.united dalam saingan liga inggeris.

Tuesday, March 1, 2011

GAH DI PERSADA LIGA SUPER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

3-0. itu lah keputusan penuh perlawanan yang dilangsungkan di stadium Muhammad keIV, kota bharu di mana kelantan mengekalkan rekod tanpa kalahnya kepada 6 perlawanan.

stadium yang dipenuhi penyokong kelantan nyata memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah dan pasukan lawan terus tenggelam di dalam lautan merah. ini lah yang amat diharapkan oleh pasukan kelantan, penonton yang sentiasa memenuhi stadium menyokong dengan aman dan sepakat.

berbalik kepada keputusan perlawanan tersebut, gol pasukan kelantan disumbangkan oleh nor shahrul idlan talaha 2 dan s. chanturu 1 gol. nampaknya nor shahrul mula menambah jumlah jaringannya dan tidak mustahil dengan momentum yang ditunjukkan, dia bakal menggapai kasut emas. InsyaAllah..

nampaknya kelantan masih kental dengan rekod tanpa kalah dan situasi ini harus di teruskan untuk perlawanan seterusnya dan pastinya setiap pasukan dalam liga super amat teringin untuk menghancurkan rekor kelantan ini..

tidak lupa jugak kita harus ucapkan berbanyak terima kasih kepada jurulatih kita, dato' m. karatu yang bijak menyusun taktikal dan melatih pasukan pahlawan merah ini hingga berjaya mengalahkan musuh dari selatan itu..

diharap pasukan kelantan akan terus berjaya dan saya akan terus menyokong pasukan kelantan..

gomo merah gomo..

sekian..

MISI PENTING

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pada pagi besok, man.united akan menempuh perlawanan yang rumit kerana mereka akan bertemu musuh utama di stamford bridge. semestinya chelsea ingin meratah man.united kerana ingin mengganggu misi the red devils untuk merangkul kejuaraan liga buat kali ke 19.

Monday, February 28, 2011

KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

apa kabar semua penyokong kelantan? harap sihat walafiat semuanya..
kali ini saya ingin menyentuh tentang perlawanan pada malam ini di mana ia adalah perlawanan ulangan bagi perlawanan akhir tahun lalu yang di menangi oleh pasukan kelantan..

semestinya dendam yang membara di jiwa setiap pemain n9 akan dapat dihapuskan jika mereka berjaya mengalahkan kelantan pada malam ini tetapi semestinya the red warriors takkan menyerah dengan mudah. untuk mengelakkan daripada dimalukan oleh n9 di tempat sendiri, corak permainan yang lebih agresif harus dipamerkan oleh pemain. kawalan bola jugak harus berhati-hati dan jangan terlampau lama untuk mengawal bola. harapan saya, kelantan akan menggunakan corak hantaran pendek agar pemain lawan tidak dapat menguasai permainan.

sesungguhnya rekod tanpa kalah harus dikekalkan supaya penyokong akan terus mempercayai pasukan dan akan terus memberi sokongan yang padu pada setiap perlawanan yang dilalui. semestinya malam ini, setiap penyokong akan memenuhi segenap ruang stadium dan diharap pemain akan bermain dengan baik dan seterusnya memenangi perlawanan pada malam ini..

semestinya saya akan menyokong dan mendoakan agar kelantan berjaya pada malam ini.

gomo kelate gomo

sekian..

Saturday, February 26, 2011

YES MISI BERJAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

gembira tidak terkira apabila man.united berjaya mengalahkan wigan di stadium wigan dengan jaringan 4-0 hasil jaringan hernandez 2 biji, ronney sebijik dan fabio sebijik..

TAK MINAT LANGSUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

kali ini saya ingin memberitahu anda antara pemain man.united sekarang yang saya kurang minat. kenapa saya kurang minat, anda akan ketahuinya nanti..

SERI TAPI BELUM KALAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

semalam pasukan the red warriors turun bermain di padang lawan dan keputusan cukup mendebarkan apabila tuan rumah iaitu kedah mengikat pasukan kelantan dengan jaringan 1-1. semestinya saya dan penyokong kelantan yang lain mengucapkan berbanyak terima kasih kepada nor shahrul idlan talaha yang menjaringkan gol penyamaan..

bercakap mengenai perlawanan semalam, kelantan dan kedah dilihat sama handal tetapi minit-minit akhir permainan kelihatan akan memihak kepada kelantan tetapi keputusan seri sudah memadai bagi mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini dan diharap rekod ini akan terus berkekalan sampai akhir liga dan kelantan akan dinobat sebagai juara liga super buat kali pertama..

menyentuh mengenai pemain muda yang ada dalam pasukan kelantan, saya rasa mereka mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan kelantan dan diharap ramzul akan menyerlah pada perlawanan selepas ini dan menjaringkan lebih banyak gol untuk kelantan..

semoga kelantan akan membawa liga super pulak pada tahun ini dan piala fa dan piala malaysia sekali lagi..harapan saya la tu..hehehe

ok sama-samala kita menyokong pasukan the red warriors kita

sekian..

BERTEMU WIGAN SEKEJAP LAGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

dah lama tak menulis di blog ni,hari ni baru ade masa sebelum menyaksikan man united bertandang ke stadium wigan. tapi sambil saksi, sambil memblog la.hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR